Skip to main content

Dalam kemeriahan Sambutan Aidiladha dan sambutan Hari Malaysia, rakyat Malaysia telah diserang hendap oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) melalui proses persempadanan semula yang mengakibatkan 18 daripada 89 kerusi yang dimenangi oleh pihak pembangkang pada PRU 13 kini dalam ancaman dan berisiko.

Malaysia kini diperintah oleh sebuah kerajaan yang hanya mendapat 47% sokongan popular semasa pilihan raya. Dengan persempadanan semula terkini, Malaysia akan kekal di bawah pemerintahan kerajaan yang sama, walaupun dengan penurunan sokongan rakyat.

SPR seharusnya memberi keutamaan dalam memastikan pilihan raya yang adil dan bebas mampu dilaksanakan. Ketika fasa Pilihan raya Negeri Sarawak yang lalu, SPR telah mengemukakan syor-syor bahagian pilihan raya yang menentukan sempadan pengundi – Satu proses kontroversial yang dicabar oleh KEADILAN. Pada tahun 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang dibawa oleh KEADILAN diterima dan membatalkan notis yang dikeluarkan oleh SPR kerana gagal mematuhi keperluan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seperti yang diputuskan dalam penghakimannya, pengundi tidak dapat mengetahui sama ada mereka telah dipindahkan ke kawasan baru. Hal ini menujukkan, undi yang menjejaskan satu negeri tidak memadai, kini ianya merebak ke seluruh Malaysia.

Adalah malang apabila sebuah kerajaan, yang menghadapi siasatan untuk rompakan wang haram dan dikritik sebagai kleptokrat kini mencuri pada skala yang lebih besar sekali. Orang-orang yang bertanggungjawab untuk didakwa sekurang-kurangnya AS $ 3,657 bilion daripada 1MDB kini telah berpindah, dengan menggunakan SPR, mencuri hak yang tidak dapat dibayangkan – sebuah pilihan raya yang sekaligus menjejaskan masa depan negara.

Beginilah realiti Pilihan Raya Umum yang ke 14.

Persempadanan semula – kaedah yang digunapakai UMNO-BN untuk mengawal Malaysia

Persempadanan semula seharusnya ditolak serta merta selagi Suruhanjaya Pilihan raya tidak mematuhi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai cadangan Reformasi Pilihan Raya yang mempunyai tiga badan bebas berasingan yang dilantik untuk mengawal selia proses pilihan raya, menguruskan fungsi dan kajian semula kawasan pilihan raya.

Objektif asal Proses persempadanan semula seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk memudahkan para pengundi untuk keluar melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi serta memastikan jumlah pengundi di dalam kawasan pilihan raya adalah dalam lingkungan jumlah yang setara. Tetapi lain pula dalam kes Malaysia, tindakan SPR yang mengkhianati prinsip-prinsip daripada persempadanan semula yang termaktub dalam perlembagaan. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lima kawasan pilihan raya terbesar mengikut saiz penduduk mempunyai saiz purata 131.296 pengundi yang layak, manakala lima kawasan yang paling kecil mempunyai saiz purata 18.185 pengundi yang layak. Secara purata, kerusi terbesar adalah 7 kali lebih ramai penduduk daripada satu yang paling kecil.

pasted-image-0

Melalui syor-syor persempadanan semula yang dikemukakan, keadaan ketidaksamarataan antara jumlah pengundi di satu kawasan akan menjadi lebih parah lagi. Contoh kebobrokan yang meliputi salah laku Pilihan Raya, lihat sahaja kesan persempadanan semula ini kepada negeri Selangor. Dengan pesrempadanan semula baru ini, Selangor berada pada risiko yang tinggi untuk kembali ke tangan Barisan Nasional. Semua ini mungkin sahaja berlaku walaupun pada hakikatnya Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Azmin Ali berada pada tahap 65% sokongan popular di Selangor.

Persempadanan semula ini bukan sahaja menyebabkan BN berada di tampuk pemerintahan selesa, tetapi berupaya untuk 2/3 majoriti di parlimen.

