{"id":817,"date":"2009-03-23T05:44:09","date_gmt":"2009-03-23T12:44:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=817"},"modified":"2020-02-18T15:02:39","modified_gmt":"2020-02-18T07:02:39","slug":"ahli-parlimen-ajak-masyarakat-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/ahli-parlimen-ajak-masyarakat-bersatu\/","title":{"rendered":"Ahli Parlimen ajak masyarakat bersatu"},"content":{"rendered":"<p><strong>Ahli Parlimen ajak masyarakat bersatu\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>KERINCHI &#8211; Masyarakat diingatkan agar melupakan perbalahan dan memperbaiki kekurangan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa mendatang.\u00a0<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, masyarakat khususnya rakyat di Lembah Pantai diajak agar tidak alpa dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupan seharian.\u00a0<\/p>\n<p>Menurutnya, perjuangan dan usaha dakwah oleh Nabi Muhammad SAW harus dicontohi bagi membuktikan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cDalam kehidupan seharian, baik kita lupakan segala perbalahan dan persengketaan kerana apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperbaiki diri.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKalau kita benar-benar cintakan Rasulullah, kita mesti teruskan kehidupan dengan mencontohi perjuangan dan peribadi baginda,\u201d katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di pekarangan Madrasah Al-Falah di sini, semalam.\u00a0<\/p>\n<p>Kata Nurul Izzah, keharmonian dalam keluarga harus diteruskan dengan menunjukkan kasih sayang antara sesama ahli keluarga.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cSuami teruskan memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri, begitu juga isteri. Anak harus menghormati dan menuruti kata-kata ibu bapa.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cDengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang ini, masa depan menjadi tidak menentu dan yang boleh menjamin kita adalah segulung ijazah. Maka, anak harus berusaha bersungguh-sungguh bagi menempa kejayaan sambil berserah kepada-Nya,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n<p>Sambil melahirkan rasa terharu, wakil rakyat yang kini sedang hamil cahaya mata kedua bersemangat untuk turun padang mendekati rakyat.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cPaling penting, kita semua harus teruskan semangat yang ditunjukkan Rasulullah dengan mengingati segala perjuangan yang dilakukan dalam usaha menyebarkan dakwah kepada seluruh umat.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cSaya sempat meninjau permasalahan penjaja berhampiran yang mahukan tempat perniagaan mereka dibaik pulih. Saya akan berusaha bagi memenuhi permintaan mereka supaya boleh menjalankan perniagaan lebih sempurna,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n<p>Terdahulu, majlis sambutan diserikan dengan pelbagai acara berguna seperti perarakan mengelilingi semua blok dalam kawasan berkenaan bermula di hadapan madrasah di blok D seawal jam 8 pagi.\u00a0<\/p>\n<p>Hampir 1,000 penduduk hadir menyertai perarakan dengan membawa pelbagai sepanduk mengingati hari kelahiran Rasulullah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen ajak masyarakat bersatu\u00a0 KERINCHI &#8211; Masyarakat diingatkan agar melupakan perbalahan dan memperbaiki kekurangan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa mendatang.\u00a0 Ahli Parlimen&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,24,19],"tags":[55,1861],"class_list":{"0":"post-817","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-lembahpantai","7":"category-media","8":"category-pantaidalam","9":"tag-lembah-pantai","10":"tag-media"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/817","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=817"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/817\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":818,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/817\/revisions\/818"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}