Skip to main content

Bill Kuyong13557837_10154280413997418_3781130839385785500_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 4 Julai 2016

Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur.

Tan Sri,

MAKLUMAN PENGHANTARAN MEMORANDUM BERKAIT KES PEMBUNUHAN SAUDARA BILL KAYONG (ALLAHYARHAM MOHD HASBI ABDULLAH)

Semoga surat ini menemui Tan Sri dalam keadaan sihat dan setia berkhidmat untuk rakyat. Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan sesi penghantaran memorandum daripada pihak PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) untuk arwah Bill Kayong.

2. Mewakili pimpinan KEADILAN dan seluruh masyarakat yang prihatin, kami menuntut siasatan menyeluruh yang akan membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan kejam Saudara Bill Kayong dihadapkan ke muka pengadilan. Yang mencemaskan adalah penerusan siri ugutan terhadap pimpinan KEADILAN lainnya, termasuklah Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat cabang Miri merangkap Ahli Parlimen kawasan, Dr. Michael Teo.

3. Umum mengetahui dalam minggu ini pihak polis telah menahan reman 6 orang untuk mengambil keterangan dalam membantu siasatan. Kami berharap sebuah pertemuan bersama pasukan penyiasat dapat diadakan bagi memberi makluman terkini dalam usaha melahirkan keprihatinan serta peringatan jelas bahawa tiadanya kompromi bagi budaya jenayah yang membahayakan keamanan sejagat.

Pihak keluarga, saudara mara dan teman seperjuangan Allahyarham Mohd Hasbi menantikan makluman terkini daripada pihak Tan Sri. Kandungan permohonan kami adalah seperti memorandum yang dilampirkan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tan Sri saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang berkhidmat,

Nurul Izzah Anwar

____________________________________________________________________

MEMORANDUM

KEPADA : Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara
DARIPADA : Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN, Parti Amanah Negara, AMANAH dan DAP (Kehadiran seperti lampiran 1)
TARIKH : 4 Julai 2016
PERKARA : Keadilan Untuk Bill Kayong (Allahyarham Mohd Hasbi Abdullah)

Sudah hampir dua minggu sejak Bill Kayong, setiausaha bagi cabang KEADILAN Miri serta aktivis tanah adat meninggal dunia. Pada 21 Jun 2016, Bill Kayong telah ditembak mati melalui insiden tembakan jarak dekat di Miri Sarawak. Malangnya, sehingga ke hari ini suspek yang disyaki masih belum ditemui. Kami mendesak pihak PDRM memberi perkembangan terkini status siasatan kepada KEADILAN dan menambah kawalan keselamatan buat pejuang dan aktivis tanah adat.

Kami ingin merakamkan pujian kepada PDRM terhadap usaha dan siasatan yang telah berjalan menunjukkan progres yang berjalan. Sehingga 1 Julai yang lepas, enam orang suspek telah ditahan, lima lelaki dan seorang wanita, lingkungan umur 22 hingga 41 tahun – yang masih ditahan reman untuk tujuan soal siasat. Kami menyeru agar PDRM terus bertindak pantas dalam mengheret pelaku pembunuhan kejam ini ke muka pengadilan, supaya penantian pihak keluarga dan rakan-rakan Bill Kayong berakhir.

Tragedi ngeri yang menimpa pembunuhan Bill Kayong jelas menunjukkan- satu insiden tembakan di tempat awam ketika waktu siang- menjadi bukti jelas pembunuhan dengan niat, yang mempunyai unsur dendam. Pembunuhan Bill Kayong bukanlah satu kebetulan yang menunjukkan beliau berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Dari sudut yang lebih besar, Bill adalah salah seorang daripada rakyat Sarawak yang terlibat sebagai pejuang hak asasi tanah adat. Terdapat beberapa persamaan naratif yang berkisar tentang pertikaian tanah di mana syarikat-syarikat swasta telah membekukan sejumlah besar tanah daripada pemilik yang berhak, iaitu penduduk asal. Berikut merupakan situasi yang biasa terpaksa dilalui oleh penduduk Sarawak, menurut kepada tanah yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap syarikat balak dan syarikat kelapa sawit tanpa berunding dengan pemilik tanah yang telah mendiami kawasan tersebut sejak sekian lama. Apabila kerajaan yang kelihatan tidak memberikan perhatian serta syarikat-syarikat yang giat meraih keuntungan terbabit dalam konflik hak tanah adat, ramai aktivis dan pejuang isu tanah adat ini terdedah kepada gangguan dan ancaman apabila mereka memilih untuk mencabar mereka yang menjadi batu penghalang institusi ini. Baru-baru ini, kajian yang ditemui oleh Global Witness menunjukkan, kira-kira dua orang aktivis dibunuh seminggu dalam usaha mulia mereka mempertahankan tanah, hutan dan sumber bekalan air mereka.

Ianya bukanlah sesuatu yang baru bagi Malaysia, apabila ramai aktivis pejuang hak tanah adat telah dinafikan hak mereka berikutan proses perundangan. Pada tahun 2011, saudara Numpang Suntai, aktivis tanah adat telah dinafikan hak untuk melalui satu pendengaran mahkamah yang bebas dan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuching menangguhkan prosiding mahkamah sebanyak tiga kali, dengan alasan yang pihak polis masih belum memfailkan sebarang rayuan. Pada tahun 2013, dua aktivis pejuang tanah adat telah ditangkap kerana membuat laporan polis tentang kegiatan pembalakan haram oleh syarikat swasta di kawasan tanah adat. Bahkan, senarai kes-kes yang meragukan masih banyak. Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima apabila kita terpaksa tunduk dengan isu rasuah, menjejaskan hak asasi manusia dan kemusnahan alam, di mana kerajaan dan syarikat-syarikat swasta telah dilihat bersekongkol, apabila masyarakat tidak mampu berada dalam jaminan keselamatan dan keadilan di bawah perlembagaan.

