Skip to main content
MediaPress Release

Response to the Minister of Defence’s Parliament Reply on Leaked Scorpene Secrets

By 27 June, 2012February 18th, 2020No Comments
KENYATAAN MEDIA
27 Jun 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Respon kepada Jawapan Menteri Pertahanan di Parlimen mengenai isu Jualan Rahsia Scorpene

Pada 26hb Jun 2012, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan saya di Parlimen mengenai kehilangan atau penjualan dokumen rahsia pertahanan berkaitan pembelian kapal selam Scorpene seperti didakwa SUARAM di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman (judicial inquiry) di Perancis.

Beliau menyatakan bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.

Namun jawapan beliau menimbulkan seribu satu pertanyaan, yang perlu beliau jawab terutamanya berkaitan isu-isu berikut:

1) Menteri mengakui bahawa satu ‘siasatan’ ke atas isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan negara dikeluarkan dari Malaysia. Persoalannya adalah: apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Di-Raja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan?

2) Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen ‘rasmi’ yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan ‘Rahsia Kerajaan’, dan oleh itu adalah dokumen-dokumen palsu? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut?

3) Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini suatu usaha antara kerajaan (Government-to-Government)? Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk ‘perkhidmatan sokongan dan koordinasi’ dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin? Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu.

4) Adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan? Menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut (proof of capability) yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara. Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
———————————–

MEDIA STATEMENT
27 June 2012
FOR IMMEDIATE RELEASE

Response to the Minister of Defence’s Parliament Reply on Leaked Scorpene Secrets

On 26th of June 2012, Zahid Hamidi, Minister of Defence replied to my adjournment speech in Parliament regarding the leaking or sale of secret documents relating to the Scorpene submarines as stated by SUARAM in Bangkok, pertaining to the ongoing French judicial inquiry.

He stated that the government has no information about any documents being leaked, nor is the government interested to send representatives as observers should the judicial inquiry become a full court case in France.

However, his reply raises more questions than answers, and this demands immediate responses particularly with regards the following:

1) The Minister admitted that there was an ‘investigation’ on the matter of alleged secret defence documents leakage. So what was the investigation’s scope? Was the Police and AG’s Chambers involved to avoid conflict of interest when the Ministry of Defence is subject to the allegations?

2) Will the Minister also admit that the alleged ‘official’ documents in the French Court possession are not ‘State Secrets’, and are hence false documents? If this is indeed the case, when will the government issue a diplomatic note to protest the use of these false documents?

3) Will the Minister clarify if the Scorpene purchase is a Government-to-Government initiative or not? If so, why the need to use a private company such as Perimekar Sdn Bhd for ‘support and coordinating services’ instead of a government body where defence secrets will be protected? The Minister must also list what those services actually are.

4) Will the Minister also confirm that the Scorpene submarines have successfully conducted live fire and torpedo exercises to test the weapons system? And before Minister attempts to hide behind OSA for such confirmation, take note that ‘live fire’ exercises such as the exocet missiles from our naval ships and ‘missile test’ launches are public knowledge as part of proof of capability and military posturing? Why keep such a secret when billions are spent on Scorpene to demonstrate our defence capabilities for the whole world to know?

Nurul Izzah Anwar
MP for Lembah Pantai