{"id":995,"date":"2009-04-30T00:03:45","date_gmt":"2009-04-30T07:03:45","guid":{"rendered":"http:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/?p=995"},"modified":"2020-02-18T15:02:08","modified_gmt":"2020-02-18T07:02:08","slug":"perbahasan-titah-diraja-23-feb-2009","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/perbahasan-titah-diraja-23-feb-2009\/","title":{"rendered":"Perbahasan Titah DiRaja (23 Feb 2009)"},"content":{"rendered":"<p>Saya berucap dalam parlimen untuk bersama dalam Perbahasan Titah DiRaja pada 23 Feb 2009. Dalam perbahasan tersebut saya telah menyentuh beberapa isu termasuk dasar pendidikan, dasar penempatan penduduk Kuala Lumpur, dan sentuh tentang beberapa perkara lain:<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><object width=\"550\" height=\"550\" data=\"http:\/\/video.google.com\/googleplayer.swf?docid=7454745647365803113&amp;hl=en&amp;fs=true\" type=\"application\/x-shockwave-flash\"><param name=\"id\" value=\"VideoPlayback\" \/><param name=\"src\" value=\"http:\/\/video.google.com\/googleplayer.swf?docid=7454745647365803113&amp;hl=en&amp;fs=true\" \/><param name=\"allowfullscreen\" value=\"true\" \/><\/object><\/p>\n<p>Transcript:<\/p>\n<p>Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.<br \/>\nAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kerana<br \/>\nmengizinkan saya mewakili warga Lembah Pantai untuk mengambil bahagian dalam<br \/>\nmembahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan<br \/>\nYang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan, kita memulakan sesi pada hari ini mengingatkan<br \/>\ntentang isu pokok yang berkait rapat dengan realiti Malaysia di mana kita merupakan sebuah<br \/>\nnegara yang berdaulat, mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, meletakkan kedudukan<br \/>\nRaja-raja Melayu sebagai payung dan penaung bagi semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum.<br \/>\nJusteru, sesuai dengan gesaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa<br \/>\nMalaysia perlu mempergiatkan promosi serta usaha untuk menggalakkan kemasukan lebih<br \/>\nbanyak pelaburan untuk menjadikan Malaysia ini lebih kompetitif di peringat serantau dan global.<br \/>\nTumpuan, saya percaya perlu diberikan untuk terus mempercekap sistem penyampaian<br \/>\nperkhidmatan yang diakui perlu diperbaiki menerusi kewujudan PEMUDAH dan agensi lain.<br \/>\nMengurangkan kerenah birokrasi ini membantu kepada peningkatan daya saing negara tetapi itu<br \/>\nbukanlah sahaja yang menjadi penyelesaian. Kita perlu menyelesaikan masalah-masalah lain.<br \/>\nSaya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini tentang kajian dengan izin,<br \/>\nOpen Budget Index atau Indeks Keterbukaan Bajet yang dilaporkan dalam akhbar The Edge oleh<br \/>\nWashington International Budget Partnership, di mana Malaysia negara kita mendapat markah<br \/>\nyang amat teruk. 35 mata daripada 100 mata penuh, meletakkan Malaysia ini di tangga 53<br \/>\ndaripada 85 negara-negara yang terlibat, di bawah negara-negara ASEAN lain seperti Sri Lanka<br \/>\nyang mendapat 64 mata, Indonesia yang mendapat 54 mata, Filipina 48 mata dan Thailand 40<br \/>\nmata. Jadi bagaimana kita hendak melaksanakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan<br \/>\nAgong untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lainnya jikalau<br \/>\nkerajaan di bawah teraju pemerintahan Barisan Nasional tidak telus dengan cara mereka<br \/>\nmentadbir negara.<br \/>\nBajet 2009, tidak ada keterbukaan, terbukti oleh OBI atau Open Budget Index ini yang<br \/>\nmenyatakan kita mengamalkan bajet tertutup, di mana rakyat, tambahan lagilah Ahli Parlimen<br \/>\npembangkang tidak mampu mengetahui dengan terperinci atau lanjut, apakah dasar-dasar<br \/>\nperbelanjaan yang dijalankan seperti yang terkandung dalam pakej rangsangan ekonomi yang<br \/>\npertama. Juga tidak, Dengan izin, transparent atau telus untuk kita mengkaji bagaimana kerajaan<br \/>\nsedang mengagihkan sistem kewangan negara terutamanya di waktu sekarang di mana keadaan<br \/>\nekonomi dengan krisis yang semakin meruncing. Saya bersyukur dan juga berterima kasih,<br \/>\nakhirnya Yang Berhormat Menteri Kewangan mengakui keperluan untuk mengubah unjuran bagi<br \/>\nkadar pertumbuhan ekonomi negara yang berulang kali kami tekankan keperluannya.