Skip to main content
Media

PAC Report on 1MDB Necessitates Action against Board of Directors & Protection of Whistleblowers / Laporan PAC Tentang 1MDB: Tindakan Undang-Undang Wajib Diambil Terhadap Lembaga Pengarah 1MDB & Penguatkuasaan Perlindungan Pendedah Maklumat

By 7 April, 2016February 5th, 2021No Comments

After several executive led hiccups and considerable delay, the Malaysian Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) declared today that 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) board of directors failed to ensure the fund’s management complied with good accounting practices.[1]

The panel said the apparent negligence on the part of the board is to be blamed for the management’s decisions that led to the fund amassing a debt pile of RM42 billion in just five years.

Critics and whistleblowers, including currently detained Former Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and KEADILAN Secretary General are vindicated through the 160 pages of Public Accounts Committee’s (PAC) final report on what UMNO leaders termed once as the golden goose fund – 1MDB.

Malaysians, who through the government, will inherit as much as RM 20.3 billion debt risk exposure thanks to 1MDB must demand accountability. Among the top of the list of accountability are the board of directors – including former 1MDB CEO Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

They must sternly be reminded that resigning does not relieve them of accountability for decisions they have made to the detriment of Malaysia’s coffers.

Secondly, this vindicates the concerns raised by Datuk Seri Anwar Ibrahim, as far back in 2011, and the questions on 1MDB’s financial propriety by KEADILAN’s Secretary General.  This should compel our current Attorney General to protect whistleblowers.[2]

It is precisely due to the insistence and courage of whistleblowers that the 1MDB rot is now public. Our whistleblowers should rightly be praised for exposing 1MDB’s shenanigans.

In a climate of wanton abuse, safeguards must be put in place to ensure those responsible face the full extent of the law, and whistleblowers are protected. In this regard, the AG must immediately drop any intent to take further action against whistleblowers.[3]

We await with much anticipation, the fulfilment of the Inspector General of police’s pledge that the auditor-general’s report on 1MDB will be scrutinised by PDRM. But  what is crucial is the prosecutions to be brought by the AG against all those responsible for this financial mess, no matter how high up, beginning with members of the board. We must not tolerate more excuses.[4]

Malaysians have been kept in the dark with series of lies and political charades. It is high time we get the country and our credibility back in order.

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT & ELECTION DIRECTOR, PEOPLE’S JUSTICE PARTY (KEADILAN)


Laporan PAC Tentang 1MDB: Tindakan Undang-Undang Wajib Diambil Terhadap Lembaga Pengarah 1MDB & Penguatkuasaan Perlindungan Pendedah Maklumat

Setelah pelbagai ragam kelewatan dan penangguhan pembentangan laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) disaji kepada rakyat; akhirnya laporan siasatan 1MDB dibentangkan di Parlimen dan jelas memperlihatkan tatakelola buruk pengurusan Lembaga Pengarah 1MDB[1].

Panel jawatankuasa tersebut menyatakan ahli lembaga 1MDB seharusnya bertanggungjawab kerana keputusan pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian terkumpul dan lambakan hutang sebanyak RM 42 Billion dalam tempoh 5 tahun operasi.

Dalam tempoh ini, mereka yang lantang mengkritik serta mendedahkan maklumat termasuklah mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ; dan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengabsahkan laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara setebal 160 muka surat.

Bahkan,  pendedahan laporan PAC menjerut leher pimpinan UMNO yang pernah menggelar projek 1MDB ini sebagai lubuk emas negara (the golden geese).

Rakyat Malaysia, menerusi jaminan daripada kerajaan, menanggung risiko  hutang sebanyak RM 20.3 billion akibat salah urus tadbir pengurusan 1MDB.

Mereka yang tersenarai dalam barisan terutama yang seharusnya dipertanggungjawabkan adalah Ahli-ahli lembaga pengarah termasuklah mantan pengarah eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Bahkan, perlu ditegaskan  dengan peringatan bahawa keputusan meletakkan jawatan tidak bermakna bahawa barisan lembaga pengarah bebas daripada tanggungjawab akibat keputusan yang telah mereka ambil membabitkan wang rakyat serta aset negara.

Kedua, laporan akhir ini mengesahkan kebimbangan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak tahun 2011 lagi yang mempersoalkan berkenaan kewangan 1MDB disusuli dengan pendedahan oleh Setiausaha Agung KEADILAN. Hal ini wajar dijadikan asas untuk Peguam Negara mengusulkan agar mereka yang mendedahkan maklumat; termasuklah dokumen dicop rahsia yang acapkali digunapakai untuk menyembunyikan perjanjian yang merugikan rakyat, dilindungi.

Ini bertepatan dengan langkah berani yang dilakukan oleh mereka yang mendedahkan maklumat kebobrokan skandal 1MDB yang kini telahpun mendapat perhatian umum. Sewajarnya, mereka yang telah berani mendedahkan maklumat ini dipuji. Tanpa mereka, tidak mungkin skandal 1MDB diketahui umum.

Dalam suasana penyalahgunaan kuasa yang berleluasa, mekanisma timbang tara serta audit seharusnya diperketatkan agar mereka yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan tidak terlepas. Prasyarat kepada suasana yang menolak rasuah memerlukan perlindungan terhadap pemberi maklumat.

Oleh yang demikian, Peguam Negara wajar segera menggugurkan keinginan awal mengecam dan memperketat undang-undang ke atas pembocor maklumat. Harus ada kawalselia ke atas dokumen yang dilabel rahsia – yang rahsia adalah perihal kepentingan negara; bukan kepentingan UMNO, BN ataupun individu setinggi mana pun jawatannya.

Kami menanti dengan penuh harapan agar Ketua Polis Negara berpegang kepada ikrar beliau untuk meneliti kandungan laporan penuh Ketua Audit berkenaan 1MDB. Namun apa apa yang lebih penting dan perlu disegerakan adalah dakwaan yang perlu dikemukakan oleh Peguam Negara terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap ketirisan kewangan, walaupun mereka yang menjawat jawatan tertinggi, bermula dengan ahli-ahli lembaga pengarah. Kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan jutaan alasan yang dikemukakan.

Rakyat Malaysia telah dibiarkan terkontang kanting dalam siri-siri penipuan dan  politik kepura-puraan. Telah tiba waktunya agar negara meraih semula kredibiliti sejajar dengan identiti jatidiri negara Malaysia.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN

[1]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pua-pac-report-on-1mdb-proves-critics-right-about-mismanagement

[2]http://anwaribrahimblog.com/2011/06/24/kenyataan-media-anwar-ibrahim-mengenai-1malaysia-development-berhad/

[3]http://malaysiakini.com/news/336922

[4]http://malaysiakini.com/news/336924