Skip to main content
Issues Affecting the RakyatParliament

Parliamentary Questions for April

By 24 April, 2008February 18th, 2020No Comments

This is my first time doing this! Here are the questions I submitted to Parliament for my first seating in Parliament as an MP!

Read it below or at the Parliamentary Questions page.


Pertanyaan Jawab Lisan

1. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-


a) Apakah garis panduan dan kriteria yang digunakan kerajaan ketika menetapkan RM691 sebulan bagi pendapatan isi rumah sebagai garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia?
b) Adakah paras garis kemiskinan yang digunapakai tersebut akan disemak semula memandangkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi?


2. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-


a) Berapa jumlah penduduk yang hidup di bawah paras garis kemiskinan di Kuala Lumpur.
b) Berapakah jumlah penduduk di kawasan Lembah Pantai yang hidup di bawah garis kemiskinan mengikut pecahan umur, jantina dan kaum.


3. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan:-


a) Berapakah jumlah bajet yang diluluskan kepada DBKL bagi tahun 2006 dan 2007 dan daripada jumlah tersebut berapakah yang dibelanjakan untuk tujuan pengurusan.
b) Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan perbelanjaan dalam pengurusan memandangkan tumpuan harus diberikan kepada kebajikan rakyat dan pelaburan.

4. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-


a) Bilangan remaja berumur antara 18 – 25 di kawasan Lembah Pantai yang ditangkap di bawah Akta Dadah Merbahaya pada tahun 2007 mengikut pecahan jantina dan kaum.

b) Dari jumlah di atas berapa ramai yang masih berada di pusat pemulihan dan pendekatan bantuan yang telah diambil terhadap remaja dan keluarga mereka.

5. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan:-


a) Berapakah jumlah keluarga setinggan yang masih wujud di Lembah Pantai dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan jumlah tersebut.
b) Apakah kriteria dan garis panduan yang digunakan oleh DBKL dalam menentukan kelayakan permohonan membeli atau menyewa rumah yang dikendalikan DBKL.

6. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jaminan Kementerian dalam memastikan Pelan Tempatan (LOCAL PLAN) yang dikeluarkan oleh DBKL konsisten dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur terutamanya dalam kategori dan pengkhususan kegunaan tanah.

7. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-


a) Apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memulihkan imej Majlis-majlis Perbandaran dan Bandaraya Tempatan dari segi mutu kerja, kecekapan, ketelusan dan bersih dari rasuah.
b) Bilakah Kerajaan akan melaksanakan Pilihanraya Majlis Perbandaran/Bandaraya Tempatan untuk menjadikan Majlis-majlis ini bertanggungjawab kepada rakyat dan pembayar cukai.



8. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-


a) Bilakah kerajaan akan mengemukakan deraf kertas cadangan bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagaimana yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi.
b) Adakah kerajaan berhasrat memanggil golongan yang mempunyai kesan langsung dalam hal tersebut misalnya wakil persatuan mahasiswa, para akademik, Badan Peguam dan Jawatankuasa Bebas untuk turut memberi input.
Jika tidak, mengapa?

9. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

a) Sejauh mana keberkesanan program bantuan makanan yang diberikan di sekolah-sekolah luar bandar membantu pelajar-pelajar mendapat pemakanan seimbang.
b) Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani masalah keracunan makanan yang kerap berlaku di sekolah-sekolah serta penguatkuasaannya menepati Prinsip Am Kebersihan Makanan.

10. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

a) Adakah kementerian akan meneruskan program pemberian RM300 sebulan kepada kanak-kanak cacat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagaimana yang disarankan Menteri terdahulu.
b) Apakah program-program yang disediakan serta langkah-langkah pemantauan bagi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Pertanyaan Jawab Bertulis

1. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan:-


a) Senaraikan Pemaju dan Projek yang mempunyai Kajian Impak Alam Sekitar yang telah diluluskan di Kuala Lumpur dari tahun 2004 hingga 2007.
b) Apakah panduan yang diambil kerajaan dalam menilai keberkesanan laporan Kajian Impak Alam Sekitar tersebut?

2. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan secara terperinci bagaimana bajet Pembangunan DBKL lima tahun kebelakangan ini dibelanjakan mengikut kawasan Parlimen dan
Projek-projek yang dilaksanakan.

3. Pn. Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

a) Apakah perancangan dan projek-projek yang telah diatur oleh kementerian dalam Skim Bantuan dan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat peruntukan berjumlah RM219 juta pada pembentangan Bajet 2008 yang lalu.

b) Sejauh mana projek tersebut mengenai kumpulan sasaran dan keberkesanannya.

4. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

a) berapakah jumlah pelajar yg dikenakan tindakan di bawah akta AUKU drpd 1998 hingga 2008?
b) sila nyatakan mengikut jantina,umur dan kaum.

5. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-


a) Jumlah tahanan juvana yang ditahan di dalam penjara sejak tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan jantina, kaum dan jenis-jenis kesalahan.
b) Apakan program-program yang disediakan kerajaan untuk memantau kebajikan mereka terutama dalam pendidikan sebagai persediaan menghadapi dunia luar setelah dibebaskan.