<br \/>\nAkan tetapi, satu adalah pengakuan yang kita tidak mampu mencapai target<br \/>\npertumbuhan KDNK sebanyak 3.5% yang diuar-uarkan Tuan Yang di-Pertua, sehinggalah 15<br \/>\nJanuari oleh tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan<br \/>\nIndustri kita. Diuar-uarkan 15 Januari kita boleh capai. Kedua anggaran, sekarang kata tidak<br \/>\nboleh capai tapi anggaran yang terbaru sudah diumumkan oleh banyak badan berkanun<br \/>\nantarabangsa termasuklah oleh Malaysian Institute of Economic Research. Akan tetapi kita<br \/>\nseluruh negara terpaksa menunggu sehingga pengumuman mini budget yang akan diberikan<br \/>\npada 10 Mac.<br \/>\nJadi saya tidak lihat bagaimana kerajaan yang sedia ada serius dalam menangani krisis<br \/>\nkerana kita perlu mengumumkan secepat mungkin dalam mana-mana kesempatan yang<br \/>\ndiberikan. Ekonomi dunia berubah dari hari ke hari. Jadi bayangkan apa akan berlaku dalam satu<br \/>\natau dua minggu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tiga perkara yang saya ingin<br \/>\ncadangkan dari segi untuk mereformasi sistem pentadbiran yang sedia ada, apa yang kita dapat<br \/>\nlakukan untuk perbaiki keadaan;<br \/>\n(i) saya kira perlu kalau boleh Malaysia mempergiatkan, memperkukuhkan<br \/>\nserta memperkasakan hubungan diplomatik serantau;<br \/>\n(ii) perlunya kita memperkasakan sistem pendidikan, terutamanya dari<br \/>\nperingkat sekolah rendah. Kita mulakan daripada awal lagi; dan<br \/>\n(iii) perlunya Malaysia mengimbang kepadatan penduduk di antara kawasan<br \/>\nbandar dan luar bandar.<br \/>\nIsu pertama Tuan Yang di-Pertua, dengan Malaysia mempergiatkan, memperkukuhkan<br \/>\nataupun saya sebut tentang pemerkasaan diplomatik serantau. Jika kita meneliti negara-negara<br \/>\nAsia Tenggara, South East ASEAN Countries terutamanya ahli-ahli anggota ASEAN, kita dapati<br \/>\nbanyak pelanggaran hak asasi manusia yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Myanmar,<br \/>\nselatan Thailand, selatan Filipina dan sebagainya telah melahirkan lebih ramai pelarian dan<br \/>\npengungsi di waktu-waktu yang sebelumnya. Akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan<br \/>\nmasalah pelarian ini, dilipatgandakan dengan masyarakat yang tidak berstatus di negeri Sabah<br \/>\natau lebih tepat rakyat tanpa warganegara yang semakin bertambah yang telah memasuki<br \/>\ngenerasi yang kedua dan ketiga.<br \/>\nAlhamdulillah, dengan kurniaan Ilahi, kita merupakan sebuah negara yang bertuah<br \/>\nseperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Sri Gading tadi, punyai banyak rezeki, kita diberikan<br \/>\nkhazanah daripada Ilahi dan sebagainya. Akan tetapi tentunya ia juga menjadikan kita destinasi<br \/>\nyang menarik kepada pelarian, pendatang tanpa izin dan sasaran utama untuk mereka mencari<br \/>\ntempat berteduh atau mencari sumber rezeki. Kita memang mempunyai tanggungjawab sosial<br \/>\ntetapi saya kira dengan keadaan ekonomi yang semakin menyempit, kita perlu fikirkan apa yang<br \/>\ndapat kita lakukan untuk melindungi warganegara kita, rakyat kita dengan cara penyelesaian<br \/>\nyang terbaik, yang win-win kalau yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dahulu<br \/>\ndapat memastikan kita buat yang terbaik untuk semua pihak.<br \/>\nThe Sabah Times, saya rujuk pada 25 November 2008 melaporkan, di antara ribuan<br \/>\nrakyat tanpa warganegara seramai 17,000 telah memohon MyKad hijau.<br \/>\nDi mana hanya 1,272 MyKad ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ini<br \/>\npetanda yang jelas memang ramai sangat the demand is too high dengan izin daripada rakyat<br \/>\ntanpa warganegara yang menetap di Malaysia. Masalah yang serius yang kita semua tidak<br \/>\nkiralah dari parti mana pun terpaksa terima. Disebabkan status ini mereka tidak mampu<br \/>\nmenjawat kerja tetap, memiliki aset, menjalankan perniagaan yang sah atau menghantar anakanak<br \/>\nmereka ke sekolah.<br \/>\nDalam akhbar The Star, 22 Februari 2009, Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan<br \/>\nbahawa ibu bapa yang salah seorang daripada mereka mempunyai kewarganegaraan Malaysia<br \/>\nboleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Jadi ia membuktikan dua perkara. Walaupun<br \/>\nsalah seorang daripada ibu bapa adalah warganegara, anak-anak mereka tidak dibenarkan<br \/>\nbersekolah di Sabah. Ini amalan yang akan memberi kesan kepada masalah sosial yang wujud.<br \/>\nAnak-anak yang tercicir tidak dapat peluang pendidikan dan sebagainya. Walaupun kerajaan kini<br \/>\nmembenarkan anak-anak bersekolah tetapi ia tidak menyelesaikan masalah masyarakat yang<br \/>\ntidak berstatus untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih baik kerana anakDR.<br \/>\nanak tanpa warganegara masih tidak mampu bersekolah akhirnya ia menjadi satu lagi poverty<br \/>\ncycle dengan izin yang akan mengulangi cycle atau satu sistem kemiskinan sebegini.