Skip to main content

Mini Karnival Kesihatan : Wanita dan Keluarga Permatang Pauh

Permatang Pauh, 30 Jun, 2019 – Mini Karnival Kesihatan (Wanita dan Keluarga) telah dianjurkan oleh YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan kerjasama beberapa agensi yang lain yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Orang Ramai Taman Pasir Indah, Pengkalan Tambang. Program kesihatan pada kali ini telah menekankan saringan kesihatan utama berkaitan wanita iaitu Program Removing Obstacles Cervical Screening (ROSE).

Dalam usaha menangani isu-isu kesihatan kritikal berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak,Mini Karnival Kesihatan (Wanita & Keluarga) ini diadakan bermatlamat untuk menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma khas buat para wanita di Permatang Pauh, memberikan maklumat pencegahan dan pengawalan berkaitan kesihatan wanita. Ini merupakan salah satu inisiatif Parlimen Permatang Pauh bagi memupuk kesedaran kesihatan dan memperluaskan akses pemeriksaan kesihatan kepada golongan masyarakat luar bandar. 

Menariknya bagi program Mini Karnival Kesihatan (Wanita & Keluarga) kali ini, Pusat Khidmat Rakyat Permatang Pauh teah membawa Projek ROSE yang diketuai oleh Profesor Woo Yin Ling bagi menjalani ujian saringan kanser serviks di mana kanser serviks merupakan antara 3 kanser utama yang menyerang wanita di Malaysia di mana 3 daripada 4 wanita di Malaysia menghidapinya di bawah usia 64 tahun. Saringan kesihatan yang dijalankan oleh pasukan ROSE daripada Universiti Malaya ini adalah suatu kaedah yang telah dicipta dalam bentuk kit ujian sendiri (self-test-kit) kanser serviks sebagai gantian kepada ujian Paps Smear yang umumnya mempunyai beberapa halangan seperti kesakitan, rasa malu, ketidakselesaan dan ‘faktor sistem kesihatan’ termasuk infrastruktur pengujian. Kit ujian kanser serviks ini hanya mengambil masa 5 minit bagi mengesan virus yang mengakitbatkan kanser serviks, ianya sebuah inovasi yang memudahkan para wanita bagi menjalankan ujian saringan kanser serviks dengan mudah, cepat, tidak sakit,dan dapat dilakukan sendiri.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung turut boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa pakar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dan  bagi pemeriksaan kanser payudara, kesihatan kehamilan, pemeriksaan kardiovaskular, dan juga paediatrik yang melibatkan pegawai audiologi, pegawai terapi pekerjaan dan juga ahli fisioterapi. Tambahan lagi, agensi dari Protect Health turut hadir bagi memberikan nasihat mengenai perkhidmatan kerajaan seperti PeKa B40. Turut hadir, pegawai daripada KWSP bagi Program i-Suri dan i-Saraan yang menawarkan khidmat nasihat persaraan. 

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Permatang Pauh