Skip to main content
Education

Majlis dan Anugerah Penyaluran Bantuan kepada Pelajar Terpilih Sarjana UM

By 23 July, 2010February 5th, 2021No Comments

Alhamdulillah, Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai berpeluang menjayakan pembahagian wang saguhati kecemerlangan pada 21 julai 2010 (Rabu). Pembahagian ini diberikan kepada pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Malaya.

Seramai 8 orang pelajar yang mendapat anugerah ini. Wang ini merupakan sumbangan ikhlas daripada pihak Yayasan Aman menerusi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dasar Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran UMNO-BN menafikan hak kepada ahli Parlimen Lembah Pantai dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat lainnya yang dipilih oleh rakyat kerana tidak menyalurkan dana yang sepatutnya diterima oleh ahli-ahli parlimen. Pada tahun lepas, sebanyak 1 juta dana yang sepatutnya disalurkan dan jumlah tersebut bertambah pada sesi parlimen baru-baru ini dengan penambahan sebanyak RM500 ribu.

Penafian hak ini menunjukkan dasar kerajaan UMNO-BN yang berat sebelah dan tidak bertangungjawab dalam menolong dan membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan.

Namun, selagi terdaya, beserta keprihatinan pihak-pihak yang sedia membantu, termasuk hamba-hamba Allah yang mahu membantu rakyat yang amat memerlukan sokongan kewangan, dapatlah Ahli Parlimen Lembah Pantai menolong 8 orang para pelajar ini untuk menyambung pengajian mereka.

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai juga akan memberi Surat sokongan kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk turut menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Langkah ini sehaluan dengan pendirian Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan pendidikan anak-anak Malaysia.

Kebajikan Rakyat, khususnya subsidi serta masa depan anak anak tidak akan Pimpinan Pakatan Rakyat korbankan sementara membiarkan pemborosan menerusi pengambilan firma Apco (RM77 juta) atau kemungkinan penggantian bangunan parlimen (RM800 juta) diteruskan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab dan amanah kepada Rakyat.