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua, kerana itu&#8230;<br \/>\nTuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: [Bangun]\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Silakan Yang Berhormat.<br \/>\nTuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Terima<br \/>\nkasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Satu hujah yang cukup baik berkaitan dengan soal<br \/>\npelarian dan juga macam mana kita nak menyelesaikan masalah pelarian. Di kawasan Kuala<br \/>\nKedah alhamdulillah tidak ada banyak pelarian tetapi saya pasti di kawasan Lembah Pantai<br \/>\nterutamanya pendatang tanpa izin dan juga pelarian-pelarian yang memasuki negara kita dan<br \/>\nbekerja yang secara tidak langsung ia akan menjejaskan sistem pendidikan, sosial, politik dan<br \/>\nekonomi. Cuma saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai,<br \/>\nmacam mana masalah yang begitu besar ini kita hendak selesaikan dalam konteks kita memberi.<br \/>\nMaksud saya ini sempadan negara kita ini mudah dibolosi menyebabkan akhirnya terlalu ramai<br \/>\npendatang tanpa izin memasuki negara kita dan akhirnya mengganggu keselesaan rakyat kita<br \/>\nsendiri. Jadi apa penyelesaiannya yang boleh Yang Berhormat Lembah Pantai cadangkan<br \/>\nsupaya masalah pendatang tanpa izin dan juga pelarian ini diselesaikan dengan lebih tuntas lagi.<br \/>\nTerima kasih.<br \/>\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala<br \/>\nKedah. Saya memang baru nak sebut tentang hal tersebut tetapi sudah Yang Berhormat dahulu,<br \/>\nsaya kira memang ini merupakan permasalahan yang jelas. Sebelum ini, Ketua Pembangkang<br \/>\ntelah menyatakan keperluan untuk pihak kementerian memberi lebih banyak syarat kepada<br \/>\npekerja asing daripada memasuki negara kita. Kalau kita bezakan sektor-sektor yang wujud<br \/>\nsekali pun, akhirnya kita mesti jelas dengan anggaran yang terbaik yang paling jitu dan berapa<br \/>\npekerja asing yang berada di negara kita sama ada mendaftar atau tidak. Bagaimana kita benarbenar<br \/>\ndapat mengekang kemasukan mereka kerana saya setuju sempadan kita begitu bolos dan<br \/>\nkadang kala tidak ada kata sepakat daripada pihak sama ada pihak Menteri Dalam Negeri<br \/>\nataupun Menteri Sumber Manusia jadi ini akan akhirnya tidak mampu menyelesaikan masalah ini<br \/>\ndalam jangka masa yang terdekat.<br \/>\nKita punyai lebih ramai tenaga pekerja asing dalam sejarah. Dalam akhbar The Edge 16<br \/>\nFebruari 2009, lebih kurang 20 peratus atau 2.2 juta daripada 11.3 juta jumlah keseluruhan<br \/>\ntenaga kerja di Malaysia ini dikuasai oleh pekerja asing. Ramai rakyat Malaysia menganggur dan<br \/>\nekonomi pun kita agak bermasalah bagaimanakah kerajaan mampu katakan dengan realiti<br \/>\nsekarang ini bahawa mereka masih lagi meletakkan kepentingan rakyat sendiri kalau tidak<br \/>\ndiperincikan apakah langkah-langkah sebenarnya untuk mengatasi masalah pengangguran.<br \/>\nLaporan yang sama juga menyatakan disebabkan ramai pekerja asing sedang mencari<br \/>\nrezeki di Malaysia. Jumlah gaji yang keluar dalam bentuk kiriman wang ke negara remittances<br \/>\nbersamaan dengan 3.7% GDP. Ini tahun 2006, adakah kerajaan sedar kita punya pakej stimulus<br \/>\nlebih kurang 1% GDP tetapi yang keluar melalui pekerja asing ini 3.7 peratus. Jadi maksudnya<br \/>\nbegitu tidak ada mismatch yang jelas, jurang yang begitu besar yang akhirnya akan melibatkan<br \/>\nkerugian yang besar kepada negara kita. Inilah yang saya maksudkan apabila kita tidak<br \/>\nmemikirkan dengan serius, kita akui kepentingan rakyat kita sekarang ini perlu diteliti. Saya juga<br \/>\nmelihat apabila kita tidak mengamalkan prinsip untuk terbuka, telus, transparent maka ramai<br \/>\nyang akan menyoalkan apakah langkah-langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh kerajaan<br \/>\nadakah ianya akan mencapai target serta objektif. Soalan ini kira soalan asas. Saya apabila kita<br \/>\ntanyakan pihak kerajaan bilakah kali terakhir Kerajaan Malaysia mengkaji dasar pengambilan<br \/>\ntenaga kerja asing selepas mereka meneliti kesan-kesan yang akan dihadapi oleh warganegara<br \/>\nkita sendiri. Terutamanya setelah kita kupas fakta yang jelas bahawa ramai rakyat Malaysia yang<br \/>\ntidak mempunyai kerja dan sebanyak 3.7 peratus KDNK mengalir keluar jadi perlu ada dasar<br \/>\nyang jelas once and for all dengan izin kerana kalau tidak memang kita akan sentiasa berdolakdalik<br \/>\ndalam hal ini tanpa penyelesaian yang jelas.