Skip to main content
Lembah PantaiPantai Dalam

Kebakaran di Kampung Pantai Baru

By 13 July, 2008February 18th, 2020No Comments

12-07-08_14301.jpg

Sebuah kebakaran telah berlaku di Kg. Setinggan Pantai Baru kira-kita Jam 1 petang semalam, 12 Julai 2008. 11 Rumah telah musnah. Kira-kira 22 keluarga telah kehilangan kediaman mereka. Mangsa-mangsa kebakaran akan ditempatkan di Stadium Hoki Jalan Pantai Baru sehingga penempatan baru diselesaikan. Keperluan sementara untuk mangsa juga telah dapat diselesaikan dengan kerjasama Unit Bencana Alam DBKL.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada Keluarga-keluarga, sila hantarkan apa-apa jenis sumbangan seperti makanan, pakaian ataupun kewangan kepada pejabat saya di Jalan Pantai Murni 6 supaya pengagihan kepada 22 keluarga yang memerlukan boleh dibuat. Setiap sumbangan amat dialu-alukan!

12-07-08_1617.jpg

Alamat Pejabat saya adalah:-

No. 1-2 (2nd Floor), Jalan Pantai Murni 6, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Tel: 03 – 22409476 / 03 – 22409475

Fax: 03 – 22409473