Skip to main content
Education

Antara Perjuangan dan Bola

By 20 July, 2010February 5th, 2021No Comments

Saya berpeluang ke upacara perasmian Pertandingan Futsal Piala YB Nurul Izzah di medan sukan Taman Sri Manja pada 3hb Jul 2010 jam 900 pagi. Pertandingan Futsal tersebut adalah anjuran Angkatan Muda KeADILan Lembah Pantai yang dengan usaha mereka mendapatkan seramai 25 pasukan untuk mengambil bahagian. Kejohanan ini diadakan pada 3hb dan 4hb Jul 2010 berturut-turut.

Dalam ucapan perasmian, sempat saya menegaskan dan menyeru agar golongan muda melibatkan diri dalam acara sukan sebegini agar dapat memanfaatkan mereka bukan hanya dari segi mental dan fizikal tetapi juga dapat menghindarkan daripada gejala-gejala sosial yang negatif dan aktiviti seperti ini sekaligus merapatkan silaturrahim sesama lain. Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penganjur, peserta dan semua yang memberikan sokongan untuk pertandingan tersebut.

Saya pun berpeluang menjaringkan gol, walaupun pada usaha ketiga, tapi gol juga!