Skip to main content

Penafian Tan Sri Annuar Musa terhadap beberapa isu melibatkan Mara, termasuk pemecatan dari jawatan Pengerusi Mara dan penggantungan Pengerusi Pelabur Mara Sdn Bhd untuk memberi laluan kepada siasatan audit bebas , membuktikan skandal MARA yang didedahkan oleh pihak pembangkang selama hari ini ternyata benar.

Justeru, semata-mata pemecatan dan penggantungan Tan Sri Annuar Musa tidak memadai. Bahkan, perlu ada siasatan lanjutan demi memastikan kepercayaan bumiputera kembali pulih.

Sebelum ini, kita dilaporkan penggunaan dana Institusi pendidikan UniKL menaja pasukan bola sepak Kelantan. Ternyata, ia bukan satu isu yang kecil. Bertambah rumit lagi, apabila Insitutusi pendidikan Mara mengalami masalah menambung kebajikan pelajar bumiputera sebanyak RM 250 ribu.
Pertama, kepimpinan Mara perlu diisi oleh mereka yang pakar dan bertanggungjawab dalam pensturukturan semula Mara.

Sebelum ini, MARA menamatkan kontrak dua orang pegawai kanan MARA, terdahulunya lantikan politik kerana membelanjakan RM65 juta dana awam bagi membeli blok apartmen di Australia[6]. Kelemahan Felda yang melantik ahli politik dalam menguruskan organisasi merupakan pengajaran terbaik dalam usaha membaik pulih institusi Mara yang kian merudum akibat tangan-tangan hitam ahli politik.

Menteri perlu menyatakan rancangan penstukturan dan pendidikan Mara di sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac. Menteri juga perlu menjawab segala pertanyaan ke atas skandal ini selaras Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan. Malahan, Menteri perlu bertanggungjawab atas skandal penyelewengan ini dan meletakkan jawatan atas kecuaiannya menjalankan tugas.

Kedua, memansuhkan konsep bayaran untuk MRSM bagi memberi akses pendidikan sekolah menengah kepada pelajar bumiputera cemerlang.
Ketiga, segala pelaburan dan transaksi yang dibuat oleh Pelaburan Mara Sdn Bhd oleh Annuar Musa perlu dikaji semula supaya pelaburan tersebut telus dan tidak mengambil kepentingan individu.

Sebagai penutup, saya berpesan bahawa kita tidak boleh melakukan kesilapan berulang kali dalam menguruskan dana rakyat seperti Mara. Tidak mungkin institusi Mara dapat dipertahankan oleh sebuah sosok yang terpaut dengan skandal dan penyelewangan berbillion ringgit. Tiba masa rakyat Malaysia, khususnya bumiputera menolak kepimpinan lemah dibawah kerajaan BN yang melenyapkan institusi kebajikan seperti Mara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

[1]http://www.astroawani.com/video-malaysia/tan-sri-annuar-musa-digantung-tugas-141320
[2] http://www.thesundaily.my/news/2126700
[3]http://www.themalaymailonline.com