Skip to main content
Issues Affecting the RakyatKesihatan

Saya membahas Rang Undang-Undang Makanan Haiwan

By 23 June, 2009February 18th, 2020No Comments
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas
ruang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya
memang amat bersetuju dengan objektif utama rang undang-undang ini diperkenalkan iaitu
untuk, kalau dibacakan mengawal selia kualiti makanan haiwan bagi memastikan makanan
haiwan yang berkualiti bagi haiwan supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat bagi makanan
manusia atau kegunaan manusia.
Kebanyakan daripada kita Tuan Yang di-Pertua, merupakan kumpulan pemakan
omnivor ya, spesies omnivor. Spesies yang memakan tumbuhan dan juga haiwan, justeru
menjadikan makanan haiwan sebagai elemen penting dalam kehidupan kita seharian. Namun,
saya lihat ya, kalau di Parlimen ini contoh terbaik adalah penggemar, di kalangan Ahli Parlimen
penggemar ikan keli.
Sedang kita makan ikan keli seharian, kita mungkin jarang menyoal apakah
bentuk makanan yang diberikan kepada ikan-ikan keli ini. Memang banyak perusahaan di
kampung-kampung, perniagaan ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat
menguntungkan, penggerak industri kampung yang benar-benar mudah untuk menjana
keuntungan.
Jadi, selepas kami berbincang dengan beberapa pakar veterinar, saya merasa gerun
apabila mendapati makanan seperti perut lembu; perut ayam dan ada kalanya perut khinzir
dijadikan makanan untuk ikan-ikan keli, ternakan yang akhirnya berkemungkinan memudaratkan
kesihatan manusia tidak termasuk membangkitkan persoalan polemik halal dan haram. Kalau
kita imbau sejarah, isu makanan haiwan itu atau animal feed, ia melibatkan kes-kes kematian
seluruh dunia, contoh dengan izin, Mad Cow Disease terutamanya di England sahaja,
menyaksikan kematian 164 orang.
Jadi, kajian menunjukkan daripada kes Mad Cow Disease, dengan izin, it is believed by
most scientists that the disease maybe transmitted to human beings who eat the brain or spinal
cord of infected carcasses. Maksudnya, bila wujud kes di mana bangkai-bangkai yang dijangkiti,
ia akhirnya memberi mudarat yang serius kepada manusia. Saya sebut juga dengan izin, British
inquiry, inquiry di negeri England into the Mad Cow Disease concluded that the epidemic was
cause by cattle which are normally herbivores being fat the remains of other cattle in the form of
meat and bone-meal, dipanggil NBM Tuan Yang di-Pertua, which cause the infectious agent to
spread dan di Malaysia contohnya tidak lama adalah Nipah virus yang akhirnya mengakibatkan
100 kematian di Malaysia.
Jadi, saya memang bersetuju hanya mungkin di peringkat ini, saya ingin menyebut salah
guna yang sentiasa berlaku tambahan kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat
Timbalan Menteri tadi. Ini kerana isu kos sering kali dibangkitkan. Mereka mencari jalan untuk
mengurangkan kos kerana sekurang-kurangnya 60% merupakan peratusan kepada kos
pengeluaran hasil ternakan masyarakat tempatan. Contoh-contoh salah guna yang sering kali
berlaku: penyalahgunaan teknologi. Kadangkala digunakan untuk meningkatkan pengeluaran
ternakan, lagi cepat besar, lagi cepat gemuk binatang tersebut sehinggakan ada pengusaha yang
menggunakan kaedah yang kontroversial untuk mengurangkan kos makanan seperti memberi
haiwan ternakan makanan yang mengandungi bahan dilarang.
Terdapat juga ruang bagi salah guna antibiotik dan beta-agonist yang disebut tadi
kerana tidak ada pemantauan yang berterusan ke atas ladang dan produk yang dijual.
Penggunaan beta-agonist yang diharamkan masih berlaku. Akibat utama kami diberitahu adalah
kurang pemantauan dan ada juga penternak ayam dan daging baru-baru ini yang telah
menggunakannya.
Saya juga ingin sebut makanan dari sisa makanan manusia daripada kantin, juga
supermarket yang besar-besar, apabila tarikh makanan tersebut melepasi hadnya, dihantar ke
kampung-kampung untuk digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Jadi penyalahgunaan
bahan penggalak pembesaran juga yang diharamkan masih juga berlaku secara berleluasa.
