{"id":6701,"date":"2015-11-29T13:38:30","date_gmt":"2015-11-29T05:38:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=6701"},"modified":"2021-02-05T23:11:07","modified_gmt":"2021-02-05T15:11:07","slug":"warkah-datuk-seri-anwar-ibrahim-sempena-kongres-keadilan-2915-yang-dibacakan-oleh-yb-nurul-izzah-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/warkah-datuk-seri-anwar-ibrahim-sempena-kongres-keadilan-2915-yang-dibacakan-oleh-yb-nurul-izzah-anwar\/","title":{"rendered":"Warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim Sempena Kongres KEADILAN 2015 Yang Dibacakan oleh YB Nurul Izzah Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Presiden yang dicintai, Timbalan Presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi.<\/p>\n<p>Assalammualaikum dan salam sejahtera.<\/p>\n<p>Seringkali dalam keheningan.., fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama Azizah dan keluarga. Dengan segar saya pastinya merayau menyapa teman dan pejuang yang terpaksa berhempas pulas diluar, serta kepasrahan rakyat yang diselubungi kesempitan hidup dan tekanan sistem &#8220;istibdat&#8221;.<\/p>\n<p>Dalam bingkisan sempena kongres kali ini, saya cenderung untuk memberikan tumpuan kearah penjanaan kekuatan jemaah; dengan mengajak saudara &#8211; saudari\u00a0 berbaiah dengan khitah asas perjuangan. Dengan sendirinya landasan tersebut\u00a0 menolak faham kabilah; kesetiaan peribadi kepada Anwar dan tokoh lainnya.<\/p>\n<p>Maka amat menyegarkan manakala membaca kenyataan tokoh &#8211; tokoh baru dan pimpinan muda yang menyertai KEADILAN baru &#8211; baru ini. Mereka menekankan dasar perjuangan kearah pemerkasaan rakyat ; memperjuangkan keadilan dan kemanusian!<\/p>\n<p>Peringatan al quranul kareem agar menyerahkan amanah kepada ahlinya; terikat dengan akhlak dan etika serta apa yang kini diungkapkan sebagai &#8220;democratic accountability&#8221;. Seharusnya pimpinan disemua peringkat yang arif dengan saranan &#8221; taklif wala tasyri&#8221;. Tanggungjawab bukan keistimewaan wajar menghayatinya sekaligus memaknai intipati perjuangan.<\/p>\n<p>Menyingkap teori\u00a0 Ibnu Khaldun mengenai pasang surut perjuangan dari tahap &#8220;umran badawi&#8221; ke &#8220;umran hadari&#8221;, perjuangan kebangsaan; malah sejak gejolak Reformasi sendiri &#8211; tahap awal lebih diwarnai dengan kegigihan dan keberanian tanpa sebarang habuan.<\/p>\n<p>Masa beredar dan kita kini tercabar untuk menguji kekuatan dan bermuhasabah setelah merasai sedikit nikmat dan kedudukkan, ditambah dengan gelaran. Justru itu saya anjurkan supaya kita kembali kepada &#8220;khitah&#8221;.<\/p>\n<p>W.S Rendra melontarkan mutiara kata :<\/p>\n<p>&#8221; kesedaran adalah matahari<br \/>\nKesabaran adalah bumi<br \/>\nKeberanian menjadi cakrawala<br \/>\nDan perjuangan adalah pelaksanaan<br \/>\nKata-kata&#8221;<\/p>\n<p>Saya gariskan perkataan &#8220;pelaksanaan kata &#8211; kata&#8221; dengan mengajukan pertanyaan :<\/p>\n<p>Apakah benar kita setia berbaiah dengan perjuangan dan tidak khayal dengan mantra pujian staf sekeliling atau kroni ?<\/p>\n<p>Sejauhmanakah kita mengamalkan musyuwarah dalam memutuskan isu dasar?<\/p>\n<p>Apakah terdapat bisikan sehingga yakin dengan keegoan diri, kehandalan dan populariti peribadi mengatasi jemaah ?<\/p>\n<p>Tidak terjebakkah kita dengan amalan &#8220;clientehism&#8221; sepertimana yang dilontarkan oleh penulis Francis Fukuyama dalam karyanya &#8216; Political order &#8216; menjelaskan sebagai satu penyakit yang menghampiri rasuah, menganugerahkan jabatan atau habuan kepada kelompok kecil dengan mengenepikan kelayakkan dan prestasi ?<br \/>\nDan persoalan asas &#8211; berhasilkah kita dengan tekad mempertahankan idealisme perjuangan serta menghindari ketamakkan dan kebejatan ?<\/p>\n<p>Tanpa kecuali, persoalan tersebut ditujukan kepada semua pimpinan di semua peringkat.<\/p>\n<p>Membina ketahanan diri, membenamkan rasa iri hati dan cemburu, mengelak fitnah senang dibicarakan namun ukuran akhir adalah &#8220;Pelaksanaan Kata &#8211; Kata!!&#8221;<\/p>\n<p>Kesenjangan diantara idealisme dan kenyataan perlu dirapatkan dan dengan sendirinya terungkai permasalahan kesenjangan pendapatan golongan mahakaya dan yang miskin papa kedana.<\/p>\n<p>Politik negara kian terapung&#8230;ibarat hanyut tanpa berhaluan. Keretakan kian ketara. Malangnya..rakyat terhimpit dengan tekanan hidup akibat kebijakkan ekonomi yang tersasul, memelihara kepentingan kelompok mahakaya dan mendera majoriti rakyat miskin&#8230;<\/p>\n<p>Justru itu saudara &#8211; saudaraku&#8230;<br \/>\nBangunlah dengan yakin dalam saf yang kukuh &#8211; &#8220;ban yanun massus&#8221; seperti dilakar A. SAMAD SAID :<\/p>\n<p>&#8221; Berdiri kita setegap<br \/>\nBerdiri kita sederap,<br \/>\nMeragut cengkaman kawat.<br \/>\n&#8230;.<\/p>\n<p>Inilah tekad generasi baru<br \/>\nAkarnya keadilan syahda.&#8221;<\/p>\n<p>Reformasi! Reformasi! Reformasi!<\/p>\n<p>ANWAR IBRAHIM<br \/>\n29 NOVEMBER 2015<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden yang dicintai, Timbalan Presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seringkali dalam keheningan.., fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[131,87,23,12],"tags":[1406,1890],"class_list":{"0":"post-6701","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-human-rights","7":"category-pilihanraya","8":"category-politik","9":"category-press-release","10":"tag-datuk-seri-anwar-ibrahim","11":"tag-kongres-keadilan"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6701","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6701"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6701\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6706,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6701\/revisions\/6706"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6701"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6701"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6701"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}