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua, saya juga menyebut di sini bahawa Setiausaha Parlimen<br \/>\nKementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada sidang Parlimen 14 Disember 2006 menyatakan<br \/>\nbahawa lebih 25,000 tahanan pendatang tanpa izin ditahan di pusat-pusat tahanan Malaysia<br \/>\ndengan jumlah perbelanjaan melebihi RM1.375 juta sehari. Laporan akhbar harian di awal bulan<br \/>\nFebruari 2009 menyatakan tentang isu Rohingya, pelarian Rohingya dari Myanmar, bagaimana<br \/>\nkerajaan Thailand dan Malaysia menolak permohonan pelarian-pelarian ini untuk memasuki<br \/>\nnegara kita dan juga Thailand termasuklah isu pengabaian hak asasi manusia dan laporan tidak<br \/>\nsahih yang menyatakan mereka juga dipukul dan diseksa oleh polis Thailand. Ini memang<br \/>\nmerupakan isu yang serius yang patut kita perjuangkan. Mereka bukan sahaja saudara sesama<br \/>\nIslam tetapi juga saudara kita dalam segi you know warga manusia di dunia ini dan seperti<br \/>\nmanusia yang lain mereka juga perlu tempat untuk berlindung. Jadi bagaimanakah kita boleh<br \/>\nakhiri isu pelarian sebegini dengan cara yang mutlak.<br \/>\nSaya fikir adakah dengan mengambil mereka masuk ke dalam negara sebagai Indonesia<br \/>\nlakukan atau dengan memberi mereka tempat berlindung, makanan atau bahan-bahan asas<br \/>\nadakah ianya akan menyelesaikan masalah? Akan tetapi kalau kita tidak alu-alukan mereka<br \/>\ndatang masuk ke negara seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Thailand, memaksa mereka<br \/>\npulang ke negara asal dengan harapan kononnya negara Myanmar ini sudah tunggu bertahuntahun<br \/>\nakan menjaga hak mereka tidak boleh juga. Jadi apa pun yang kita ingin ambil saya pergi<br \/>\nkepada satu dimensi atau approach yang lain di mana kita perlu memastikan negara dalam<br \/>\nASEAN ini pada peringkat permulaan menghormati memperkasakan sistem perundangan<br \/>\nmereka, sistem ekonomi, sistem pertahanan negara-negara dalam ASEAN ini.<br \/>\nKita bayangkan masalah di Burma, Myanmar itu dengan tidak menghormati hak asasi<br \/>\nmanusia, tidak menghormati sistem perundangan dengan rejim yang begitu zalim kita biarkan<br \/>\nkerana kita kata ini merupakan satu prinsip non-interference dengan izin dalam ASEAN. Jangan<br \/>\njaga tepi kain orang supaya mereka pun tidak boleh mengkritik apa yang berlaku di negara kita<br \/>\ntetapi sehingga kita memaksa atau memastikan ada constructive intervention dalam segi<br \/>\nmenyebut secara terbuka masalah kemanusiaan serantau mereka perlu memperkasakan<br \/>\nmemperbaiki sistem pentadbiran mereka barulah kita pergi ke pokok pangkal masalah untuk<br \/>\nmencari penyelesaian bersama. Saya sedar bahawa non-intervention polisi ini termaktub Piagam<br \/>\nASEAN sampai ke akhir ini.<br \/>\nTuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah<br \/>\nPantai, terima kasih. Saya merasakan soal Rohingya ini merupakan satu masalah yang tidak<br \/>\nakan berakhir. Mengikut maklumat yang kita terima bahawa Rohingya ini tidak dianggap sebagai<br \/>\nWarganegara Myanmar. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita mencadangkan<br \/>\nbahawa sebenarnya di dalam soal Rohingya ini kerajaan Malaysia dan kerajaan ASEAN<br \/>\nsebenarnya perlu mempunyai satu dasar yang tegas, yang boleh memaksa Myanmar menerima<br \/>\nbalik Rohingya ini sebagai warganegara mereka. Terima kasih.<br \/>\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Yang Berhormat Sik. Memang<br \/>\npersoalan ini akhirnya kita tidak boleh lari daripada realiti dan juga mengkritik secara terbuka.<br \/>\nKalau pun kita fikirkan hubungan diplomatik tetapi segala pelanggaran hak asasi manusia itu<br \/>\ntidak boleh disenyapkan ataupun kita diam membisu sahaja kerana akhirnya rakyat kita yang<br \/>\nakan menghadapi masalah ini. Kita yang akan menghadapi kemasukan pelarian dan kita<br \/>\nberhadapan dengan situasi di mana kalau dikatakan semuanya perlu kompromi dan akhirnya<br \/>\nmembebankan negara kita sendiri.<br \/>\nJusteru itu saya harap pihak kementerian dan kerajaan juga berani di saat ini melakukan<br \/>\nanjakan paradigma dari segi Piagam ASEAN. Kita pastikan kita tidak biar sahaja semua ini<br \/>\nberlaku tanpa memikirkan bagaimana Malaysia ini. Kita selalu sebut Malaysia boleh, Malaysia ini<br \/>\nhebat, Malaysia ini penuh dengan potensi tetapi bagaimana kita melakukan langkah pertama<br \/>\nuntuk mengajak negara-negara lain dalam ASEAN melakukan satu anjakan paradigma.