Skip to main content
Issues Affecting the RakyatKesihatanTPPA

Soalan FTA saya dijawab (nota: jawapannya tidak tepat)

By 26 June, 2009February 18th, 2020No Comments

Soalan: Lembah Pantai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan persediaan dalam memeterai perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang:

a) Harta Intelek (intellectual property): untuk memastikan tiada paksaan penerimaan akta dari AS yang mengakibatkan bayaran royalti berlebihan, dan

b) perubatan: supaya subsidi perubatan sedia ada tidak terkesan dengan monopoli besar.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua

  1. Harta Intelek merupakan antara isu yang dibincangkan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan AS
  2. Sepertimana rundingan-rundingan FTA yang lain, Kerajaan tidak akan menerima cadangan-cadangan yang tidak membawa faedah kepada negara. Begitu juga bagi harta intelek, akta dari AS yang membebankan atau merugikan negara tidak akan diterima. Oleh itu, tidak akan timbul isu bayaran royalti yang berlebihan
  3. Mengenai perundingan subsidi perubatan, Kerajaan sentiasa memastikan perjanjian perdagangan dua hala dengan mana-mana negara tidak mempunyai peruntukan yang mungkin boleh menjejaskan hak negara untuk mengamalkan fleksibiliti yang terkandung dalam perjanjian pelbagai hala seperti Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Langkah-langkah seperti pengeluaran lesen wajib dan parallel imports adalah antara fleksibiliti yang boleh digunakan dengan berkesan sekiranya harga ubat-ubatan adalah di luar kemampuan rakyat di negara ini.
  4. Liberalasasi perdagangan tidak semestinya hanya membawa kesan negatif kepada sektor kesihatan. Terdapat juga faedah-faedah daripada perjanjian perdagangan yang boleh mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengurangan tarif boleh mengurangkan harga barangan kesihatan seperti farmaseutikal dan peralatan perubatan. Selain dari itu, liberelasasi dalam sektor perkhidmatan kesihatan juga boleh membantu membangunkan sektor perkhidmatan kesihatan yang akan memajukan negara sebagai pusat kesihatan.
  5. Dengan memeterai perjanjian FTA dengan AS, keupayaan Kerajaan untuk mengadakan subsidi perubatan tidak akan terjejas
  • Ulasan saya tentang jawapan yang diberikan akan menyusul…