Skip to main content
Media

Pembangunan Komuniti Lembah Pantai

By 30 March, 2008February 18th, 2020No Comments

Lembah Pantai, 28 Mac -Pusat Pembangunan Komuniti dibawah kelolaan Ahli Parlimen Lembah Pantai akan diwujudkan di Jalan Bangsar bagi masyarakat sekitar tanpa mengira kaum. Menurut Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, pusat yang akan diwujudkan berkenaan diwujudkan khas bagi menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan dan kebajikan penduduk setempat.

Beliau bercakap demikian selepas membuat pertemuan rasmi dengan warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Lembah Pantai di Wisma Leopad, Kuala Lumpur, serta melawat penduduk sekitar Brickfield, semalam.

Lawatan berkenaan merupakan tanda terima kasih kepada penduduk setempat yang menyokong beliau dalam pilihanraya umum yang lalu.

Dipetik Dari Laman Web TV PAS

Sila layari sini untuk video wawancara Nurul Izzah