<br \/>\nSaya pergi dimensi langkah-langkah integrasi ekonomi di mana kita ada persetujuan<br \/>\nperdagangan bersepadu, perdagangan bebas untuk mencapai satu penyelarasan bersekutu di<br \/>\nsektor-sektor lain seperti kastam untuk pemajuan kadar pertumbuhan negara buruh dan tenaga<br \/>\nkerja profesional. Dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota menjadi<br \/>\npegangan pertubuhan ASEAN tetapi kita mengambil secara positif sekarang ini. Kita perlu ada<br \/>\nsesi dialog yang konstruktif dengan kuasa serantau di samping itu mengadakan sistem<br \/>\nkewangan yang menyeluruh untuk rantau dalam medium term atau cohesive financial<br \/>\narchitecture, dengan izin untuk ASEAN. Langkah-langkah integrasi ekonomi, persetujuan<br \/>\nperdagangan bersepadu, perdagangan bebas untuk mencapai suatu penyelarasan bersekutu ini<br \/>\ntermasuklah dari segi tarif dagang seperti cukai eksport untuk barang dagangan akan<br \/>\ndiselaraskan dan mampu bergerak secara bebas seperti mana rakyat di negara ASEAN<br \/>\nsekarang ini memang sudah bergerak secara bebas tetapi kita patut melihat apakah objektif dan<br \/>\nhasil yang akhirnya memberi manfaat kepada every member country, dengan izin.<br \/>\nIni merupakan penyelarasan serantau&#8230;<br \/>\nTuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Penjelasan.<br \/>\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Silakan. Ada masa kah, Tuan Yang di-<br \/>\nPertua?<br \/>\nTuan Yang di-Pertua: Saya sebenarnya sedang memikirkan sama ada saya<br \/>\nmengehadkan masa kerana setakat ini cuma 13 Ahli Yang Berhormat dapat turut berbahas dan<br \/>\nsaya rasa lebih 50 orang lagi yang akan turut berbahas. Hari perbahasan cuma sampai hari<br \/>\nKhamis sahaja.<br \/>\nTuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Setengah minit.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua: Jadi, sekarang ini saya sedang memikirkannya. Jadi, sesiapa<br \/>\nAhli Yang Berhormat yang belum ditegur itu berilah timbang rasa kepada Ahli Yang Berhormat<br \/>\nyang belum bercakap. Ini antara Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi kadang-kadang tempiasnya kita<br \/>\njuga yang kena oleh kerana kita duduk di atas, tidak pandai mengawal konon masa untuk<br \/>\nberbahas. Sebetulnya yang tidak pandai mengawal ialah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri<br \/>\nsehingga kita terpaksa untuk menetapkan bahawa 10 minit atau 15 minit. Sila teruskan, kalau<br \/>\nboleh pendekkan.<br \/>\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Okey, Yang Berhormat, setengah minit,<br \/>\nya? Saya perlu mengawal masa.<br \/>\nTuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak<br \/>\nbertanya, meminta penjelasan perkara yang ringkas sahaja. Malam tadi kita tengok di siaran<br \/>\nberita ada menyebut yang Menteri Kewangan kita memaklumkan bahawa negara kita memberi<br \/>\nsumbangan kepada dana Asean berjumlah USD3.4 bilion. Untuk apakah sumbangan modal ini<br \/>\ndan bila perkara ini dilaksanakan atau untuk tujuan apa agaknya? Kalau boleh Yang Berhormat<br \/>\nLembah Pantai beri respons sikit perkara ini. Terima kasih.<br \/>\nSeorang Ahli: Bagi Menteri jawab.<br \/>\nPuan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih, Yang Berhormat Indera<br \/>\nMahkota. Ya, betul. Pertama kali saya bersetuju dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, dia<br \/>\nkata, bagi menteri jawab. Memang persoalan ini kalau secara khusus mengenai perbelanjaan<br \/>\ndan sebagainya saya harap pihak kementerian dapat beri jawapan jelas. Inilah yang menjadi<br \/>\nperkiraan dalam keadaan ekonomi yang memastikan setiap sen yang kita belanjakan itu, berapa<br \/>\nbilion yang diberikan kepada ASEAN itu perlulah mencapai targetnya. Jadi, saya harap kita ada<br \/>\nperancangan untuk masa depan bukan sahaja medium term. Apa yang kita dapat lakukan<br \/>\nsebagai pemimpin dalam ASEAN \u2013 dalam salah sebuah negara memimpin kerana kalau tidak<br \/>\nseperti mencurah air di daun keladi, memberi sesuatu tanpa melihat perkembangan ataupun<br \/>\nhasil daripada pemberian kita akhirnya.<br \/>\nJadi, saya ambil contoh European Union ataupun Kesatuan Eropah, bukti sahih model<br \/>\neconomic union walaupun bukanlah dikira sempurna tetapi ia boleh dijadikan sebuah realiti. Jika<br \/>\nmereka boleh sampai ke tahap tersebut mengapa Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia,<br \/>\nThailand dan negara-negara ASEAN yang lain yang mempunyai jauh lebih banyak sumber hasil<br \/>\nbumi daripada negara-negara Eropah tidak mampu melakukan sesuatu yang sama ataupun lebih<br \/>\nhebat lagi. Saya maksudkan kita ambil secara positif ASEAN Charter tetapi kita mengimarahkan<br \/>\nrantau ini secara menyeluruh. Mahu tidak mahu masalah-masalah yang dihadapi oleh negara<br \/>\nlain, kita perlu berani kerana akhirnya kita bersetuju berdasarkan prinsip bukannya atas hal-hal<br \/>\nlain.