Skip to main content
Issues Affecting the RakyatSosio Ekonomi

Keperluan Pendedahan secara Telus demi Memastikan Simpanan Rakyat Terjamin: Adakah Pencarum Bakal Menerima Dividen Tahun 2016? – Transparent Disclosure Required to Safeguard Malaysia’s Pilgrimage Fund: Will Depositors Receive Dividends in 2016?

By 2 February, 2016February 18th, 2020No Comments

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan notis amaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji dan pelantikan Peguam Negara sebagai ahli pengarah Tabung Haji (TH) baharu yang menambahkan lagi kontroversi yang membelenggu Lembaga Tabung Haji Negara.

Sehingga ke hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih tidak mendedahkan butiran atau menafikan dakwaan berkenaan nisbah aset:liabiliti 98:100. Merujuk kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengumumkan jumlah kutipan dividen, berikutan jumlah aset yang kurang daripada jumlah liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan:

Pengisytiharan untung boleh agih
22. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.
(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana- mana tahun melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu —

(a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan
(b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apaapa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.

Orang awam tidak mempunyai pilihan selain merujuk kepada Laporan Kewangan 2014 memandangkan laporan kewangan Tabung Haji berakhir pada 31 Disember 2015 belum keluar.

Pun begitu, setiap data yang dinyatakan seperti butiran saham, hartanah, kewangan, sukuk dan nilai aset pada 31 Disember 2015 sepatutnya telah boleh diakses oleh orang awam.

Pengerusi Tabung Haji perlu mengetahui jumlah keseluruhan yang dimasukkan oleh pendeposit Tabung Haji. Hal ini merupakan perkara asas yang wajib ditunaikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

BNM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kawalan Kewangan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang berperanan untuk membantu pengurusan kestabilan kewangan. Memandangkan LTH bukan meruapakn institusi perbankan. Kebimbangan Bank Negara berikutan kesan yang bakal ditanggung oleh pendeposit apabila kadar liabiliti melebihi aset yang dimiliki.

Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada awalnya adalah untuk menguruskan Tabung Haji dan membantu memastikan jemaah haji mampu menunaikan ibadah haji dengan selamat. Bahkan kini, LTH dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan jumlah caruman oleh pendeposit agar dapat membantu mengurangkan kos dalam bentuk subsidi kepada pencarum yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Namun demikian, prestasi prospek pelaburan yang dijalankan oleh LTH perlu diberi perhatian serius.

Tambahan pula, ahli lembaga pengarah serta Ketua Pengarah mempunyai kuasa menentukan deposit sekiranya mereka memenuhi tuntutan undang-undang mengikut Seksyen 22 (5).

Seksyen 22 (5) Akta Tabung Haji menetapkan:

(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.

Umum mengetahui, deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang iaitu 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit. Hal ini memerlukan penilitian khusus dan perbincangan secara mendalam demi memastikan jumlah agihan kepada setiap pendeposit adalah saksama. Terutamanya kepada mereka yang dalam keadaan mendesak dan perlu menunaikan haji buat kali pertama. Tindakan melebihkan golongan Kelas-kelas tertentu dalam pengagihan bayaran adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.

Persoalan utama ialah bagaimana Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Tabung Haji membuat perancangan secara teliti terhadap pendeposit 95 peratus umat Islam Malaysia yang mencarum dan bergantung kepada akaun Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji?

Ini merupakan kayu aras dalam mengukur prestasi agihan bayaran dividen. Kita dapat melihat beza antara agihan bayaran dividen pada era 90 an adalah sebanyak 8.5% manakala dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini hanya 6% dividen tahunan yang diumumkan. Hakikat sebeginilah yang dinamakan maju kebelakang.

Berselindung di sebalik faktor kelembapan ekonomi semasa yang telah memberi kesan kepada prospek pelaburan LTH disulitkan lagi dengan merudum krisis kepercayaan kepada kredibiliti keputusan pelaburan yang diputuskan.

Justeru, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH perlu mengambil mengambil tindakan segera dan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan. Perlu ada keberanian untuk tampil secara telus berkenaan laporan audit bagi mengembalikan kepercayaan pendeposit. Jika gagal untuk berbuat demikian, maka adalah wajar untuk pihak yang bertanggungjawab untuk meletak jawatan.

