Skip to main content
Issues Affecting the RakyatLembah PantaiMediaPantai DalamPolitikPress Release

Kemelut Pembangunan-Tapak Rumah Pangsa Kos Rendah PKNS 4 Tingkat

By 6 December, 2009February 18th, 2020No Comments

KENYATAAN AKHBAR 4 DISEMBER 2009
Penyerahan Memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Dato Abdul Khalid Ibrahim oleh YB Nurul Izzah Anwar mewakili
penduduk Kg. Kerinchi, 1030 pagi, 4 Disember 2009
Pada tepat jam 1030 pagi tadi, saya beserta seluruh AJK Bertindak Rumah
Pangsa Kos Rendah PKNS 4 Tingkat telah menyerahkan MEMORANDUM
MENGENAI KEMELUT PEMBANGUNAN SEMULA TANAH DI TAPAK
RUMAH PANGSA KOS RENDAH PKNS 4 (EMPAT) TINGKAT, KG.
KERINCHI, KUALA LUMPUR SERTA PAMPASAN KEPADA PEMILIK
RUMAH BERKENAAN kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melalui
Setiausaha Politik beliau, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Daripada maklumat yang diterima, jelas bahawa pembangunan semula ini
penuh kontroversi, kepincangan dan manipulasi yang akhirnya meminggirkan
hak penduduk rumah pangsa tersebut. Tentunya semua ini membangkitkan
kebimbangan serius saya selaku Ahli Parlimen kawasan setempat.
Mereka yang merupakan pembeli unit-unit rumah pangsa tersebut telah
dikerah berpindah dalam upacara penyerahan kunci pada hari Rabu, 2
Disember dengan kehadiran pimpinan UMNO kawasan yang dilihat lebih
berkuasa daripada DBKL sendiri. Pemindahan sementara ditempatkan di
PPR yang diselenggarakan oleh DBKL sedangkan status tanah di mana
rumah pangsa tersebut bertempat masih tidak dimaklumkan dengan jelas.
Pemilik Rumah Pangsa tersebut adalah pemilik benefisiari setelah membuat
Perjanjian Jual Beli dengan PKNS lebih 30 tahun yang lalu. Pada tahun 2006
pemilik dimaklumkan bahawa PKNS telah menjual tapak tanah dimana
Rumah Pangsa milik mereka dibina kepada pihak Ketiga untuk dimajukan
dengan PKNS bertindak sebagai Pemegang Amanah. (Lampiran 1)
Tawaran pampasan untuk perpindahan telah dilakukan dan JKB tidak
berpuashati dengan tawaran yang diberikan oleh Pemaju pertama dikatakan
Maha Construction and Development Berhad yang kemudiannya ditukar
kepada Amanah Raya Berhad. Manakala dalam borang kaji selidik DBKL
menyatakan bahawa projek pembangunan semula telah dikategorikan di
bawah projek kerajaan serta kenyataan terbaru Menteri Wilayah Persekutuan
bahawa projek pembangunan tersebut akan dibuat melalui tender terbuka
(Lampiran 2, 3 dan 4)
Beberapa isu pokok seperti berikut perlu dipersoalkan:
Bagaimana tanah PKNS ini diserahkan kepada pemaju dan kenapakah
mantan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai bertindak sebagai jurucakap
bagi projek pembangunan ini dan berterusan meminta agar penduduk
menyerahkan surat pemegang kuasa kepada pemaju?
2
Kenapa perumahan awam DBKL digunakan sebagai tempat menyimpan
penghuni rumah pangsa tersebut untuk 3 tahun sewa berbayar? Siapa
sebenarnya pemaju dan kenapa gesaan untuk berpindah dilakukan oleh
DBKL atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan?
Justeru, memorandum ini diserahkan kepada YAB Tan Sri Dato’ Khalid
membantu merungkaikan dilema pemilik Rumah Pangsa tersebut serta
penduduk setempat dalam mendapatkan status milikan tanah, serta perincian
pelan pembangunan untuk kawasan yang merangkumi Rumah Pangsa ini jika
benar ia akan dibangunkan. Kami bukan menolak pembangunan, tetapi
sebarang proses yang dijalankan perlu mengikut prosedur serta tatacara yang
telus, profesional dan adil.
NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai