Skip to main content
Education

Program Minum Petang bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai

By 7 May, 2012February 18th, 2020No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Program Minum Petang bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai berjaya diadakan di Blok C, PPR Kerinchi. Hampir 300 masyarakat sekitar hadir memeriahkan majlis ini. Turut hadir, Pengerusi Blok C PPR Kerinchi, Tuan Haji Yusof.

Antara aktiviti yang turut dijalankan ialah, Pertandingan Gubangan Gula-gula, Demo Solekan, Demo pemakaian tudung/hijab dan cabutan bertuah. Di samping itu juga, masyarakat sekitar mengambil peluang bertemu dan mendekati Pemimpin Pilihan Rakyat Lembah Pantai, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar.

Program ini yang dianjurkan oleh Wanita Keadilan Cabang Lembah Pantai yang diketuai oleh Ketua Wanita, Puan Azura dan AJK Wanita berjaya mencapai objektif tersendiri. Walaupun kekangan tempat yang dinafikan hak oleh pihak tertentu, tetapi Alhamdulillah, masih ada ruang-ruang yang diberikan untuk melaksanakan program bersama masyarakat terbanyak.

Gambar-gambar sekitar Program Minum Petang

p/s : sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar