Skip to main content
Education

Blog: 3 Mei 2014

By 3 May, 2014February 18th, 2020No Comments

Salam Reformasi teman-teman yang dikasihi sekalian;

15 tahun berlalu, menyaksikan kebangkitan parti berbilang kaum – KEADILAN – yang terus utuh di bumi bertuah Malaysia yang dikasihi.

Kita lalui pelbagai cabaran bersama – di kala duka dan di kala senang, walau tidak sepenuhnya. Laungan Reformasi yang mencetuskan segala-galanya harus kita dalami dan jiwai. Kita mahukan sistem yang adil – kebajikan tanpa memilih bulu, kehakiman yang menjanjikan pembelaan buat rakyat, sistem keselamatan yang tidak dikawal segelintir kecil penguasa dan politik harmoni yang mencerna kecintaan antara kita.

Di Lembah Pantai sendiri, mikrokosma kepelbagaian yang mendesak keberanian mendepani cabaran warga kota dan kita harus berdiri teguh. Gergasi menteri pihak lawan kita mampu hadapi; kerana begitulah simbol politik wang, rasuah, kuasa yang menekan juga perkauman menebal! Tahniah anggota KEADILAN, kehadiran anda terus memberi semangat!

Tidak ada parti di tanah air yang punyai peluang cerah seperti kita, pun begitu pelbagai cabaran melanda kita, bermula tekanan, asakan berterusan terhadap yang dikasihi ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga ketua pembangkang Malaysia.

Dasar cukai baru yang menekan, potongan cukai pelbagai, nasib kita di bawah Barisan Nasional semestinya serupa! Kalau penjara dijadikan ugutan terhadap DSAI, penjara ekonomi miskin dan muda menjelang 2030 menanti kita sekiranya kita terus di bawah BN! Ayuh, teruskan kerja, realisasikan dan jadikan..

..Masa Depan, Masa Kita!

Nurul Izzah Anwar
3 Mei 2014
Kuala Lumpur