Skip to main content
Education

Ragut semasa membuat lawatan!

By 12 June, 2010February 5th, 2021No Comments

Semasa saya membuat lawatan di Jalan Maarof semalam, Jurukamera akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau, Khor Meng Siang, yang sedang berjalan di belakang saya diragut!

Meng Siang yang cedera di bahagian lutut juga kehilangan kameranya dianggarkan bernilai RM20,000 oleh dua penyamun yang menunggang motosikal.

Dia dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan yang dibantu oleh wakil Pejabat Ahli Parlimen M.Partiban. Khor Meng Siang ke Hospitai Universiti tidak lama selepas itu. Saya mendoakan agar dia cepat sembuh dan kuat semangat!

Baca berita selanjutnya di Suara KeADILan di sini