Lembaga Tabung Haji merupakan institusi awam yang memperoleh kepercayaan orang awam. Justeru, sebagai salah sebuah institusi yang semakin berkembang maju sewajarnya berupaya untuk melantik seseorang yang berpengalaman dan mempunyai integriti dalam bidang korporat, bukanlah menerima lantikan partisan politik yang mencemar dan memberi kesan negatif kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN, LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA, KEADILAN

——————————————————–

The shocking warning letter from Bank Negara Malaysia, as well as the appointment of the current Attorney General into Tabung Haji’s Board of Directors, has only added to the list of controversies surrounding the country’s pilgrimage fund .

To date, Chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim has not disclosed sufficient information to disprove the claim that LTH’s assets to liability ratio is 98:100. As the assets are less than its aggregate liabilities, according to Section 22 of the Tabung Haji Act 1995, LTH cannot declare dividends by law.

Section 22 of the Tabung Haji Act states:

Declaration of distributable profit
22. (1) Subject to this section, the Lembaga may at its absolute discretion determine at any time whether it is prudent to declare a sum as distributable profit in respect of any particular period or year of the Fund and if it determines to so declare, the Lembaga shall, with the approval of the Minister, declare a sum as distributable profit in respect of any particular period or year of the Fund.
(2) If a declaration is made under subsection (1), the Lembaga shall also determine the manner, amount and time for crediting such distributable profit to each depositor.  No distributable profit shall be declared unless the Lembaga has first established a Reserve Fund, and no distributable profit shall be declared in any year unless at the end of that year—

(a) the assets of the Fund were not less than the aggregate liabilities of the Fund, amounts due to depositors being calculated as if immediately payable; and
(b) the assets of the Reserve Fund were not less than such percentage of the amounts actually standing to the credit of the depositors as at the end of that year including the distributable profit, as the Treasury may approve.

As Tabung Haji’s financial year ends on December 31st and is not out yet, we are left with depending on the 2014 Financial Report.

Nonetheless, the value of the quoted shares, properties, cash reserves, sukuks etc, ie asset value of the fund as at 31st Dec 2015 should be readily available for public consumption.

Tabung Haji’s Chairman should also know the total value of their members’ deposits. This list of information is one that should immediately be disclosed to dispel public concern and depositors’ fear.

BNM has established the Financial Stability Executive Committee (FSEC) under the Central Bank of Malaysia Act 2009 and part of its mandate is to promote financial stability. Despite LTH being a non-banking financial institution, the size of its depositors is significant enough to raise ire from Central Bank when liabilities exceed assets.

LTH was founded to manage pilgrimage fund and ensure pilgrims are able to perform Hajj safely. On top of that, LTH is now expected to help grow depositor’s fund in order to assist or subsidize the rising cost of performing pilgrimage. As such, LTH’s investment performance is under scrutiny.

Furthermore, the all powerful Chairman and Chief Executive Officer also holds the key in determining deposits – once and/or if they cross the legal barrier of Section 22 (5) of the Tabung Haji Act states:

(5) Any decision by the Lembaga in respect of the amount of distributable profit to be apportioned to a depositor shall be final and binding on the depositor and a certificate by the Chief Executive Officer shall be conclusive evidence of the distributable profit apportioned to the depositor.

We are aware that Tabung Haji’s deposits were highly concentrated among a small number of contributors – 5% of whom owned 75% of the total deposits. This should also be alluded to when discussing dividends to ensure equitable distribution, especially those with the pressing need to perform the pilgrimage for the very first time. It is worth reminding that there is only one class of depositors thus preferential payment to any particular category is probably illegal.

How then do the Chairman and CEO plan to properly compensate the 95 percent ordinary Muslim Malaysians who are depending on Tabung Haji for their ability to perform the pilgrimage?

One measure of performance would be dividend pay-out. A comparison between the dividend pay-out in the 90s was at 8.5% per annum while the past ten years was only at 6% per annum.

Granted, the current economic downturn has impacted LTH’s investment portfolios; as well as lent credence to the perception of irresponsible investment decisions.

Moving forward, LTH’s Chairman and CEO must immediately address the key concerns raised; and be open for a transparent audit to quell any doubt among depositors – else gracefully resign.

Depositors deserve to know whether they will not be granted dividends – yet at the least will be served efforts and a future plan to salvage LTH.

Public accountability warrants that LTH – which has grown into such a large conglomerate appoint capable persons with integrity and respectable corporate portfolio as Chairman and CEO respectively – not political appointees who remain incapable of managing LTH sensibly.

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT AND ELECTION DIRECTOR, KEADILAN