Skip to main content
MediaPress Release

Press Release: YB Nurul Izzah melawat Brickfields

By 13 April, 2009February 18th, 2020No Comments

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai – 

Kenyataan Media

 

BRICKFIELDS, 13 April 2009 – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah melawat kawasan Brickfields sempena sambutan Hari-hari Agung masyarakat SIkh dan Tamil, iaitu Vaisakti dan Tahun Baru Tamil, atau disebut Puthaandu. 

Dalam lawatan tersebut, Nurul Izzah telah mendengar pandangan dan keluhan penduduk serta penjaja di kawasan ini. Semasa ditanya tentang pelbagai keluhan yang timbul, YB Nurul berkata “terdapat satu masalah sistemik di mana keluhan penjaja kebanyakkannya sama, iaitu permohonan lesen lambat diluluskan, gerai sering disita dan disaman walaupun ada permit, dan masalah-masalah seumpamanya, ini membuktikan ketidakcekapan DBKL dalam pengurusan isu-isu yang berkaitan dengan penjaja“. Nurul Izzah menasihati mereka yang mempunyai masalah untuk ke pejabat khidmat masyarakat beliau di Jalan Pantai Murni 6, Pantai Dalam dan kemukakan masalah mereka di sana.

Lebih 5000 orang hadir di ‘walk-about’ semalam sambil diiringi pukulan gendang dan bunga api sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas, tetapi rakyat yang hadir semalam berpuas hati dengan cara Nurul Izzah mengendali kawasannya. Peniaga A. Ramasamy berkata “Nurul Izzah lebih pentingkan rakyat dari wang atau projek. Walaupun dia ahli pembangkang, kita tidak mempunyai apa-apa masalah dengan cara dia bekerja“.

Program semalam berlansung lebih kurang satu setengah jam, dan diakhiri oleh ucapan ringkas oleh Nurul Izzah “Saya mengalu-alukan penduduk dan peniaga di Lembah Pantai untuk memberi cadangan dan pendapat untuk mengimarahkan lagi kawasan ini. Saya juga ingin mengucapkan Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal! serta Selamat Hari Vaisakthi”. 

Beberapa persatuan NGO, termasuk persatuan Makkal Sakthi turut memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah semasa lawatan tersebut.