Skip to main content

 

whatsapp-image-2016-11-30-at-2-58-27-pm

MENTERI JANGAN GADAIKAN PENDIDIKAN

Amat tidak wajar, apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.[1] Cadangan ini tidak berasas kerana alasan utama yang dikemukakan oleh pihak menteri hanya berpandukan kepada permintaan ibu bapa yang berpendapatan tinggi

Terutama, diperhatikan keputusan UPSR tahun 2016 yang menggunakan format baharu dimana kadar pelajar yang memperoleh semua A 4,896 orang, iaitu 1.1 peratus daripada keseluruhan pelajar. Lebih membimbangkan apabila jumlah pelajar yang memperoleh semua E adalah 9,519 orang. Peningkatan jumlah pelajar yang gagal hampir keseluruhan mata pelajaran juga adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera oleh pihak sekolah dan ibu bapa.[2]

Secara dasar, perubahan sistem dan format baharu pastinya akan memberi kesan kepada proses transisi daripada pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah. Namun ini bukanlah alasan untuk kerajaan sekali lagi semberono dalam meluluskan mana-mana cadangan yang dilihat sebagai mengkomoditikan pendidikan.

Demi memastikan kerajaan tidak anti pendidikkan, kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian kepada bagaimana mewujudkan pendekatan yang mesra KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk murid-murid ini. Bukan hanya menyediakan peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tetapi evaluasi murid yang patut diutamakan.

Memastikan kerajaan tidak abaikan kualiti], anak-anak sewajarnya diberikan ruang dan peluang untuk sambung ke peringkat menengah dengan keterujaan dan bukannya dibebankan dengan dapatan keputusan UPSR, sedangkan keputusan itu digunakan untuk menyambung ke peringkat SBT, Sekolah Kluster, SBP, MRSM, SMKA, SABK,SMT dan Sekolah Vernakular.

Saya menyeru agar kerajaan mengambil pendirian moral dan menyerap kaedah pelaksanaan yang digunapakai oleh negara-negara maju dalam memantapkan sistem pendidikan negara. Tidak salah kita belajar kejayaan pendidikan seperti Kanada, German dan Finland, serta antara aplikasi EDK – The Swiss Education System menunjukkan 3 tahun pertama pelajar dalam fasa menengah difokuskan untuk performance-based group dan bukannya berdasarkan pendapatan ibu bapa. [3]

Justeru, saya yakin dan percaya dalam keghairahan perwakilan-perwakilan UMNO dalam menjadi ‘satu-satunya’ penyelamat melayu edan ini, usahlah kiranya dasar dan pelaksanaan kerajaan yang dimangsakan. Anak-anak dan guru-guru sudah jemu dengan permainan perubahan menteri yang memberi impak negatif kepada pelan pendidikan Malaysia.

#SelamatkanPendidikanMalaysia

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA KEADILAN

[1]

whatsapp-image-2016-11-30-at-12-53-55-pm

[2] http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/menteri-cadang-wujud-mrsm-berbayar-1.591797

[3] http://www.edk.ch/dyn/16342.php

News:

http://m.malaysiakini.com/news/364664

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/education-is-not-for-sale-izzah-says-of-private-mrsm-idea