Skip to main content
Education

Isu Penjualan Rahsia Pertahanan Negara

By 31 May, 2012February 5th, 2021No Comments

KENYATAAN MEDIA
31 Mei 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Usul Tergempar Parlimen – Penjualan Rahsia Pertahanan Negara

Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang seperti berikut:

‘Usul Tergempar untuk dibahas di Parlimen – mengenai pendedahan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh SUARAM di Bangkok pada 30 Mei 2012 yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.’

Sementara itu, rakyat berhak menuntut agar Perdana Menteri memberikan kenyataan mengenai perkara ini dengan segera kerana jika benar – wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara bukan sahaja mengenai operasi kapal selam Scorpene, tetapi juga maklumat rahsia pertahanan negara yang lain yang mungkin dijual kepada ejen asing.

Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN

===========================================

MEDIA STATEMENT
31 May 2012
FOR IMMEDIATE RELEASE

Parliamentary Emergency Motion in June: Sale of National Defence Secrets

I shall be requesting for a Parliamentary Emergency Motion in the June session as follows:

‘To debate on the expose of illegal commissions and sale of national defence secret documents in regards to the Scorpene submarines as revealed by SUARAM in Bangkok on 30 May 2012 which threatens national security and sovereignty.’

Meanwhile, the people has the right to demand the Prime Minister to issue an immediate statement on this matter as if it is true than it not only places the operations of the Scorpene submarines but also other possible defence secrets at risk which may have been sold to foreign agents.

If there is a failure to immediately respond to this allegations that the citizens of Malaysia must be prepared that the national security and sovereignty of the nation is compromised.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai and
Vice President KEADILAN