Isu-isu lain, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan makanan haiwan adalah apabila bahanbahan
non protein nitrogen yang berlebihan secara tidak bertanggungjawab diletakkan untuk
meningkatkan kandungan protein. Akhirnya kadangkala mengakibatkan kematian kepada
ternakan. Saya bincang tentang isu praktikal di mana kemudahan bilangan makmal amat kurang
di Malaysia setakat ini menjadikan keputusan ujian makmal bagi makanan dikeluarkan terlampau
lewat.
Justeru saya ingin mencadangkan beberapa pindaan untuk mengemaskinikan rang
undang-undang ini. Saya rasa penting kerana kami bawakan pindaan yang menjadi hasil
perbincangan beberapa pakar veterinar universiti-universiti di Malaysia. Maksudnya bukanlah
suka-suka hati kita dengan izin, kita pick from thin air. Halaman 5, kalau boleh pergi kepada rang
undang-undang asal dimasukkan, saya cadangkan pindaan sedikit tambahan perolehan
tempatan setelah kenyataan makanan haiwan dengan mengawal pengimportan dimasukkan
sekali perolehan tempatan kerana bangkai ternakan diperolehi secara percuma tetapi ada juga
yang dibeli untuk dijadikan makanan ternakan akuakultur.
Jadi perkataan, “perolehan tempatan” ini ditempatkan pada ayat-ayat lain juga dalam
rang undang-undang ini. Halaman 5, halaman yang sama, nombor 1(2), akta ini hanya terpakai
bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Saya tidak lihat kenapa tidak
dimasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak. Bercakap tentang keseluruhan tentang betapa
pentingnya memastikan pemantauan dan maklumat yang kami perolehi dari sumber yang sahih
mendapati ramai di kalangan penternak khinzir di Sabah menggunakan beta-agonist.
Isu ketiga, halaman ke-6, memasukkan organisma mikro efektif, effective microorganism
(EM) dalam tafsiran.
Effective microorganism ini dijadikan sebagai bahagian sendiri atau
komponen bahagian yang sedia ada kerana banyak yang mungkin tidak langsung dirangkumi
oleh yang sedia ada tadi. Justifikasinya effective microorganism digunakan dengan meluas oleh
penternak bagi setiap spesies ternakan dan boleh meningkatkan produksi secara berkesan
hingga lebih 10% daripada biasa. Jadi kalau kita kata mikro organisma pada barisan 12 itu
sebagai sejenis hidupan, tidak sesuai dikategorikan sebagai bahan.
Halaman 6, haiwan ertinya saya rasa kita patut tambah merangkumi cacing dan lintah
yang produknya sekarang ini dipromosikan oleh kementerian dan memang banyak syarikatsyarikat
baru, perusahaan baru yang menggunakan lintah dan juga cacing sebagai bahan nutrisi
dan kosmetik. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, halaman 8, nombor 3(1). Ini amat penting.
Saya lihat Anggota Lembaga Haiwan tidak ada ahlinya daripada kalangan pakar pemakanan
haiwan. Pakar pemakanan haiwan ini penting. Mereka perlu terus menyumbangkan idea bernas
kerana mempunyai pengetahuan yang jauh lebih mendalam mengenai bidang pemakanan.
Para profesional kemungkinan disebutkan hanya sebagai ahli jawatankuasa dalam
halaman 10, nombor 5 tetapi saya kira kalau sebagai ahli jawatankuasa (AJK) sahaja, pendapat
mereka tidak akan diberikan kepentingan yang sepatutnya dan sebagai anggota lembaga,
kerenah birokrasi yang melambatkan proses membuat keputusan dapat dikurangkan kerana
saya lihat tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
Seterusnya halaman 9, nombor 4(1)(a), pelaksanaan akta oleh anggota penguat kuasa
adalah lemah secara keseluruhannya. Antara sebab adalah kekurangan kakitangan,
ketidakcekapan dan kemungkinan amalan rasuah berleluasa. Akibatnya pelanggaran akta oleh
penternak juga berleluasa. Saya fikir baik di sini kalau kita ataupun pihak kementerian mengkaji
projek-projek seperti projek khinzir di negeri Selangor yang akan memudahkan pelaksanaan
undang-undang serta pemantauan.
