Skip to main content
Education

Program Gotong-royong disambut baik

By 11 July, 2010February 5th, 2021No Comments

Alhamdulillah, program Gotong-royong minggu lepas, 11 Julai 2010 anjuran PAS dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai disambut meriah sekali. Saya berpeluang turun padang bersama ramai di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2 Pantai Dalam. Turut hadir bersama dengan kami, YDP PAS Lembah Pantai Ustaz Mohd Adlin, dan AJK-AJK PAs. Program itu juga tidak kan berjaya tanpa penyokong-penyokong yang datang memberi sokongan dan kerjasama. Peralatan membersihkan tanah perkuburan telah dibekalkan oleh DBKL. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat sangat memberangsangkan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang hadir untuk menjayakan program tersebut.

Gambar dibekalkan oleh M.Parthiban Ben