Skip to main content
Issues Affecting the RakyatPilihanrayaSosio Ekonomi

My Changemakers Agen Perubahan Tenaga Boleh Diperbaharui di Sarawak

By 28 January, 2016February 5th, 2021No Comments

You can block me from entering Sarawak but you cannot stop us from bringing meaningful change for Sarawakians.

Tahun 2016 memberi harapan baru kepada rakyat Sarawak untuk merasai angin perubahan masa depan tanah air tercinta mereka. Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11, sebuah proses demokrasi yang memberi hak kepada rakyat Sarawak memilih tampuk pemerintahan yang bakal memimpin rakyat Sarawak.

Dalam keadaan genting seperti ini, beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan dinafikan haknya untuk berkhidmat untuk rakyat Sarawak. Pemimpin PKR dihalang memasuki Sarawak tanpa alasan yang munasabah. Tetapi, harus diingat bahawa halangan ini tidak sesekali menggugat usaha kami berkhidmat untuk rakyat Sarawak demi masa depan yang lebih baik.

My Changemakers merupakan wadah perjuangan KEADILAN bagi membimbing dan memenuhi impian rakyat Sarawak. Penubuhan My Changemakers ini membuktikan bahawa masih ada rakyat dan anak muda Sarawak yang mampu menabur bakti, berjuang #Demi Sarawak yang mereka cintai. Tambahan pula, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang semangat dan usaha My Changemakers membawa perubahan kepada rakyat Sarawak. Sekali melangkah, mereka terus mara berbakti kepada Sarawak.

Terdapat berapa rakyat Sarawak yang tidak mendapat akses bekalan elektrik dalam era yang serba moden ini. Selepas berapa tahun masalah ini berterusan dan hanya kerana Pilihanraya Negeri Sarawak bakal diadakan barulah kedengaran suara bahawa kerajaan negeri mahu janjikan perubahan.

Perkara sebegini tidak harus berlaku kepada sebuah negara membangun dan masih mengejar status negara maju menjelang 2020. Oleh itu, My Changemakers memperuntukkan sebanyak 200 unit solar untuk dipasang di beberapa buah kampung pendalaman Sarawak. 114 unit solar berjaya menyinari hampir 100 keluarga di beberapa buah kampung. Terletak di Ba Kelalan.

My Changemakers sedaya-upaya mencari dana dan peruntukan kewangan bagi membina jalan penghubung yang selamat dan bermanfaat kepada rakyat yang memerlukannya, khususnya di kawasan pedalaman. Pembinaan jalan penghubung di beberapa kawasan rumah panjang di Sarawak merupakan salah satu inisiatif My Changemakers dalam projek fasa kedua. Rancangan pembangunan jalan penghubung ini adalah semata-mata demi kemudahan harian rakyat Sarawak menjalani kehidupan pada masa hadapan.

Cita-cita untuk membangunkan rakyat Sarawak ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kesedaran rakyat Sarawak untuk memilih alternatif untuk merasai perubahan kehidupan yang lebih baik merupakan keutamaan PKR. My Changemakers secara kendiri, berjaya menarik anak muda dan rakyat Sarawak berganding bahu mencipta perubahan untuk tanah air tercinta.

Kini, My Changemakers mampu memulakan langkah yang penuh harapan, memenuhi impian sebahagian daripada 1.2 juta rakyat Sarawak yang tinggal di luar bandar.

Menyinari beberapa buah kampung daripada 216 kampung atau 36% yang masih belum menerima bekalan tenaga elektrik.

Menceriakan sebahagian 250 000 rakyat Sarawak yang tidak mendapat akses tenaga elektrik.

Tahniah saya ucapkan kepada sukarelawan yang banyak membantu My Changemakers merealisasikan impian rakyat Sarawak. Perjuangan mereformasi Sarawak ini perlu dipertingkatkan demi mencapai sebuah negara yang lebih baik menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

“Never doubt that a small group of thoughtful, committed, citizens can change the world. Indeed, it is the only thing that ever has.” ― Margaret Mead

Salam perjuangan,

YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA

YB GAN PEI NEI
ADUN N17 RAWANG

ADAM FISTIVAL WILFRID
KOORDINATOR MY CHANGEMAKERS