Skip to main content
MediaPenerbitanPress ReleaseSosio EkonomiStatements

Isu-isu Rakyat Perlu Diselesaikan Sebelum Menongkah Arus Baru Dalam Rancangan Malaysia ke-11

By 21 May, 2015February 5th, 2021No Comments

Berikut adalah kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang dimaklumkan kepada saya di mahkamah Sivil sebentar tadi

Nurul Izzah Anwar

______________________________________

Terima kasih kepada rakan-rakan termasuk Sasterawan Negara A. Samad Said bersama Azizah dan keluarga dalam perhimpunan di Sg. Buloh sempena 100 hari saya dipenjara.

Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin. Kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan 1MDB perlu ditangani segera. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat.

Kedua permasalahan di atas perlu ditangani sebelum Dato’ Sri Najib mengemukakan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen. InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan.

Anwar Ibrahim,
Mahkamah Sivil, Kuala Lumpur 21 Mei, 2015