Skip to main content
Issues Affecting the RakyatUndang-Undang

Remaja sms minta RM5,000 dibawa ke IPD Brickfields untuk siasatan

By 20 March, 2008February 18th, 2020No Comments

KUALA LUMPUR: Remaja lelaki yang ditahan pada malam Isnin lepas di Kota Kinabalu, Sabah berhubung penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMs) meminta RM5,000 daripada keluarga Muhammad Asmawi Jalaludin, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini petang Khamis.

Remaja berusia 19 tahun itu tiba di IPD Brickfields dari Sabah pada pukul 3.20 petang dengan diiringi tiga anggota polis.

Remaja itu yang ditahan reman sehingga esok kelihatan tenang semasa dibawa ke IPD untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Pemangku ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu pemberita, siasatan terperinci terhadap remaja itu, termasuk motif penghantaran SMS, sedang dijalankan.

Remaja terbabit yang dikatakan mengirim SMS ke telefon bimbit kakak Asmawi, Saodah, pada 11 Mac lepas, ditahan pada 11 malam Isnin dan akan disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Muhammad Asmawi, 11, dilaporkan hilang pada pukul 7.30 petang, 9 Mac lepas ketika pulang bermain dengan rakannya di taman permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam di sini. BERNAMA