Skip to main content

 

 

Menteri Wilayah telah melontarkan pandangan untuk menambah bilangan bandaraya di bawah wilayah persekutuan di Malaysia. Tambah beliau, referendum tersebut hanya sekadar cadangan yang memerlukan kelulusan di peringkat kerajaan persekutuan. Namun demikian, apa yang menimbulkan persoalan adalah mengapa Kuala Lumpur, Labuan bahkan Putrajaya sepatutnya tertakluk sekali di bawah pentadbiran yang sama.

Tambahan kepada cadangan yang digariskan kepada warga Pulau Pinang, adakah Tengku Adnan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan pelan yang sama untuk warga kota Kuala Lumpur? Biarpun telah ditadbir sekian lama oleh Tengku Adnan, hairan juga apabila warga kota KL terpaksa menanggung kesan ketidakcekapan DBKL sehingga ke hari ini.

Pertamanya, badan DBKL telah terpalit dengan salahguna kuasa seperti isu rasuah dan tangkapan pegawai tertinggi. Tahun lalu sahaja, SPRM telah melakukan siasatan terhadap projek-projek di bawah kelolaan DBKL dan terbukyi apabila pengarah urusan disabit dengan 18 dakwaan rasuah. Termasuk menerima rasuah dan aset milikan anggaran sebanyak RM 4.4 juta.[1][2]

Seterusnya, DBKL terbukti masih belum mencapai tahap kompetensi untuk membangun Kuala Lumpur secara lestari. DBKL telah mengeluarkan permit kepada pemaju seperti Syarikat amona dan IJM telah menjarah Bukit Gasing, salah satu kawasan hijau yang diwartakan. Disamping itu, warga kota yang terpaksa menanggung risiko dengan isu runtuhan tanah, kepadatan penduduk, kesesakan trafik hanya kerana DBKL sering memandang sepi kehendak rakyat dan rakus untuk membuat keuntungan walaupun terpaksa menggadaikan kelestarian alam sekitar.

Isu yang ketiga, DBKL telah gagal untuk menyediakan rumah mampu milik yang standard di Kuala Lumpur. Isu kebersihan dan penyenggaraan, ditambah pula dengan isu sewa rumah haram antara permasalahan utama PPR di Kuala Lumpur. Di-samping itu juga, DBKL juga masih dibebani dengan lambakan isu pelunasan sewa. Ini merupakan cerminan bahawa usul beliau untuk menangani isu rumah mampu milik di Pulau Pinang jika mereka di bawah Wialayah Persekutuan adalah hanya sekadar janji kosong. [3]

Saya menggesa agar sebelum Tengku Adnan berani mengemukakan referendum terhadap Penang, ambil kira juga kehendak warga kota KL yang saban hari terpaksa menanggung akibat kelemahan urus tadbir bandaraya di bawah Menteri Wilayah Persekutuan. Ini juga bercanggah dengan dakwaan Tengku Adnan bahawa Wilayah Persekutuan akan menjaga rakyat yang tertindas. Biar apapun latar belakang bangsa, tak kira melayu atau bukan melayu sebagai warga kota telah menjadi mangsa berkali-kali akibat kelemahan perancangan dan pembangunan bandar, serta diburukkan lagi dengan pengabaikan kebajikan oleh kerajaan.[4]

Sepanjang empat tahun menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan mencadang dan melaksanakan pelbagai dasar yang mengecewakan orang awam.

Pada tahun 2013, Tengku Adnan menaikkan kadar cukai pintu di antara 100 hingga 250 peratus berbanding dengan kadar terdahulu. Hal ini mencetuskan kemarahan rakyat kerana kadar siling ditetapkan antara 10 hingga 25 peratus daripada kadar tahunan yang sedia ada. Pada tahun 2014, beliau tanpa belas ihsan telah melarang program dapur jalanan yang diadakan pada jarak dua kilometer radius dari bandaraya Kuala Lumpur atas alasan program tersebut hanya menggalakkan gelandangan tidak bekerja dan tidak mempunyai tempat tinggal”.[6] Tahun ini, cadangan beliau untuk melarang pengguanan motosikal kapcai di Kuala Lumpur turut mendapat reaksi negatif daripada warga kota. Dengan pelbagai cadangan tidak masuk akal Tengku Adnan, kita perlu mengambil sikap lebih berhati-hati menilai merit cadangan meletakkan Pulau Pinang di bawah pentadbirannya.

Sistem Wilayah Persekutuan, Sistem Urus Tadbir Tidak Demokratik

Pasca 4 dekad di bawah tampuk kerajaan BN sebagai pemerintah Kuala Lumpur atas nama Wilayah Persekutuan, hak warga kota masih belum dipandang serius. Dana awam digunakan untuk rasuah, manakala perancangan bandar yang lemah memburukkan lagi taraf kehidupan warga kota.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, pihak pembangkang memenangi sembilan daripada 11 kerusi parlimen Kuala Lumpur. Namun, Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan sahaja tidak dipilih, tetapi dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen UMNO, Tengku Adnan. Tambahan pula, Kuala Lumpur tidak mempunyai kerajaan negeri sendiri. Walaupun mempunyai peruntukan belanjawan yang tertinggi dalam kalangan negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia, warga kota terpaksa menyerahkan urusan perbelanjaan kepada ahli politik yang rakus seperti Tengku Adnan. Ironi sekali , ahli parlimen yang dipilih untuk mewakili warga kota yang prihatin mempunyai limitasi dalam membuat keputusan, yang diberikan sepenuhnya kepada Datuk Bandar, yang bertanggungjawab kepada Tengku Adnan.

As such, the conversion of Penang from a state to a Federal Territory is just an excuse for the government to put opposition territory under BN’s malicious control. Now, Tengku Adnan is mustering the audacity to coerce the opposition into relinquishing its governance of Penang when 10 out of 13 parliamentary constituencies in the state have decidedly elected opposition lawmakers in the 2013 general elections. Clearly, we must not allow BN’s undemocratic practices to oppress other regions in Malaysia.

Cadangan penukaran Pulau Pinang daripada sebuah negeri kepada Wilayah Persekutuan hanyalah alasan berniat jahat kerajaan meletakkan wilayah kepunyaan pembangkang di bawah penguasaan BN. Kini, Tengku Adnan mencabar keberanian dan memaksa pembangkang melepaskan tadbir urus Pulau Pinang apabila 10 daripada 13 kawasan Parlimen di negeri ini nyata dipilih ahli parlimen pembangkang dalam pilihan raya umum 2013. Jelas sekali, kita tidak boleh membenarkan amalan tidak demokratik BN untuk menindas kawasan-kawasan lain di Malaysia.

Tuntas, cadangan Tengku Adnan untuk mengkategorikan Penang sebagai Wilayah Persekutuan adalah bertentangan dengan misi untuk mengekalkan autonomi negeri di bahagian utara adalah diragui. Bahkan lebih teruk lagi mempamerkan sikap kerajaan kuku besi. Cadangan yang bermotifkan politik sedemikian sengaja menarik digunakan untuk menarik perhatian awam dan hanya bakal diguna pakai agar rakyat dipaksa untuk memenuhi cita-cita kosong kerajaan BN yang rakuskan kuasa.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

______
[1] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dbkl-top-finance-officer-faces-18-corruption-charges
[2] http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/09/kl-city-hall-executive-director-faces-18-corruption-charges/
[3] https://www.malaysiakini.com/news/371488
[4] https://www.malaysiakini.com/news/371488
[5] http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/06/24/kl-assessment-rate-cap/
[6] http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/07/03/soup-kitchens-banned-around-kl-city-centre/