Skip to main content
Education

PROTES kenaikan harga barang

By 10 August, 2010February 5th, 2021No Comments

PROTES kenaikan harga barang bertempat di Flat 17 tingkat PKNS pada 9 Ogos bermula pukul 5:00 petang. 3 orang aktivis ditahan polis sebelum pelancaran protes bermula.

Saya bersama YB Dr.Hatta, YB Tian Chua, Arul (PSM), Ketua AMK Shamsul Iskandar, Haji Nahar (Jemaah Islam Malaysia (JIM),SUARAM, Saudara Sani (Ketua Pemuda PAS Kuala Langat), wakil-wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), GAMIS,JERIT dan beberapa teman prihatin lain yang turut serta dalam program pelancaran Bantah Pembaziran, Potongan Subsidi Rakyat dalam Usaha Menyelamatkan Wang Negara.

Program tersebut diadakan di pasar malam Kerinchi dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjaja, penduduk sekitar serta pengunjung pasar malam.
Malangnya, tindakan pihak polis menahan 3 orang aktivis tanpa sebab menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman pihak mereka kerana PROTES tidak menganjurkan sebarang demonstrasi tetapi hanya melancarkan pengedaran risalah tentang kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini.

Walaupun kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen, akan tetapi janji kerajaan bahawa penstrukturan semula subsidi akan dilaksanakan, untuk memastikan rakyat termiskin dilindungi tidak dilaksanakan. Program penstrukturan semula yang dirancang dan diberikan kepada Maybank gagal, tetapi potongan subsidi diteruskan jua. Penjana-penjana bebas masih kebal tidak tersentuh. Sila rujuk keratan risalah yang diedar semalam.