{"id":6821,"date":"2016-02-11T15:06:02","date_gmt":"2016-02-11T07:06:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=6821"},"modified":"2021-02-05T23:11:06","modified_gmt":"2021-02-05T15:11:06","slug":"gugurkan-dakwaan-terhadap-6-mahasiswa-um-yang-membantah-pengenalan-had-kepada-capaian-wifi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/gugurkan-dakwaan-terhadap-6-mahasiswa-um-yang-membantah-pengenalan-had-kepada-capaian-wifi\/","title":{"rendered":"Gugurkan Dakwaan Terhadap 6 Mahasiswa UM yang Membantah Pengenalan Had kepada Capaian WIFI"},"content":{"rendered":"<div style=\"text-align: justify;\">\n<p><span style=\"color: #000000;\">Pihak pengurusan Universiti Malaya sepatutnya memberi perhatian terhadap permasalahan seharian yang dihadapi oleh para mahasiswa serta mahasiswi dan bukannya menghukum aktivisme. Tindakan yang cukup opresif terhadap 6 orang pelajar hanya kerana menyuarakan had akses kepada capaian tanpa wayar (WiFi) di kampus membuktikan pihak pengurusan menganggap mahasiswa-mahasiswi selaku robot yang tidak bernyawa.<\/span><\/p>\n<div><span style=\"color: #000000;\">Nur Hananie Chow Abdullah, Suhail Wan Azahar, Fahmie Nuaiman, Muhammad Luqman, Ho Chi Yang dan Chua Hun Chi telah menerima notis berkaitan prosiding tatatertib dan diarahkan untuk hadir ke prosiding pada 15 Februari di Universiti Malaya.<\/span><\/div>\n<div><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/div>\n<p><span style=\"color: #000000;\">Kelainan dalam kes terkini adalah topik \u2013 yang bukan berkait politik, tetapi perihal akses kepada WiFi di kampus. Mungkinkah kes terkini akan mencetus pengharaman kritikan siswa-siswi terhadap isu berkait kualiti pendidikan, kos yuran universiti, hatta hinggalah ke khidmat pusat kesihatan di kampus?<\/span><\/p>\n<div><span style=\"color: #000000;\">Persatuan Untuk Belia Baru UM (UMANY) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) telah menyuarakan kritikan terhadap keputusan Universiti Malaya untuk menghadkan akses kepada WiFi di kampus kepada 5GB mulai Mac 2016. Kuota Internet bakal dikurangkan dan bayaran tambahan akan dikenakan untuk penggunaan WiFi di kampus.<\/span><\/div>\n<div><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/div>\n<p><span style=\"color: #000000;\">Ternyata, pandangan keenam-enam orang pelajar UM ini sebenarnya selari dengan \u00a0hakikat bahawa Malaysia mempunyai akses Internet yang lambat dan tidak setanding dengan jumlah yang perlu dibayar untuk khidmat tersebut.<\/span><\/p>\n<div><span style=\"color: #000000;\">Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UNIFI adalah dikategorikan sebagai terbaik dan capaiannya adalah 20 megabait sesaat (mbps) dengan caj yang dikenakan melebihi RM100. Berbanding capaian internet di Singapura, iaitu 500 mbps ke satu gbps; sementara Thailand pula adalah 44 mbps, ditambah syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) di negara tersebut menawarkan pelbagai pakej. Namun di Malaysia, tarif asas adalah berharga RM25 untuk 1GB yang ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.<\/span><\/div>\n<div><span style=\"color: #000000;\">\u00a0<\/span><\/div>\n<p><span style=\"color: #000000;\">Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu membentangkan Bajet 2016 baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion di bawah SKMM untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi negara.<\/span><\/p>\n<div><span style=\"color: #000000;\">Namun apa yang tidak diumumkan adalah pemotongan peruntukan kepada universiti awam yang melibatkan pemotongan kepada UM sebanyak 27.3% atau RM175 juta. Saya musykil bagaimana Perdana Menteri boleh menambah baik infrastruktur telekomunikasi negara dalam masa yang sama membenarkan universiti awam menghadkan akses WIFI kampus.<\/span><\/div>\n<p><span style=\"color: #000000;\"><br \/>\nIbarat angin tak dapat ditangkap, asap tidak dapat digenggam, mahasiswa sekali lagi disulitkan dengan hal yang memberi impak kepada kos sara hidup mereka. Mahasiswa tidak punya pilihan lain selain membayar caj tambahan jika mahu menggunakan akses Internet yang lebih laju memandangkan kini akses Internet adalah keperluan dan bukan hanya kemudahan sampingan.<\/span><\/p>\n<div><span style=\"color: #000000;\">Justeru, saya menyeru kerajaan Malaysia agar mengotakan janji &#8211; janji kepada Mahasiswa agar bukan sahaja tidak akan menaikkan kadar yuran pengajian, bahkan tidak akan membenarkan universiti awam mengenakan caj-caj tambahan secara sesuka hati yang akhirnya akan menjejaskan kos sara hidup mahasiswa di kampus. Hak mendapatkan akses Internet yang sewajarnya \u00a0adalah hak mahasiswa. Sebaiknya pihak Universiti Malaya menggugurkan tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas 6 orang mahasiswa dan mengadakan dialog seperti yang dituntut oleh 6 orang mahasiswa untuk menyelesaikan had capaian WiFi.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div>\u00a0<\/div>\n<div><\/div>\n<div><\/div>\n<p><b>NURUL IZZAH ANWAR<br \/>\n<\/b><b><span style=\"color: #000000;\">AHLI PARLIMEN, LEMBAH PANTAI<br \/>\n<\/span><\/b><span style=\"color: #000000;\"><b>NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA, KEADILAN<\/b><\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify;\">\n[1]<a href=\"http:\/\/www.themalaysianinsider.com\/bahasa\/article\/mahasiswa-um-kecam-tindakan-naikkan-caj-internet-susulan-potongan-bajet\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www.<wbr \/>themalaysianinsider.com\/<wbr \/>bahasa\/article\/mahasiswa-um-<wbr \/>kecam-tindakan-naikkan-caj-<wbr \/>internet-susulan-potongan-<wbr \/>bajet<\/a><br \/>\n[2]<a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/mobile\/nasional\/laksana-inisiatif-tingkatkan-akses-internet-1.447571\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www.sinarharian.<wbr \/>com.my\/mobile\/nasional\/<wbr \/>laksana-inisiatif-tingkatkan-<wbr \/>akses-internet-1.447571<\/a><br \/>\n[3]<a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/mobile\/bisnes\/servis-tidak-setanding-bayaran-1.452193\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www.sinarharian.<wbr \/>com.my\/mobile\/bisnes\/servis-<wbr \/>tidak-setanding-bayaran-1.<wbr \/>452193<\/a><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak pengurusan Universiti Malaya sepatutnya memberi perhatian terhadap permasalahan seharian yang dihadapi oleh para mahasiswa serta mahasiswi dan bukannya menghukum aktivisme. Tindakan yang cukup opresif&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109,50],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6821","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"category-issues-rakyat"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6821"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11160,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821\/revisions\/11160"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6821"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6821"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6821"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}