Skip to main content
Education

Pelancaran ‘Isu Dalam Katak’

By 2 April, 2010February 5th, 2021No Comments

Pelancaran Isu Dalam Katak, saya bersama kartunis Zunar melancarkan majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal, Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Pelancaran Isu Dalam Katak oleh Nurul Izzah

Cartoonkafe.com- Majlis pelancaran Isu Dalam Katak berlangsung sederhana di restoran Pak Ajmal, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur 2 April lepas. Upacara perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lambah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar.

Dalam ucapannya, Izzah berkata beliau menghargai usaha yang dilakukan oleh Zunar dan pasukannya dalam menyampaikan mesej melalui lukisan kartun.

“Karya-karya sebegini wajar diteruskan bagi membuka minda masyarakat tentang isu-isu yang berlaku di sekitar kita,” kata Izzah.

Dalam ucapannya sebelum itu, Zunar berkata beliau akan terus menghasilkan karya-karya bagi menetang kezaliman.

Zunar kemudian mengiringi Izzah untuk memasukkan ‘duit’ dalam mulut efigi seekor katak sebagai simbolik pelancaran.

Kira-kira 150 orang hadir di majlis tersebut termasuk beberapa anggota Cawangan Khas (SB); sekurang-kurangnya mereka turut membeli Isu Dalam Katak!

Zunar dan Izzah kemudian sibuk menandatangi autograf dari peminat dan penyokong.Jualan paling laris pada majlis itu selain Isu Dalam Katak ialah pakej set penuh yang mengandungi Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun & Isu Dalam Katak yang dijual dengan harga istimewa RM30.

Selanjutnya klik sini

Dari keratan Harakah Daily

“Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen “wilayah katak”yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang melompat seperti ruangan “Wikipakdia” yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia.

Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, dengan tajuk “6 Jahanam”, kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa kepada kepincangan konspirasi kedua.

Juga komik “Dari Kerana Mata” yang menghimbau kembali tragedi 20 September 1998 di lokap Bukit Aman.

Kartunis penyumbang ialah Enot, Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy, Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Manakala penulis ialah Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok Wan.

Selanjutnya dari HarakahDaily, klik sini

Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com atau
hubungi pejabat Sepakat di 03 22744931 untuk keterangan lanjut.