Skip to main content
GSTIssues Affecting the RakyatMediaPress ReleaseStatements

Kenyataan Media Isu GST

By 4 October, 2012February 18th, 2020No Comments

Kenyataan Media

2 Oktober 2012

Under Edaran Segera

Kerajaan Tidak Ikhlas Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Kerajaan Barisan Nasional jelas tidak ikhlas dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), malah kelihatan seperti menggunakan tipu helah untuk mengaburkan pelaksanaan ini di dalam Bajet 2013 yang baru dibentang minggu lalu.

Menteri Kewangan jelas ingin meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran yang dipenuhi ketirisan dan budaya rasuah tanpa melakukan islah dan reformasi yang menyeluruh ke atas struktur ekonomi yang dipenuhi budaya kronisme.

Pada masa yang sama, beliau juga sedar dengan pelaksanaan satu cukai penggunaan yang baru dan menyeluruh ke atas rakyat yang tidak mampu menanggungnya adalah satu langkah yang penuh liku.

Perenggan 80-83 dalam Ucapan Bajet Menteri Kewangan mengandungi kod-kod yang berkata kepada sektor kewangan bahawa pelaksanaan GST amat hampir:

“80. Selain daripada peralihan sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kajian semula sistem percukaian kebangsaan akan diteruskan bagi memastikan sistem cukai negara akan lebih menggambarkan kedudukan kewangan setiap isi rumah. Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama akan pada analisa akhirnya memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

81. Langkah ini tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa mahupun semberono tetapi setelah kajian teliti dan pelaksanaan penuh tertib. Ia tidak akan mengesankan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah serta sederhana kerana perkara-perkara asas sama ada makanan, perumahan mahupun pengangkutan awam akan terus dilindungi.

82. Pelaksanaan struktur baru cukai ini sudah menjadi sebagai satu imperatif nasional bagi memastikan kelestarian sistem kewangan negara terus utuh untuk generasi masa depan Malaysia. Kerajaan tidak akan mengelak dari mengambil tindakan yang betul walaupun ianya penuh liku.

83. Walau bagaimanapun, ruang masa yang mencukupi akan tetap disediakan oleh Kerajaan agar semua pihak dapat membuat persiapan yang sewajarnya. Penerimaan rakyat ke atas inisiatif baru ini akan diperoleh dengan program penerangan, pendidikan serta rundingan secara ekstensif.”

Perenggan 145 pula menunjukkan yang pemotongan 1 peratus cukai adalah berkaitan dengan pelaksanaan GST, yang secara asasnya bermaksud penjimatan yang dinikmati dari pemotongan ini akan akhirnya dibayar balik melalui GST.

“145. Dalam proses peralihan daripada sistem cukai sedia ada yang berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih adil dan saksama, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi 2,500 ringgit sehingga 50 ribu ringgit.”

Ucapan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan kabinet beliau. April lalu, apabila ditanya di Parlimen mengenai kaitan antara GST dan TUKAR (Program Transformasi Kedai Runcit) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengatakan bahawa “TUKAR tiada kaitan dengan GST.”

Laman web Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa objektif TUKAR, sebagai salah satu EPP yang bertujuan memodenkan kedai runcit di bawah NKEA termasuk:

– program membangunkan  kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘’mom and pop’;

– peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan;

– usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Kenyataan yang bercanggah sebegini adalah percubaan untuk menipu Parlimen, wakil rakyat, dan rakyat Malaysia amnya.

Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan GST atas sebab-sebab berikut:

1. Tanpa islah dan reformasi ke atas sistem yang dipenuhi rasuah dan budaya kronisme, Kerajaan tiada hak moral (moral right) untuk melaksanakan apa-apa sistem cukai baru samada GST mahupun apa sahaja;

2. Kerajaan pasca-PRU13 nanti perlu mengambil langkah agar tidak menzalimi golongan menengah dan golongan miskin, tetapi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna demi memastikan kualiti hidup ditingkatkan, serta mereka mempunyai lebih banyak wang agar boleh membantu memacu ekonomi dalam negeri. Jika mereka dicukai, maka pendapatan boleh guna mereka berkurangan.

Kerajaan Barisan Nasional wajib ingat bahawa 60 peratus isi rumah mempunyai pendapatan bulanan kurang RM3,000, yang membolehkan mereka menyertai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dengan terlaksananya cukai GST, kumpulan ini terpaksa membayar cukai yang lebih dari apa yang mereka dapat dari BR1M.