Pada tahun 2013, pembangkang memenangi 52% sokongan popular. Walaupun memperoleh majoriti secara jelas, pembangkang hanya dapat 40% daripada kerusi parlimen (89 kerusi). Dengan mengandaikan tahap sokongan yang sama dan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang, persempadanan semula baru SPR boleh menyebabkan pembangkang menangung kesan di beberapa kerusi utama, di samping tidak memenangi sebarang kerusi baru sama sekali. Menurut pengiraan kami, persempadanan semula yang baru meninggalkan pembangkang dengan kemungkinan kurang daripada ⅓ kerusi Parlimen (kurang daripada 74 kerusi).

Membiarkan kerajaan yang sedia ada mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen adalah seumpama menyerahkan cek kosong ke dalam tangan BN. Sebagai contoh, Perlembagaan kita yang merupakan undang-undang tertinggi masih boleh dipinda sesuka hati. Adakah langkah bijak membolehkan pihak yang mempunyai keberanian untuk mencuri berbilion-bilion dari Malaysia dan tidak berubah, serta bakal sewenang-wenangnya untuk melakukan lagi jenayah lain – sama ada ekonomi, sosial atau politik bahkan alam semula jadi?

Kesan daripada praktis rasuah inilah Barisan Nasional kehilangan hampir 10% daripada kerusi tanpa mendapat undi tambahan yang memihak kepada mereka.

Pemetaan persempadanan semula hanya digunapakai untuk mengubah keputusan pilihan raya. Keyakinan saya tinggi bahawa semua pengundi termasuklah ahli-ahli UMNO tidak mahu memenangi pilihan raya ini dengan cara yang salah. Saya yakin dan percaya masih ramai individu dalam parti pemerintah menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya selaku badan bebas dan tidak kompromi dengan mereka yang melakukan rasuah dan rompakan serta komited dengan pelaksanaan demi kebaikan Malaysia dan kehendak rakyat.

Selamatkan pilihan raya kita, Selamatkan masa depan kita

Sebahagian besar dari rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri Najib, mempersoalkan mengenai gaya hidup mewah yang melingkari pemimpin-pemimpin dan keluarga mereka. Disaat rakyat masih dibebankan dengan GST dan selagi rasuah belum dibanteras di peringkat akar umbi. Namun, ketahuilah jika kita benarkan proses persempadanan semula ini mengambil alih, maka peluang untuk parti Najib Razak memerintah sekali lagi adalah dijamin.

Kesan persempadanan semula oleh SPR akan mewujudkan hasil:

1) Sebuah kerajaan sedia ada kekal memerintah.
2) pembangkang tetap tidak mampu mengambil alih tampuk pemerintahan.
3) Kekal ditindas oleh dasar-dasar yang menghukum rakyat Malaysia manakala memuaskan kleptokrat.
Justeru, kita perlu memastikan suara kita didengar. Berikut adalah apa yang kita, sebagai rakyat Malaysia perlu lakukan untuk menyelamatkan masa depan kita:

1. Tolak proses persempadanan semula semasa oleh SPR, sehingga satu Suruhanjaya Sempadan berasingan dan bebas ditubuhkan selaras dengan cadangan PSC Mengenai Reformasi Pilihan Raya.

2. Dapatkan maklumat penempatan mengundi anda dan segera memfailkan aduan jika anda telah dipindahkan tanpa sebab. https://dart.bersih.org/objector-info/

3. Maklum dan mempertahankan hak-hak demokratik anda. Turut serta pada 19 Nov 2016 untuk menyokong Bersih 5.

4. Menyokong petisyen kami kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membetulkan tindakan yang salah Suruhanjaya Pilihan Raya, merupakan satu pengkhianatan terhadap masa depan negara.

5. Selangor dan KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas berbincang dengan semua pihak yang terbabit.Tiada siapa yang harus bertolak ansur dengan penipuan pilihan raya yang sistematik dan mencuri pilihan raya walaupun sebelum undi yang pertama dibuang!

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA KEADILAN