Archive for the ‘DBKL’ Category

Fighting the good fight for Lembah Pantai

Thursday, August 26th, 2010

By Stephanie Sta Maria THU, 26 AUG 2010 10:44

SPECIAL REPORT ON KL The Federal Territory of Kuala Lumpur has long been a political trophy for the government and the opposition and the competition took a fierce turn after 2008.

Prior to that fateful year, the Barisan Nasional (BN) enjoyed dominion over the city with seven representatives in the 11 constituencies. The tsunami washed out six of them thus putting the trophy in the hands of Pakatan Rakyat.

Now BN understandably wants it back and has begun its conquest with the key constituency of Lembah Pantai. But MP Nurul Izzah Anwar isn’t going down without a fight.

Right now though, her days are occupied by regular scuffles with Kuala Lumpur City Hall (DBKL), which she claimed is an immovable block in her path towards serving her constituents.

“Most of the issues plaguing Lembah Pantai, like enforcement, public housing and services, fall under DBKL’s purview,” she said. “Which means that all the opposition MPs in KL are at the mercy of DBKL’s officers, legislations and structure. And our role is made even more complex by the on-going dynamics between elected and appointed representatives.”

One particular DBKL practice that has Nurul gritting her teeth in frustration is its lack of transparency in issuing housing to the people of Kampung Kerinchi. Her requests that DBKL publicly display a list of recipients has gone unheeded.

“The list is crucial so people know that no invisible hand is involved in the distribution of housing,” she emphasised. “But DBKL is still continuing to operate based on its whim and fancy. There is no way of tracking the basic requirements to qualify for housing, and when there is no rule of thumb or consistency, the whole process is then open to abuse.”

(more…)

Program Gotong-royong bersama penduduk di Taman Lucky dan Taman Suria, Jalan Puchong.

Tuesday, August 17th, 2010

Program : Gotong-royong bersama penduduk di Taman Lucky dan Taman Suria, Jalan Puchong.

Tarikh    : 15 ogos 2010

Masa      : 9 pagi

Tempat  : Taman Lucky dan Taman Suria

Anjuran  : Kelab sukan dan sosial Puchong dengan kerjasama Persatuan penduduk Jalan Puchong

Jemputan : YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

15 Ogos 2010, YB Nurul Izzah telah turun ke program gotong royong yang dijalankan di Taman Lucky dan Taman Suria khas untuk membersihkan persekitaran Taman Lucky dan Taman Suria. Gotong royong mendapat sambutan daripada pengusaha kilang dan penduduk untuk membersihkan kembali persekitaran Taman Lucky.

YB Nurul Izzah juga sempat melihat keadaan sekitar kilang dan beberapa kemudahan yang perlu ditambah terutamanya sistem perparitan di kawasan sekitar kilang.

Beberapa penduduk juga sempat mengadu masalah yang dihadapi seperti Jalan Rizab yang diguna untuk kepentingan perseorangan dan memerlukan pemantauan DBKL.

YB Nurul Izzah sempat melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dimenempatkan seramai 15 orang kanak-kanak kurang upaya untuk pemulihan

Rabiatul Adawiah Binti Abdul Rahim

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai

Perjumpaan tergempar dengan penjaja Brickfields

Friday, July 23rd, 2010

Saya bersama staff dari pejabat membuat lawatan mengejut pada 21hb Jul 2010 kira-kira pukul 11:30 pagi apabila mendapat aduan bahawa penjaja Brickfields dipindahkan sementara ke Jalan Chan Ah Tong.

Penjaja-penjaja mengadu akibat tiada kemudahan asas yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Saravanan.

Impak sebegini amat negatif kerana menggambarkan sesuatu inisiatif atau usaha kerajaan akan gagal sekiranya rakyat tidak merasakan mereka diangkat dan meringankan beban mereka.

Dan apabila hujan kesemua gerai-gerai dimasuki air kerana tiada sistem perparitan yang lengkap.

Berikut adalah masalah-masalah yang diutarakan oleh penjaja-penjaja:

1) Tiada pintu/pagar untuk menyimpan barang dengan selamat.
2) Tiada sistem perparitan/longkang untuk air hujan mengalir keluar.
3) Tiada bumbung semasa hari hujan maupun panas.

4) Ruang atas kedai tidak selamat boleh dimasuki pencuri.
5) Rumah sampah tidak teratur.
6) Tandas baru tidak berfungsi dan tiada pekerja untuk mencuci.

