Skip to main content
Issues Affecting the RakyatPermatang Pauh

SILAT KHAZANAH WARISAN NEGARA

By 27 December, 2018February 19th, 2021No Comments

Yb Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah hadir ke Program Pencak Silat Gema Pusaka bagi menyaksikan peristiwa bersejarah yang telah melibatkan seramai 20 perguruan seni silat dan 200 pesilat di Dewan Terbuka Serbaguna Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Sebagai permulaan usaha memperbanyakkan lagi kelas latihan seni silat di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain, keterlibatan agensi-agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara adalah perlu bagi membantu pihak berkaitan mempromosikan seni silat , ia diharap dapat melahirkan kesedaran bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah masyarakat dunia

Di samping mahukan pembangunan dan pendidikan secara akademik, Program Demonstrasi Seni Silat yang dijalankan pada 1 Disember 2018 itu adalah salah satu alternatif pendedahan kepada masyarakat bahawa silat ini adalah merupakan khazanah Malaysia dan juga mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri.

Mengangkat seni silat lebih tinggi, menurut Yb Nurul Izzah pengiktirafan pada seni silat itu wajar diwujudkan melalui pemberian sijil-sijil akreditasi supaya aktiviti ini boleh diteruskan tanpa sebarang kesulitan dan melahirkan ia sebagai satu gerakan di mana kita menghargai khazanah dan menjadikan proses pembelajaran seni silat itu mudah.

Program ini dijayakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan kerjasama Pejabat Daerah SPT , PESAKA , DSSM , MSN , KBS , PPD , unit Warisan MPSP , MPKK dan pengiat sukan silat olahraga dan turut hadir, ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Dr. Norlela Ariffin. Program sebegini diharap tidak dijadikan sebagai opsyen yang berat kerana seni silat ini harus terus dikembangkang dan dipelihara demi memelihara warisan bangsa Melayu.

Disediakan oleh: Syafiqa Zakaria