Skip to main content
Education

Mengikuti perkembangan Little India–perbincangan dengan Little India Action Committee

By 25 June, 2010February 5th, 2021No Comments

Pada 18 Jun 2010, saya telah berjumpa dengan wakil penjaja dan badan NGO di Brickfields yang dikenali sebagai Little India Action Committee.

Agenda utama perjumpaan adalah bagi membentuk satu badan untuk memantau segala aktiviti Little India yang akan dibangunkan dalam rangka masa yang terdekat.

Antara isu-isu penting yang diketengahkan dan harus diambil tindakan serta-merta:

  • Kenyataan Dato’ Saravanan berbeza dengan apa yang diperkatakan kepada penjaja-penjaja
  • Segala lesen penjaja statik yang telah dibatalkan haruslah diberi balik kepada peniaga asal di Brickfields setelah selesai pojek Little India
  • Hak senarai penjaja asal hendaklah dikekalkan.
  • Senarai nama penjaja yang mendapat lesen selepas projek Little India hendaklah dipaparkan di papan kenyataan bagi mengelakan orang luar berniaga di Brickfields.
  • Ketelusan dalam sistem pengendalian haruslah dikekalkan bagi menjamin masa hadapan penjaja-penjaja yang sedia ada.

Little India Action Committee diketuai oleh saudara S.Pathavachallam dan jawatankuasanya akan memantau segala aktiviti di Brickfields. Ini termasuk menyemak senarai penjaja asal di Brickfields dan mengikut jenis perniagaan. Segala maklumat dan kerjasama amat penting untuk memastikan bahawa hala tuju Little India tidak terabai.

lanjut tentang perkembangan Little India, sila klik sini