Skip to main content
Issues Affecting the RakyatLembah PantaiPantai Dalam

Gangguan Air Pangsapuri Suci berjaya diselesaikan

By 16 February, 2009February 18th, 2020No Comments

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberitakan bahawa sebuah pangsapuri di Jalan Petaling Bahagia di bawah Zon Petaling, Lembah Pantai, menghadapi masalah bekalan air. Sebaik mendapat berita tersebut, pegawai-pegawai Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah bergegas ke lokasi yang di maklumkan. Berikut merupakan kronologi kes:

 

27 Januari 2008

LAWATAN KE TAPAK PANGSAPURI

 

Ø  Pegawai Pejabat Ahli Parlimen mengadakan lawatan bagi meninjau permasalah penghuni Pangsapuri Suci. Hasil lawatan, wakil kami mendapati:

·         Penghuni apartment telah menghadapi masalah bekalan air semenjak lebih 3 tahun yang lalu.

·         Pemaju (yang bertanggungjawab menjaga maintainence, gagal dihubungi bagi menyelesaikan masalah).

·         Pihak SYABAS tidak dapat masuk bagi menyelesaikan masalah kerana kawasan tersebut tertakluk di bawah tanggungjawab pemaju.

·         Penduduk hanya mendapat bekalan air daripada paip pvc yang disambungkan dari pangsapuri bersebelahan melalui saluran longkang dan hanya sampai ke kawasan lapang , tapak permainan di tengah-tengah pangsapuri tersebut.

·         Penduduk terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah dengan mengunakan satu lif.

·         Hasil dialog dengan para penduduk, satu ketetapan telah diambil, iaitu, disebabkan pemaju gagal untuk dihubungi, maka persatuan penduduk, melalui Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan membuat perundingan terus dengan pihak SYABAS bagi mengatasi masalah tersebut.

 

28 Januari 2008

DIALOG DENGAN PIHAK SYABAS

 

Ø  Dialog di antara persatuan penduduk dengan pihak SYABAS diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di mana pegawai Pejabat Ahli Parlimen Lembah pantai bertindak sebagai pemerhati.

·         Pihak SYABAS telah bersetuju untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

 

Atas inisiatif bersama (Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Persatuan Penduduk), buat masa sekarang, penduduk tidak lagi mengangkat air dari bawah seperti sebelumnya. Pam sementara yang menyalurkan air ke tangki utama telah dipasang. Bekalan air ke unit-unit pangsapuri telah kembali normal. SYABAS kini dalam usaha berunding dengan pihak pemaju untuk mendapatkan kelulusan pemasangan meter terus. Satu mesyuarat akan diadakan pada 21 Febuari 2009, jam 11 pagi, di antara pihak SYABAS, persatuan penduduk dan pemaju di mana wakil dari Pejabat Ahli Parlimen akan hadir sebagai pemerhati bagi memastikan masalah ditangani dalam kadar segera.