KEADILAN percaya dengan wujudnya siasatan yang terperinci dan telus akan membantu siasatan yang sedang dijalankan. Kami mendesak agar Ketua Polis Negara berterusan mengambil sikap tidak pilih bulu dalam siasaran dan melaksanakan tindakan seperti berikut :

1. Menganjurkan satu sidang mesyuarat khas bersama pimpinan KEADILAN dan ahli keluarha Bill Kayong untuk menerima maklum balas berkenaan hasil siasatan oleh PDRM setakat ini, serta pendedahan tentang kaitan pembunuhsn Bill serta isu pembahagian tanah yang berada di bawah pantauan beliau.
2. Mengkaji dan memperketatkan tahap perlindungan keselamatan terhadap aktivis pejuang tanah adat di Sabah dan Sarawak.

LAMPIRAN 1

1. YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
2. YB Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Batu
3. YB Manivannan Gowindasamay, Ahli Parlimen Kapar
4. YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang
5. YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PJU
6. YB Sim Tze Tsin, Ahli Parlimen Bayan Baru

7. YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas
8. Dato’ Saifuddin Abdullah, Setiausaha Pakatan Harapan
9. Dr. Syed Husin Ali, Ahli MPP KEADILAN
10. YB Dr Michael Teo, Ahli Parlimen Miri
11. YB Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubok
12. Alan Ling, Setiausaha DAP Sarawak
13. Ustaz Hasanuddin Yusof, Naib Presiden AMANAH

Berikut merupakan portal berita mengenai memorandum tersebut, jemput baca:

KEADILAN tuntut mesyuarat dengan PDRM siasat kes Bill Kayong – http://selangorkini.my/?p=115054

PKR bimbang pimpinan parti masih diugut – http://m.malaysiakini.com/news/347614

Kes tembak Bill: PKR mahu polis jalan siasatan serius – http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kes-tembak-bill-pkr-mahu-polis-jalan-siasatan-serius-1.538943

_____________________________________________________________________

MEMORANDUM

TO : Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar
FROM : KEADILAN
DATE : 4 July 2016
SUBJECT : Justice for Bill Kayong

It has been two weeks since Bill Kayong, KEADILAN’s branch secretary at Miri and avid land activist, passed on. On 21 June 2016, Bill was killed when someone took aim at him using a shotgun at Miri, Sarawak. It is unfortunate that this cold-blooded murder remains unresolved. We call on PDRM to be forthcoming with its investigation outcomes to KEADILAN and to tighten its protection measures for Native Customary Rights (NCR) land activists.

We commend the PDRM for their efforts to probe into Bill Kayong’s murder have showed some results. As of 1 July, six suspects – five male and one female, aged between 22 and 41 – have been brought into custody for questioning. We urge PDRM to continue acting swiftly for the culprits of the assassination to be brought to justice, and for the family and friends of Bill Kayong to finally receive closure.

The gruesome manner of which Bill’s murder was carried out – a drive-by shooting under broad daylight – speaks to an intentional assassination, one motivated by vengeance. Bill Kayong’s murder is not a simple coincidence of being in the wrong place, at the wrong time.

On a larger scale, Bill was one among East Malaysia’s many NCR land activists. The common narrative surrounding land dispute is that of private firms having seized vast amounts of land from its rightful owners, the natives. This is an unfortunately commonplace predicament that many in East Malaysia face, pursuant to the government promising land to timber companies and oil palm plantations without consultation with the rightful owners of the land. With the disinterested government and profit-seeking companies complicit in land grabs, many activists and NCR defenders are vulnerable to harassment and intimidation when they choose to confront these institutional bulwarks. A recent survey by Global Witness has discovered that worldwide, two activists are killed each week in their noble efforts to defend their land, forests and waterways.

It is no secret that in Malaysia, many NCR activists have been denied the due process that our laws promise. In 2011, NCR land activist Numpang Suntai was denied his right to a free and fair trial when the Kuching High Court delayed his court proceedings three times, under the pretext that the police had yet to file an appeal. In 2013, two NCR activists were arrested for lodging a report against illegal logging activities by a private company at the natives’ ancestral land. The list goes on. It is completely unacceptable that that having been subjugated to corruption, human rights violations and environmental destruction, where the government and private companies are in cahoots, these communities are unable to find the slightest comfort and inkling of justice under the law.

KEADILAN understands that having full transparency may compromise the current investigation. We urge the IGP to continue taking an impartial stand in investigation and to implement the following measures:

1. To convene a joint meeting with KEADILAN and the family members of Bill Kayong for an update on PDRM’s investigation outcomes thus far, disclosing the link between Bill’s murder and the ongoing land disputes under his oversight;
2. To review and to tighten protection measures for NCR land activists in East Malaysia.

ATTACHMENT 1

1. YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
2. YB Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Batu
3. YB Manivannan Gowindasamay, Ahli Parlimen Kapar
4. YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang
5. YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PJU
6. YB Sim Tze Tsin, Ahli Parlimen Bayan Baru
7. YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas
8. Dato’ Saifuddin Abdullah, Setiausaha Pakatan Harapan
9. Dr. Syed Husin Ali, Ahli MPP KEADILAN
10. YB Dr Michael Teo, Ahli Parlimen Miri
11. YB Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubok
12. Alan Ling, Setiausaha DAP Sarawak
13. Ustaz Hasanuddin Yusof, Naib Presiden AMANAH