Saya lihat dengan centralization, dengan izin, projek khinzir
di Selangor, semua ladang lain yang kecil-kecilan, yang bersepah di merata tempat yang
beroperasi di luar kawasan yang dipilih akan ditutup dan dipindahkan ke tempat utama,
menjadikan pusat setempat ternakan khinzir.
Akhirnya yang paling penting, apabila ada ternakan sebegini, ia bakal memenuhi
piawaian kualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
dan sebarang bahan buangan dari ladang akan boleh diproses semula kepada bentuk biogas
untuk menjana elektrik dan air bagi kegunaan semula ladang dan tidak ada bahan buangan yang
akan menjadi sisa yang keluar dari ladang tersebut. Jadi saya rasa perlu diambil secara serius
langkah ini. Mungkin boleh diterapkan di peringkat pusat.
Isu yang seterusnya ialah halaman 18, Bahagian vi, penguatkuasaan di mana pegawai
diberi kuasa. Saya sebutkan tadi bahawa masalah sekarang ialah kekurangan kakitangan.
Justeru saya harapkan bukan sahaja kita lihat daripada kategori pegawai penguat kuasa tetapi
pegawai di peringkat atasan iaitu di peringkat pengurusan dan khidmat profesional. Contoh, di
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sepatutnya janganlah didominasi hanya mereka yang
berkelulusan doktor perubatan veterinar tetapi kita perlu membuka pilihan dan kekosongan
jawatan di peringkat ini boleh diisi oleh mereka yang mempunyai kelulusan lain kerana bilangan
kelulusan DPV atau dipanggil Doktor Perubatan Veterinar adalah terhad. Lebih kurang 50 orang
atau 70 orang graduan setahun dan sebahagian besarnya cenderung kepada menjalankan kerja
sebagai doktor haiwan di klinik swasta.
Pengambilan Pegawai Veterinar secara agresif baru-baru ini telah menyebabkan banyak
klinik dan syarikat swasta kehilangan doktor haiwan dan banyak klinik haiwan swasta tidak dapat
beroperasi dengan baik kerana doktor haiwan sudah hilang dari pandangan. Jadi cadangan saya
adalah mewujudkan jawatan Pegawai Produksi Haiwan untuk menggantikan atau sebagai
tambahan kepada jawatan Pegawai Veterinar daripada graduan UPM. Sekarang ini yang datang
hanya daripada graduan UPM.
Jadi graduan atau bakal graduan daripada program bachelor,
penyelidik dan sebagainya patut dibuka kepada universiti-universiti lain.
Sumber graduan yang mengisi jawatan Pegawai Produksi Haiwan ini saya cadangkan
lebih meluas dan program berasaskan produksi haiwan dari UPM, UMT, Universiti Malaysia
Sabah dan juga universiti baru di Kelantan. Dengan berbuat demikian, insya-Allah di peringkat
daerah juga boleh diletakkan Pegawai-pegawai Produksi Haiwan yang kini hanya diisi oleh
pegawai kelulusan diploma dan sijil bagi meningkatkan produksi ternakan di peringkat lapangan
dan yang paling utama saya kira, saya harap dapat diambil serius oleh pihak kementerian,
halaman 36(i).
Kemudahan makmal perlu diperbanyakkan untuk mempercepatkan analisis sampel,
kerana sekarang kita mahu mencapai taraf sekurang-kurangnya, sesuatu keputusan itu diperoleh
dalam tempoh 48 jam. Jadi kerajaan mesti menggalakkan penubuhan makmal swasta yang
mempunyai Sijil Akreditasi supaya tempoh analisis sampel dapat disingkatkan. Setiap zon
sepatutnya ada beberapa makmal dapat yang memberi perkhidmatan yang cepat.
Ini penting kerana apa-apa pun…, kalau berlaku satu lagi masalah influenza atau
diseases, kita dapat mengatasinya dengan secepat mungkin. Saya harap pihak kementerian
ambil peringkat pelaksanaan. Ini adalah baik dari segi perangkaan, undang-undang, dan
sebagainya. Akan tetapi, tanpa pantauan, kita masih lagi akan berhadapan dengan masalah
keracunan makanan dan makanan untuk haiwan yang tidak dipantau dengan baik. Sekian, terima
kasih.