Skip to main content

KEADILAN bertapak di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan satu objektif utama iaitu melakar misi reformasi di Sarawak.

IMG-20160428-WA0018(1)

Ternyata, KEADILAN amat beruntung apabila telah berpeluang untuk meletakkan batu asas reformasi pada Pilihan Raya Negeri yang lepas melalui kemenangan tiga kerusi DUN yang mewakili Ba’kelalan, Krian dan Batu Lintang. PRN11 Sarawak kali ini adalah batu loncatan untuk menjana kesedaran dan keberanian untuk rakyat melakukan perubahan bukan hanya di Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia.

KEADILAN yakin dan percaya bahawa mata rakyat Sarawak akan terbuka melihat akan sekian lama bagaimana Sarawak terus terpinggir dan didiskriminasi;

Apabila sumber asli mereka dieksploitasi dan; tanah adat mereka dinafikan.

KEADILAN menjadi suara kepada rakyat yang tertindas dek monopoli kuasa yang dipegang sekian lama oleh Barisan Nasional. KEADILAN di Sarawak mengenengahkan konsep Sarawak untuk Rakyat Sarawak (#DemiSarawak) dan membebaskan Malaysia daripada belenggu pentadbiran kuku besi BN.

KEADILAN punyai tekad komitmen ke arah melaksana agenda reformasi dan pendemokrasian rakyat. Pakatan Harapan wajar dan akan tetap bertahan walau apapun cabaran melanda.

Tumpuan kini haruslah menjurus ke arah kempen sehinggalah hari mengundi.

KEADILAN memberikan dokongan penuh kepada calon-calon yang menentang Barisan Nasional terutamanya kerusi yang terletak di kawasan pedalaman Sarawak. Demi mempertahankan masa depan rakyat Sarawak, kita harus bekerja kuat dan menentang proses Pilihan Raya yang berat sebelah dan tidak adil serta penyalahgunaan wang, media dan jentera oleh Barisan Nasional.

Menyedari bahawa masakini yang sukar dan mencabar, terutamanya dengan harapan menggunung dipertaruhkan kepada satu pakatan baru yang mengendong aspirasi perjuangan rakyat dalam melawan kekuatan rejim yang sekian lama berkuasa.

Saya menyeru kesemua pengundi yang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, demi masa depan Sarawak supaya tidak mengundi Barisan Nasional di mana-mana kawasan yang dipertandingkan. Rakyat Sarawak masih memerlukan barisan pembangkang yang kuat untuk membawa suara dan mempertahankan hak rakyat Sarawak.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN

__________________________________________________________________

KEADILAN enters Sarawak state elections with one single key objective – that is charting for reforms in Sarawak.

We were fortunate enough to be given the opportunity to lay the foundation for reforms in the last state elections through three seats represented by Ba’Kelalan, Krian and Batu Lintang. This 11th Sarawak state election is a new stepping stone for us to leap forward to generate greater awareness of the need for change in Sarawak as well as the whole country.

Sarawak people have been marginalised and discriminated; their natural resources exploited and legitimate rights to land and development denied. We have been the voice of those oppressed by the monopoly of power held by BN. Our presence in Sarawak is to liberate Sarawak for Sarawakians (#DemiSarawak) and in turn liberate Malaysia from the shackles of BN led authoritarianism.

Hence, our focus must be on the campaign ahead until polling day. We will give full support to all our candidates who are battling Barisan Nasional especially in the rural hinterland of Sarawak. For the sake of the people and future of Sarawak, we must battle hard despite an unfree and unfair election process and abuse of money, media and machinery by the BN.

We have a common commitment towards an agenda for reforms and democracy. Pakatan Harapan must and will endure any challenges. These are trying times, expected of a new coalition fighting the people’s struggles against a powerful and unjust regime.

I call upon all voters in the Sarawak elections, for the sake of the future of Sarawak to vote against the Barisan Nasional in ALL the state constituencies. Even if ultimately, we do not win, the people of Sarawak need a strong opposition to speak for and defend them.

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT & ELECTION DIRECTOR, PEOPLE’S JUSTICE PARTY (KEADILAN)