{"id":821,"date":"2009-03-21T05:47:47","date_gmt":"2009-03-21T12:47:47","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=821"},"modified":"2020-02-18T15:02:39","modified_gmt":"2020-02-18T07:02:39","slug":"nurul-izzah-kecewa-tahap-keselamatan-di-bangsar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/nurul-izzah-kecewa-tahap-keselamatan-di-bangsar\/","title":{"rendered":"Nurul Izzah kecewa tahap keselamatan di Bangsar"},"content":{"rendered":"<p><strong>Ahli Parlimen kecewa tahap keselamatan di Bangsar\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>BANGSAR &#8211; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan rasa kecewa dengan tahap keselamatan di Bangsar yang disifatkannya sebagai mempunyai mutu pemantauan yang lemah.\u00a0<\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, kejadian serangan ke atas seorang pensyarah warga asing, Dr Andelko Simic, Januari lalu masih belum meredakan kebimbangan di hati penduduk dan terbaru, Ahad lalu, kejadian alat pengangkut bahan binaan terjatuh dan menghempap dua pekerja warga Bangladesh hingga maut menambahkan kerunsingan di hati penduduk.\u00a0<\/p>\n<p>Menurutnya, kejadian di tapak pembinaan sebuah projek pembangunan di Bangsar Utama itu tidak sepatutnya berlaku dan memanjatkan rasa syukur kerana tiada rakyat tempatan yang terbunuh.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cWalaupun bukan warga kita tetapi setiap nyawa yang hilang itu amat bernilai. Sepatutnya kita sama-sama berusaha untuk mengelakkan kejadian spt itu berlaku.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKita bernasib baik kerana semasa kejadian, tiada rakyat tempatan terbunuh kerana saya difahamkan kawasan pembinaan tersebut hampir dengan jalan raya dan banyak kenderaan yang menggunakannya,\u201d katanya kepada Sinar Harian.\u00a0<\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, pihaknya akan membangkitkan isu keselamatan ini di peringkat parlimen kerana ia merupakan isu dasar yang perlu diambil perhatian semua pihak.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cIa sepatutnya disokong oleh implementasi dan pemantauan. Maknanya di sini, undang-undang kita dah ada tapi pemantauan itu amat mengecewakan. Saya akan bawakan tuntutan ini bersama penduduk di Bangsar,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n<p>Nurul Izzah turut melahirkan rasa kecewa kerana isu keselamatan dipolitikkan ekoran ketidakhadiran Ketua Polis Daerah (OCPD) Brickfields atau wakilnya dalam satu majlis dialog bersama penduduk Bangsar di Damansara penghujung minggu lalu.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKami agak kecewa kerana hari sebelumnya mereka menyatakan bahawa OCPD atau wakil beliau akan hadir, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cIa membimbangkan kerana apabila wujud isu politik, akan kuranglah tekanan kepada profesionalisme. Walaupun saya Ahli Parlimen pembangkang, tapi saya bawakan isu rakyat bukan isu parti. Saya amat kecewa,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, kempen \u2018Crime Watch\u2019 akan diteruskan yang mana penekanan terhadap keperluan aduan laporan polis penduduk terhadap kejadian jenayah.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKempen ini akan menekankan keperluan yang mana satu salinan laporan polis berhubung kejadian jenayah di sini akan diserahkan kepada saya. Insya-Allah, saya akan bawa data tersebut kepada parlimen agar kita boleh lebih memberikan tekanan (urgency) kepada keperluan dan suasana keselamatan itu dapat diwujudkan.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKita juga akan menghantar memorandum penduduk yang mengemukakan lima isu seperti senarai jalan paling bahaya di Bangsar dan cadangan supaya polis implementasikan kawalan di setiap laluan keluar masuk di kawasan ini,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n<p>Memorandum berkenaan dijangka akan dihantar kepada Ketua Polis Daerah Brickfields pada minggu depan.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>sumber [<a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/archive\/120309\/selangor\/story2538714.asp\">http:\/\/www.sinarharian.com.my\/archive\/120309\/selangor\/story2538714.asp<\/a>]\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen kecewa tahap keselamatan di Bangsar\u00a0 BANGSAR &#8211; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan rasa kecewa dengan tahap keselamatan di Bangsar yang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5,50,48,24,17],"tags":[1851,1853,116],"class_list":{"0":"post-821","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-bangsar","7":"category-issues-rakyat","8":"category-lembahpantai","9":"category-media","10":"category-undang-undang","11":"tag-bangsar","12":"tag-crime","13":"tag-kl"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/821","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=821"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/821\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6466,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/821\/revisions\/6466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=821"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=821"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=821"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}