Skip to main content
Press Release

Perutusan Hari Wilayah

By 1 February, 2014February 18th, 2020No Comments

UNTUK SEBARAN SEGERA
PERUTUSAN HARI WILAYAH
1 FEBRUARI 2014

2014 menandakan tahun keenam perayaan Hari Wilayah Persekutuan bagi saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih di Kuala Lumpur; hari ini disambut bukan sahaja oleh orang-orang di Kuala Lumpur, tetapi ia turut disertai para penduduk di Labuan dan Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan telah memberi alasan empat dekad lalu bahawa Kuala Lumpur akan ditadbir dengan lebih baik di bawah pentadbirannya – dan melalui pemansuhan pilihan raya tempatan pada tahun 1965, ia direalisasikan.

Sebagai wakil tempatan dari sebuah pakatan politik yang mendapat sokongan menggalakkan sebanyak 67 peratus pada pilihan raya umum lalu, saya tidak dapat mengelak dari memikirkan tentang kedudukan demokrasi pada hari penuh bermakna ini.

Pertama, sejak permulaan baru hampir empat dekad yang lalu, penduduk Kuala Lumpur telah semakin tidak berkebolehan membuat keputusan berkaitan dengan hak-hak mereka, perkhidmatan dan kemudahan di bandar.

Datuk Bandar yang dilantik memuktamadkan konsesi dalam perkhidmatan asas – antaranya pengumpulan sampah dan rawatan kumbahan, dan baru-baru ini tamparan kepada rakyat Kuala Lumpur dengan kenaikan cukai taksiran. Walaupun menyedari bahawa bantahan sedang berlaku, ramai menjangkakan DBKL tidak akan berganjak, memandangkan keputusan unilateral oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kadar penilaian dari 6% kepada 4% untuk hartanah kediaman, dan dari 12 % kepada 10% untuk hartanah komersil. Pengurangan unilateral ini gagal untuk menangani keperluan lebih asas dalam melindungi ketelusan proses penilaian itu sendiri ataupun hak pihak berkuasa tempatan untuk menaikkan kadar penilaian tanpa mempertingkatkan perkhidmatan.

Realiti semasa jauh tersasar dari dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja di Pihak Berkuasa Tempatan, ditubuhkan pada bulan Jun 1965. Suruhanjaya ini, yang juga dikenali sebagai Suruhanjaya Nahappan, menyokong penuh kehadiran badan-badan majlis yang dipilih.

Seorang ahli majlis yang dipilih membolehkan anda untuk menyalurkan rasa tidak puas hati melalui tiga peringkat struktur demokrasi yang betul – pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan. Kuasa Datuk Bandar , serta orang-orang eselon atasan akan sentiasa disemak, dan penelitian yang lebih besar akan diberikan kepada bagaimana bajet dibelanjakan tahun demi tahun.

Kedua, jika ia bukan untuk struktur tadbir urus yang lebih baik, mengapa perlu kita mengekalkan sistem Datuk Bandar persekutuan yang dilantik sedang pilihan raya tempatan dikembalikan?

Ramai yang lupa bahawa Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Selangor – sehingga insiden malang pilihan raya 1969 di mana parlimen tergantung, meninggalkan Parti Perikatan dengan hanya 14 daripada 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Dengan itu, Kuala Lumpur telah dilampirkan kepada Kerajaan Persekutuan pada Februari 1974, memastikan Selangor sentiasa di dalam tangan yang selamat .

Sedang kita meraikan Hari Wilayah Persekutuan, adalah penting bagi kita mencari jalan untuk memastikan bandar yang lebih baik dan pemerintahan yang lebih cekap.

Sedang kita meraikan tahun ke-40 Wilayah Persekutuan, adalah penting untuk memastikan Kuala Lumpur dibebaskan dari keputusan-keputsan politik yang banyak dicemari pelantikan berbaur politik; dengan itu merampas hak dari para penduduk Kuala Lumpur untuk sebuah kerajaan negeri yang kerap memberi laporan serta mempunyai Belanjawan telus untuk mengurangkan kebimbangan orang awam di Kuala Lumpur. Lagipun, bukankah Putrajaya kini ibu kota rasmi Malaysia?

Raikan Hari Wilayah Persekutuan dengan mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa tiada cukai tanpa perwakilan, terutama sekali memandangkan sudah 40 tahun berlalu!

Selamat Hari Wilayah Persekutuan ke 40!

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden Keadilan
Ahli Parlimen Lembah Pantai