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara kedua. Isu kecil seperti<br \/>\npelarian \u2013 isu besarlah sekarang ini tetapi mereka yang tidak berstatus dan keganasan<br \/>\n(terrorism) tidak akan lagi menjadi isu yang begitu besar jikalau kita semua dapat mencari<br \/>\npenyelesaian dan bersatu dalam konteks ini kerana akhirnya mereka terpaksa berubah. Negara<br \/>\nMyanmar terpaksa bangun memperbaiki tahap ekonomi pentadbiran untuk sama-sama<br \/>\nmenjayakan sistem ekonomi serantau ini. Dengan izin, kalau ada insentif kewangan (monetary<br \/>\nincentives) tidak ada siapa yang akan menolak. Mahu tidak mahu kita memaksa mereka untuk<br \/>\nbersama dan memperbaiki diri mereka sendiri.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah isu kepadatan<br \/>\npenduduk yang lebih seimbang di antara bandar dan luar bandar. Saya kira sebelum ini ramai<br \/>\nAhli Parlimen telah menyebut masalah yang dihadapi dan saya ingin menyentuh dari segi bandar<br \/>\nraya di Malaysia ini. Kita melihat pertambahan kepadatan yang begitu tinggi. Bilangan penduduk<br \/>\nKuala Lumpur sekarang ini sebanyak 1.58 juta mengikut Jabatan Statistik Negara 2006.<br \/>\nPerangkaan terbaru pada 2007 menunjukkan bilangan penduduk Kuala Lumpur bertambah<br \/>\nmenjadi 1.89 juta orang dan akan terus meningkat mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur yang<br \/>\ndiwartakan pada November 2004. Bila kita mencecah tahun 2020 penduduk akan meningkat<br \/>\nseramai 2.2 juta.<br \/>\nJadi, peningkatan ini sejajar dengan pertumbuhan pesat faktor-faktor kepadatan<br \/>\npenduduk bandar yang lain seperti kadar pemilikan perumahan, dan kenderaan yang akhirnya<br \/>\nboleh menjejaskan pertumbuhan bandar raya yang sekata dan seimbang. AC Nielsen and<br \/>\nNielsen Media Research menyatakan seramai tujuh daripada 10 orang dewasa di Malaysia ini<br \/>\nmempunyai kenderaan. Kadar pemilikan perumahan juga meningkat berdasarkan harga rumah<br \/>\nyang meningkat sebanyak 6.9% dalam tahun 2006.<br \/>\nJadi, pertumbuhan exponential ini menyebabkan masalah setinggan, sosial, pelacuran,<br \/>\nrempit, jenayah kecil dan sederhana, ketiadaan sumber daya seperti kekurangan makanan,<br \/>\nminyak, pengangkutan dan ketiadaan pekerjaan yang gajinya setimpal dengan kos kehidupan<br \/>\nseseorang individu di bandar. Jadi, mengapa ini berlaku? Kenapakah terus menerus masyarakat<br \/>\nluar bandar mencari rezeki di bandar dan memang isu urbanization ini seolah-olah tidak dapat<br \/>\nditangani, dikekang lagi oleh kerajaan yang sedia ada. Jadi, isunya memanglah bukannya kita<br \/>\nmahu menghalang sesiapa untuk mencari rezeki di bandar tetapi kita juga perlu melihat secara<br \/>\nrealistik dan efektif bagaimana hendak menjadikan kawasan luar bandar ini sebagai kawasan<br \/>\nalternatif untuk mereka mencari rezeki yang nyata, berterusan dan menjadikan kebarangkalian<br \/>\nuntuk berjaya dari segi ekonomi dan taraf hidup itu sama seperti mereka di kawasan bandar.<br \/>\nTuan Yang di-Pertua, antara penyebab utama masyarakat berhijrah dari kawasan luar<br \/>\nbandar ke bandar adalah punca pendapatan dan peluang untuk mereka menjayakan apa-apa<br \/>\nindustri lebih cerah di kota-kota berbanding dengan luar bandar. Termasuklah juga masalah di<br \/>\nFELDA, ramai generasi kedua dan ketiga itu berhijrah juga tidak selari dengan objektif asal.<br \/>\nJadi kita bayangkan apakah prospek masa hadapan seorang graduan ijazah sarjana<br \/>\nmuda yang baru untuk menjayakan dirinya di luar bandar. Kesemuanya ini lebih cerah di kotakota<br \/>\nseperti di Kuala Lumpur berbanding dengan di desa. Jadi pemikiran ini perlu kita ubah<br \/>\nkerana saya memang akui ada usaha kerajaan, FELDA, FELCRA yang mampu memberikan<br \/>\nkejayaan. Akan tetapi ia tidak memberi multiplier effect ataupun hasil berganda seperti yang<br \/>\ndiharapkan. Negara-negara maju contohnya Jepun, Perancis serta Britain, mereka menjayakan<br \/>\nnegara mereka melalui usaha untuk memajukan industri di luar bandar.<br \/>\nDi Perancis, industri berat seperti stesen jana kuasa nuklear di Nuclear Power Plant di<br \/>\nbina di kawasan luar bandar seperti di Penly dan Tricastin terletak berjauhan dari mana-mana<br \/>\nbandar. Ini menghasilkan peluang pekerjaan untuk ramai rakyatnya daripada pelbagai sektor<br \/>\nseperti jurutera, akauntan, mathematician, dietician, juru nuklear dan juga tenaga sokongan serta<br \/>\nsebagainya. Ini adalah contoh terbaik, mungkin bukan terbaik. Akan tetapi salah satu contoh<br \/>\nyang dapat kita ambil untuk memajukan sektor di luar bandar. Saya faham kerajaan sibuk<br \/>\nmelaksanakan koridor-koridor ekonomi. Projek koridor seperti di Iskandar Economic Region di<br \/>\nJohor, Northern Economic Corridor (NCR) di Pulau Pinang.