Skip to main content
Education

Sambutan Maulidur Rasul di Lembah Pantai

By 28 February, 2011February 5th, 2021No Comments

Sambutan Maulidur Rasul, Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disambut meriah di seluruh negara. Perarakan sambil berselawat keatas junjungan besar nabi kita ini mengiingatkan seluruh umat islam bahawa tanggal 12 Rabiaulawal Tahun Gajah adalah tarikh bersejarah dengan lahirnya seorang Penghulu segala Nabi. Di Lembah Pantai, kemeriahan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini agak istimewa dan sangat meriah.

Sambutan di PPR Kerinchi Pantai Dalam anjuran Madrasah Al-Falah PPR Kerinchi pada hari ini dengan perarakan oleh wakil setiap Blok Perumahan. Majlis amat bermakna dengan kehadiran YB Nurul Izzah Anwar-Ahli Parlimen Lembah Pantai yang turut serta bersama-sama masyarakat Lembah Pantai menyambut dan menyertai perarakan Maulidur Rasul ini.

“Dalam kita menghayati dan mengingati betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w, kita juga dapat mengeratkan silaturahim sesama kita”-YB Nurul Izzah

Majlis perarakan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar 10.00 pagi.