Tanggapan bahawa beberapa ratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan cukai GST tidak benar kerana pelaksanaan BR1M membuktikan golongan menengah dan miskin merupakan 60 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini. Jumlah ini adalah terlalu besar untuk dikecualikan dari GST.

Kerajaan wajib ikhlas dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat mengenai dasar-dasar ekonomi, lebih-lebih lagi apabila berkaitan isu cukai. Untuk berselindung disebalik kod-kod dan kenyataan yang samar adalah satu tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab.

Barisan Nasional patut mengangkat isu GST dan membawanya ke PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia yang kotor dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat: sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST.

YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai

YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera

YB Dr Dzulkefly Ahmad- Ahli Parlimen Kuala Selangor

 

======================================================================

Media Statement

2 October 2012

For Immediate Release

 

The Government is Insincere about GST

As far as the implementation of Goods and Services Tax (GST) is concerned, the Barisan Nasional has turned lying into an art form in the 2013 Budget.

On the one hand, the Finance Minister desires to assure the financial sector that the federal government has the means to continue to finance wastages and corruption without having to reform the crony infested economic structure.

On the other hand, he is fully aware that imposing a new and blanket consumption tax on a relatively poor population is a path full of challenges.

Paragraphs 80-83 of the Budget Speech by the Finance Minister is a coded signals to the financial sector of the imminent implementation of the GST.

“80. Apart from the transition from bulk subsidies to targeted subsidies, a review of Malaysia’s taxation system will be continued to ensure the taxation system better reflects the household’s financial position. The transition from income based taxation system to a more comprehensive and fair taxation system will eventually benefit the rakyat.

81. The measure will not be implemented hastily but through a thorough study and in an orderly manner. It will not affect the rakyat, particularly the medium and low-income groups as all the basic needs such as food, housing or public transport will always to be protected.

82. Implementation of the new tax tructure is a national imperative to ensure the Government’s finances remain strong for future generation. The Government will not shrink from taking right action although it is challenging.

83. However, the Government will give the sufficient time to all parties to make the necessary adjustment. Public acceptance of this new initiative will be solicited through information programmes, education and extensive consultations.”

Paragraph 145 shows clearly that the 1 percentage point tax cut is part of the GST package, which essentially means whatever one gains from the cut would have to be paid back through the GST eventually.

“145. In the transition process from the current tax system, based on income to a tax system that is fairer, the Government proposes that individual income tax rate be reduced by 1 percentage point for each grouped annual income tax exceeding RM2,500 to RM50,000.”

The Prime Minister’s budget speech clearly contradicts those in his cabinet.

Just last April, when queried in parliament on the link between GST and TUKAR (Small Retailer Transformation Programme) the Deputy Minister of Domestic Trade, Co-operative and Consumerism blatantly issued a denial, stating ” TUKAR program has nothing to do with GST.”

This is despite the Ministry’s website stating the following objectives for TUKAR -an EPP that aims to modernise traditional retail stores under the flagship National Key Economic Areas (NKEA):

– developing local traditional sundry shop (mom and pop);

– enhancing the competitiveness of retailers and Small and Medium Enterprises (SMEs);

– preparing retailers for the implementation of Goods and Services Tax (GST).

Such double-speak borders on lying and is a clear case of misleading the Parliament and hence the people it represents.

Pakatan Rakyat opposes the implementation of GST on the following grounds, namely,

1. Without addressing systemic corruption and cronyism, the Government has no moral right to impose any new tax whether it is GST or something else;

2. The immediate imperative of the next Government is not to tax the squeezed middle class and the poor more, but to grow their income and disposable income so to ensure dignified lives for them and also for them to have more cash in hand to contribute as consumers to drive the domestic economy. Taxing them will further erode their disposable income.

The Barisan Nasional Government must be reminded that 60 percent of the households live with a monthly income of less than RM3,000, which is why they qualify for Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Imposing GST will tax this group more than what BRIM gives them.

The argument that several hundreds of items consumed by the poor would be exempted from GST does not hold water because as the implementation of BRIM shows that the squeezed middle and the poor together made up 60 percent of the population. They  are too big a group to escape, or, to be exempted from, the GST.

The Government must be sincere in its articulation of economic policies, in particular taxation policies. It is highly irresponsible to hide its intention to implement GST behind coded words.

Barisan Nasional should take the GST to the next general election and asks Malaysians whether they want a corrupt Malaysia with GST or Pakatan Rakyat’s offer of a clean Malaysia without GST.

Nurul Izzah Anwar, MP for Lembah Pantai

Liew Chin Tong, MP for Bukit Bendera

Dr Dzulkefly Ahmad- MP Kuala Selangor