Skip to main content
Jawapan Parlimen

26 Mac 2014: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN]

By 26 March, 2014February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 26 MAC 2014 (Rabu)
SOALAN : No. 62

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan menyatakan rasional merobohkan 100 kuarters di Brickfields memandangkan usaha gigih Kerajaan menjemput Perdana Menteri India Manmohan Singh pada 2010 untuk melancarkan Little India dalam usaha mengekalkan warisan sejarah Kuala Lumpur.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, perobohan 100 kuarters di Brickfields adalah merupakan seahagian daripada projek Little India bagi komponen penyediaan kuarters kakitangan awam yang lebih teratur, selesa dan moden. Sebelum kuarters dirobohkan, pihak Kerajaan telah pun membina kuarters ganti tersebut sebanyak 212 unit di Jalan Ang Seng.

Penghuni kuarters ini juga akan dipindahkan ke kuarters baru sebaik sahaja kuarters tersebut siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki. Kuarters lama tersebut bukanlah dikategorikan sebagai bangunan warisan Kuala Lumpur dan penggantian kuarters baru yang lebih baik adalah menjamin kakitangan awam mendapat keselesaan yang sewajarnya.