Mengikut pengusaha gerai makanan, mereka dipindahkan secara paksa oleh DBKL walaupun kemudahan asas tidak lengkap.

Sila baca dengan lebih lanjut dalam artikel FMT  di sini

Program Dialog Bersama Rakyat dan Pengagihan Kerusi Roda Percuma

Sunday, July 11th, 2010

Baru-baru ini, saya dapat berinteraksi bersama rakyat dengan panel-panel dari PDRM, Alamflora dan juga Malaysian Aids council melalui program DIALOG bersama Rakyat Anjuran PKM APLP pada 11Jul 2010 Ahad minggu lepas. Program di jayakan dengan kerjasama Persatuan Penjaja Taman Sri Sentosa di Pasar Taman Sri Sentosa.

Program seperti ini harus di ambil iktibar untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perkembangan gelombang politik yang dapat memanfaatkan mereka. Inisiatif seperti ini, bertukar idea, mendengar masalah melalui dialog amat bermakna bagi saya, dan ia juga dapat menggambarkan haluan dan rintangan yang dilalui oleh mereka.

Turut hadir pada Sesi Dialog adalah Wakil PDRM ASP ANG dan Inspektor Sail,Wakil Alamflora En. Isa Doman, Pengerusi Penjaja Taman Sri Sentosa En. Lim Lian Hooi bersama AJK-AJK penjaja. Dalam majlis yang sama, daripada sumbangan dan kemurahan hati beberapa individu dapat kami memberi kerusi roda percuma kepada beberapa orang kurang upaya. Turut serta dalam pembahagian kerusi roda tersebut adalah wakil PDRM dan wakil Alamflora. Sebagai permulaan, seramai 40 orang OKU yang dikenal pasti mendapat kerusi roda tersebut. Majlis tamat dalam pukul 7pm dengan jamuan ringan yang disediakan oleh PKM

Program Gotong-royong disambut baik

Sunday, July 11th, 2010

Alhamdulillah, program Gotong-royong minggu lepas, 11 Julai 2010 anjuran PAS dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai disambut meriah sekali. Saya berpeluang turun padang bersama ramai di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2 Pantai Dalam. Turut hadir bersama dengan kami, YDP PAS Lembah Pantai Ustaz Mohd Adlin, dan AJK-AJK PAs. Program itu juga tidak kan berjaya tanpa penyokong-penyokong yang datang memberi sokongan dan kerjasama. Peralatan membersihkan tanah perkuburan telah dibekalkan oleh DBKL. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat sangat memberangsangkan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang hadir untuk menjayakan program tersebut.

Gambar dibekalkan oleh M.Parthiban Ben

Nurul Izzah jamin pembangunan penjaja

Tuesday, June 29th, 2010

Sinar Harian

PANTAI DALAM – Permohonan penjaja di kawasan penjaja berhampiran tapak pasar tani di sini bagi pembangunan kawasan perniagaan yang lebih sempurna akan di usahakan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, penjaja di kawasan tersebut yang lebih dikenali sebagai kawasan penjaja ‘kandang kuda’ meminta agar kawasan lapang berhampiran dibangunkan sebagai satu kawasan penjaja yang lebih sistematik, selesa dan sempurna.

Menurutnya, kawasan sedia ada amat terhad dan kecil untuk penjaja di sana menjalankan perniagaan masing-masing.

“Kita difahamkan tanah berhampiran adalah tanah DBKL dan pastinya mereka sudah mempunyai perancangan sendiri.

“Tapi, Insya-Allah, kita akan cuba usahakan dengan permohonan penjaja dan pihak persatuan penaja untuk dibangunkan sebagai kawasan sokongan bagi mereka berniaga,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan di sini.

Nurul Izzah berkata, pihaknya melalui Pejabat Ahli Parli-men akan meneliti perkara tersebut sebelum ia dipanjangkan kepada DBKL dan pihak terbabit.

“Memandangkan keadaan ekonomi yang semakin menyempit dan ramai orang akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini merupakan salah satu tuntutan yang saya akan teliti dan membawa sekali beberapa orang peguam untuk membantu memperincikan lagi permohonan mereka.

“Ia akan dibawa kepada DBKL dan pihak terbabit secepat mungkin tetapi sebelum itu, kita akan dapatkan beberapa fakta dan maklumat yang secukupnya,” katanya.

(more…)

  • Recent Posts

  • Categories