{"id":6881,"date":"2016-03-30T14:47:16","date_gmt":"2016-03-30T06:47:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=6881"},"modified":"2021-02-05T23:11:04","modified_gmt":"2021-02-05T15:11:04","slug":"silap-mata-biasiswa-bursari-jpa-perdana-menteri-apa-rasional-biasiswa-bertukar-pinjaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/silap-mata-biasiswa-bursari-jpa-perdana-menteri-apa-rasional-biasiswa-bertukar-pinjaman\/","title":{"rendered":"Silap Mata Biasiswa Bursari JPA Perdana Menteri &#8211; Apa Rasional Biasiswa Bertukar Pinjaman?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Jawapan Timbalan Menteri Kewangan di dalam Dewan Rakyat mengesahkan pelupusan program bursari JPA luar negara bagi tahun akademik 2016.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ternyata, 744 pelajar lepasan SPM 2013 yang telah bersedia sedari awal bagi pengajian luar negara berdasarkan kelayakan masing\u2010masing kini tersadai bukan sahaja dengan nasib meneruskan pengajian dalam negara \u2013 tetapi menerusi mekanisme biasiswa bersyarat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi mereka yang mendapat tempat selaku kakitangan kerajaan maka sepanjang pengajian mereka di\u00a0 IPTA\/IPTS di Malaysia ditanggung sepenuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Namun, bagi selebihnya yang terpaksa\u00a0 bertugas di syarikat berkait kerajaan setelah selesainya program ijazah akan membayar 50 peratus daripada kos pengajian kerana dianggap pinjaman oleh kerajaan[1].<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlu diingat pembekuan pengambilan penjawat awam\u00a0 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) melalui pekeliling perbendaharaan \u201dGaris Panduan Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan\u201d yang berkuatkuasa bermula 1 Mac 2016. Tiada jaminan pelajar\u00a0 JPA mendapat pekerjaan dalam sektor awam berdasarkan keputusan kerajaan mengurangkan pengambilan penjawat awam [2].<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Biasiswa JPA tidak lagi menjadi satu anugerah kepada pelajar cemerlang tetapi bakal menjadi bebanan hutang kepada pelajar terbaik dalam negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya pengumuman Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Abd Razak untuk menukar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) buat pelajar cemerlang negara daripada biasiswa luar negara ke universiti tempatan merupakan silap mata yang berbentuk pengkhianatan kepada impian 744 anak cemerlang Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">744 pelajar yang terlibat merupakan lepasan SPM 2013 yang telah mengambil risiko untuk mendapatkan tempat di universiti terbaik luar negara berdasarkan tawaran JPA yang menyatakan penajaan ke luar negara akan diberikan jika pelajar [3]:\u2010<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Warganegara Malaysia<br \/>\n2. Mencapai CGPA 3.75 \/ A\u2010Level 14 Mata \/ IB 38 Mata<br \/>\n3. Mendapat tawaran tanpa syarat daripada 20 Universiti terbaik seperti senarai THE tahun semasa bagi bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejumlah 744 pelajar ini telah berjaya memenuhi syarat dengan mendapatkan keputusan terbaik dengan minimum SPM 9A+, A\u2010Level 14 Mata dan mendapat tawaran daripada Universiti-Universiti terbaik dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlu diingat, pada tahun 1995, 20% daripada siswazah negara di hantar ke luar Negara dengan kos USD 700 juta &#8211; yang belum pun sampai jumlah yang sama di dalam akaun peribadi Perdana Menteri. [4]\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini, merekalah menjadi penyumbang utama kepada ekonomi dan perkembangan intelektual Negara. Menurut OECD bagi setiap RM1 yang dilaburkan bagi graduan; RM6 merupakan pulangan dalam bentuk cukai[5]\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 7.5 billion daripada tahun 2004 hingga 2015 untuk program PLKN. Walaupun PLKN tidak dijalankan pada tahun 2015, tetapi sebanyak RM 408 juta telah dibelanjakan manakala rungutan Datuk Seri Azalina yang mendakwa kerajaan terpaksa memperuntukkan RM240 juta setahun\u00a0 bagi tujuan bursari JPA.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerajaan sepatutnya menghentikan program yang sia-sia seperti PLKN dan memperuntukkan wang untuk biasiswa burasari demi membri peluang kepada pelajar-pelajar\u00a0 cemerlang melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jangan dikuburkan program bursari JPA yang sudah hilang maknanya apabila biasiswa ditukar kepada pinjaman semata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, cadangan penyelesaian yang dicadangkan di dalam parlimen sebagai solusi dalam menjawab kekusutan Timbalan Menteri Kewangan perihal penyusutan kedudukan kewangan negara antaranya adalah dengan pemansuhan program PLKN dan mengutamakan pelaburan kepada sektor pendidikan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>NURUL IZZAH ANWAR <\/strong><br \/>\n<strong>AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI <\/strong><br \/>\n<strong>NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN<\/strong><\/p>\n<p dir=\"ltr\" style=\"text-align: justify;\">[1 ]<a href=\"http:\/\/says.com\/my\/news\/jpa\u2010scholarships\u2010converted\u2010into\u2010loans\u2010starting\u20102016\">http:\/\/says.com\/my\/news\/jpa\u2010<wbr \/>scholarships\u2010converted\u2010into\u2010<wbr \/>loans\u2010starting\u20102016\u00a0<\/a><\/p>\n<p dir=\"ltr\" style=\"text-align: justify;\">[2]<a href=\"http:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/nation\/2016\/02\/25\/dap\u2010slams\u2010move\u2010to\u2010conv\u2010jpa\u2010scholarships\u2010into\u2010loans\/\">http:\/\/www.beritasemasa.<wbr \/>com.my\/jpa\u2010beku\u2010pengambilan\u2010<wbr \/>kakitangan\u2010awam\u00a0<\/a><\/p>\n<p dir=\"ltr\" style=\"text-align: justify;\">[3]\u00a0<a href=\"http:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/nation\/2016\/02\/25\/dap\u2010slams\u2010move\u2010to\u2010conv\u2010jpa\u2010scholarships\u2010into\u2010loans\/\">http:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/nation\/2016\/02\/25\/dap\u2010slams\u2010move\u2010to\u2010conv\u2010jpa\u2010scholarships\u2010into\u2010loans\/<\/a><\/p>\n<p dir=\"ltr\" style=\"text-align: justify;\">[4]<a href=\"http:\/\/www.nyu.edu\/classes\/keefer\/waoe\/aroka.pdf\"> http:\/\/www.nyu.edu\/classes\/keefer\/waoe\/aroka.pdf<\/a><\/p>\n<p dir=\"ltr\" style=\"text-align: justify;\">[5]\u00a0<a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/308412\">https:\/\/www.malaysiakini.<wbr \/>com\/news\/308412<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jawapan Timbalan Menteri Kewangan di dalam Dewan Rakyat mengesahkan pelupusan program bursari JPA luar negara bagi tahun akademik 2016. Ternyata, 744 pelajar lepasan SPM 2013&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109,51],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6881","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-education","7":"category-pressrelease"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6881","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6881"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6881\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6885,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6881\/revisions\/6885"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6881"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6881"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6881"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}