Skip to main content
Education

Pertemuan YB Nurul Izzah, Wakil Kerja Selangor & Wakil PKNS b’sama penduduk Flat PKNS 4 tingkat Kerinchi

By 4 April, 2011February 5th, 2021No Comments

Tarikh : 3 April 2011
Tempat : Perkarangan Flat 4 Tingkat PKNS

Satu pertemuan muhibbah telah saya adakan bagi memberikan penerangan awam kepada penduduk dan pemilik Flat 4 Tingkat PKNS di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai. Saya turut mengundang wakil Kerajaan Negeri Selangor, Cik Faekah Hussin selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan Puan Hajjah Ridziah selaku wakil dari PKNS.

Tujuan utama pertemuan ini saya adakan adalah bagi pihak penduduk dan pemilik rumah mendengar sendiri penerangan oleh pihak wakil Menteri Besar dan wakil PKNS berhubung dengan pindah milik dan pembangunan semula bagi flat 4 tingkat PKNS tersebut.

Secara kesimpulan saya boleh nyatakan bahawa beberapa perkara masih lagi tidak diberikan penerangan yang jelas oleh pihak pemaju iaitu Suez Domain Sdn Bhd berhubung dengan draf pindah milik rumah kepada penduduk dan ini sepertimana yang ditimbulkan oleh penduduk sendiri dan beberapa tuntutan yang masih lagi tidak dipersetujui oleh pihak penduduk.

Saya akan cadangkan satu pertemuan di antara penduduk dan pihak Pemaju, Suez Domain Sdn Bhd dalam masa terdekat bagi mereka memberikan penerangan yang sejelasnya kepada penduduk berhubung dengan pembangunan semula kawasan flat 4 tingkat PKNS ini dan tuntutan-tuntutan lain.