<br \/>\nAkan tetapi ini sebenarnya kurang daripada perancangan yang akhirnya dapat memberi<br \/>\nhasil yang jelas, kerana ia masih lagi tidak menyelesaikan masalah penempatan sesak bandar<br \/>\nraya. Ini kerana pembinaan kawasan perumahan dari rumah kos rendah sehingga kos tinggi<br \/>\ntermasuk lagi pembinaan prasarana tidak sehaluan dengan pembinaan koridor ekonomi.<br \/>\nKesemua ini adalah pemangkin yang membolehkan memberi ruang kepada ramai keluarga untuk<br \/>\ntidak mempunyai masalah mendirikan penempatan di luar bandar kerana mereka selesa dengan<br \/>\napa yang ada di tempat mereka bekerja.<br \/>\nMereka yakin ada peluang pendidikan, kualiti kalau kita bangunkan betul-betul konsep di<br \/>\nluar bandar ini untuk anak-anak mereka membesar dengan selesa. Justeru, saya melihat dari<br \/>\nsegi kita ambil contoh bagaimana program-program yang diadakan. Di Thailand, sudah wujud<br \/>\nusaha yang dilakukan oleh PAD, People\u2019s Alliance for Democracy. Mereka mencari satu kuota<br \/>\nyang terletak 240 kilometer dari Kota Bangkok. Di tengah-tengah \u2018Jin bertendang\u2019 itu, kalau<br \/>\ndikatakan dalam bahasa orang Melayu. Diletakkan, dimulakan sekolah rendah mempunyai iaitu<br \/>\ntentunya ramai di sana menganut agama Buddha.<br \/>\nJadi, mereka combined dengan izin sistem moral Buddha termasuk lagi dengan<br \/>\nMontessori sistem untuk memastikan anak-anak di kampung ini diambil daripada semua yang<br \/>\nduduk di kampung. Bukannya yang pelajar terbaik, tetapi secara rawak serta diajar dan akhirnya<br \/>\nmenerusi beberapa kajian didapati mereka ini penuh berkeyakinan dapat berbahasa Inggeris<br \/>\njauh lebih baik daripada anak-anak sekolah di Kota Bangkok. Maksudnya ada perancangan<br \/>\nyang jelas. Mereka tidak buat secara adhoc. Mereka buat memang sekolah rendah dan selepas<br \/>\nberjaya, dalam perancangan seterusnya adalah sekolah menengah dan universiti. Kemudiannya<br \/>\nbaru wujud semua facilities seperti internet cafe, restoran dan sebagainya.<br \/>\nJadi permulaannya adalah sistem pendidikan yang dapat memberi manfaat sepenuhnya<br \/>\nyang berkualiti kepada penduduk di kampung. Jadi saya berharap perkara sebegini bukanlah di<br \/>\nFELDA-FELDA tidak ada sekolah, tetapi kita pastikan yang terbaik. Kita masukkanlah dengan<br \/>\nMontessori atau sebagainya. Kita bayar beribu-ribu untuk hantar budak-budak sekolah di Kuala<br \/>\nLumpur ini, kita mulakanlah di FELDA. Oleh itu dengan tenaga guru yang terbaik akan<br \/>\nmemulakan satu cycle diharapnya oleh penduduk yang lebih selesa hidup di tanah FELDA,<br \/>\nmaksudnya di luar bandar.<br \/>\nJadi saya berharap isu ini diambil secara serius kerana akhirnya memang tidak boleh<br \/>\nlarilah daripada isu PPSMI. Saya tidak hendak sebut panjang, tetapi yang penting kita mesti<br \/>\nmemastikan kalau dahulu kita buat program PPSMI ini tidak ada mana-mana kaji selidik untuk<br \/>\nmenyokong keputusan tersebut. Sekarang, kita berdebat hebat tentang bagaimana dasar<br \/>\ntersebut tidak boleh diguna pakai ataupun ada yang menyokong, kebanyakannya menolak.<br \/>\nAkan tetapi saya mahu menyentuh di sini, memulakan satu lagi dimensi yang perlu kita<br \/>\nsentuh; iaitu kita mahu merealisasikan impian negara kita untuk mewujudkan anak-anak Malaysia<br \/>\nyang petah dan kukuh menguasai ilmu-ilmu sains, matematik dan teknologi. Dia tahu itu yang<br \/>\nkita mahukan, itu objektif kita. Nah, bagaimana hendak lakukan? Apakah mekanisme yang<br \/>\nterbaik untuk menghasilkan ataupun merealisasikan objektif ini?<br \/>\nKita dengar laungan daripada Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa keputusan<br \/>\nUPSR, PMR itu membanggakan. Ada prestasi yang semakin baik. Saya mahu sentuh penanda<br \/>\naras antarabangsa. Kalau hendak bercakap daripada apa yang berlaku dalam negara Malaysia<br \/>\nmemanglah tidak habis dengan kebolehan, dengan kehebatan kita.<br \/>\nAkan tetapi apabila kita fikir, bagaimanakah kalau kita gunakan seperti mana keputusan<br \/>\nTIMSS 2007, the trend in international Mathematics and Science study ataupun trend<br \/>\npembelajaran Sains dan Matematik antarabangsa dijalankan sejak 1995 oleh The International<br \/>\nAssociation for The Evaluation of Educational Achievement (IEA) untuk menilai, mengkaji<br \/>\nprestasi pendidikan negara-negara di seluruh dunia dan dikeluarkan Disember 2008. Mereka<br \/>\nmenyatakan bahawa dari segi pemahaman dan amali subjek-subjek seperti biologi, kimia, fizik,<br \/>\npelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia pada tahun 2007 berada di bawah negara-negara<br \/>\nseperti Armenia, Lithuania, Slovenia dan Republic Chech.<br \/>\nTahun 2003, kita bandingkan keputusan 2007 ini dengan 2003. Kajian yang sama<br \/>\nmenunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke sepuluh dalam Matematik lebih baik<br \/>\ndibandingkan dengan Australia, Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand manakala di dalam<br \/>\nsubjek Sains, kita di tangga ke dua puluh lebih tinggi daripada negara Itali dan Norway.<br \/>\nJadi, 2003 ini sebelum pelaksanaan PPSMI. Maksudnya mereka buat ujian di dalam<br \/>\nbahasa Melayu kerana mereka akan sesuaikan dengan keadaan di negeri atau negara tersebut.<br \/>\nSemua ujian Matematik dan Sains dan semua subjek ini diadakan di dalam bahasa Melayu. Kita<br \/>\ntengok prestasinya jauh lebih hebat pada waktu itu daripada tahun 2007. TIMSS 2007, Malaysia<br \/>\ndi tangga ke dua puluh untuk kesemuanya.<br \/>\nJadi kita bandingkan, kerana selalunya the top ten countries dengan izin, negara-negara<br \/>\nyang mendapat tangga tempat yang tertinggi, tidak kisahlah semuanya menggunakan bahasa<br \/>\nIbunda. Ada yang mempersoalkan kata negara Singapura pun terkandung dalam keputusan<br \/>\nTIMSS sebagai negara yang terbaik. Saya hendak ulang di sini, yang pentingnya Singapura ini<br \/>\nbahasa Inggerisnya itu sudah seperti mother tongue. Mereka sebut, cakap di rumah dan ia diajar<br \/>\ndengan begitu meluas sekali di Singapura. Jadi kita tidak boleh buat perbandingan bahawa<br \/>\nbahasa Inggeris itu bukan bahasa Ibundanya.<br \/>\nKita lihat negara-negara seperti Cina, Jepun, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Korea<br \/>\nmenjadi negara yang tersohor dalam bidang Matematik dan Sains. Mereka tidak meletakkan<br \/>\nbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam pembelajaran ilmu-ilmu ini. Saya tidak tolak<br \/>\nbahawa kita perlu menguasai bahasa Inggeris tetapi adakah ia efektif kalau diajar dalam bahasabahasa<br \/>\nteknikal, mata-mata pelajaran teknikal? Tidak!<br \/>\nIni keputusan TIMSS di peringkat antarabangsa. Kita jangan gadaikan masa hadapan<br \/>\ngenerasi kita untuk menguasai mata pelajaran teknikal kerana kita hendak sangat katakan kita ini<br \/>\nbetul. Saya kira tidak payahlah kita salahkan sesiapa dalam hal ini asalkan kita buat perkara<br \/>\nyang sepatutnya kita buat.<br \/>\nPembelajaran ilmu kompleks seperti Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda,<br \/>\nkerana mereka mendapat tahu bahawa melalui dokumentasi informasi UNESCO buat kajian<br \/>\nmendalam sistem terbaik untuk mengajar para pelajar dalam bahasa teknikal ini ialah dalam<br \/>\nbahasa ibunda. Jadi penguasaan Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa ibunda.<br \/>\nSaya rasa kita perlu bermula daripada menyedari dan menerima hakikat ini kerana saya<br \/>\ntidak mahu kita terus tergelincir dalam mana-mana, tidak kisahlah penanda aras antarabangsa,<br \/>\nterutamanya TEAMS kerana generasi yang kita gunakan sejak enam tahun ini untuk program<br \/>\nPPSMI adalah generasi yang tentunya akan memimpin negara akhirnya dan kita tidak mahu<br \/>\nmereka tidak mampu untuk membawa Malaysia ini ke era atau masa depan teknologi yang lebih<br \/>\nbaik. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap inilah merupakan cadangan-cadangan saya dan<br \/>\nkalau ada yang terkasar bahasa itu, mohon maaf. Saya mohon menyokong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya berucap dalam parlimen untuk bersama dalam Perbahasan Titah DiRaja pada 23 Feb 2009. Dalam perbahasan tersebut saya telah menyentuh beberapa isu termasuk dasar pendidikan, dasar penempatan penduduk Kuala Lumpur, dan sentuh tentang beberapa perkara lain<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50,20],"tags":[185,55,38,104,1859,184,183],"class_list":{"0":"post-995","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-issues-rakyat","7":"category-parliament","8":"tag-debate","9":"tag-lembah-pantai","10":"tag-malaysia","11":"tag-nurul-izzah","12":"tag-parliament","13":"tag-perbahasan","14":"tag-titah-diraja"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=995"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10498,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995\/revisions\/10498"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.nurulizzah.com\/site\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}