Skip to main content
Issues Affecting the RakyatParliament

Soalan Parlimen mengenai Climate Change

By 7 July, 2008February 18th, 2020No Comments

Saya telah bertanya kepada Menteri Tenaga, Air & Komunikasi mengenai langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisien; dan kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah menghadapi masalah penggunaan tenaga di masa hadapan dalam soalan Parlimen.

Menteri menjawap bahawa langkah-langkah seperti Clean Development Mechanism (CDM) dan meratifikasi Protokol Kyoto telah dijalankan oleh Kerajaan.  5 Fuel polisi yang diperkenalkan Kerajaan BN juga bermatlamat untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga sedi ada dan menggunakan sumber-sumber yang boleh diperbaharu atau Renewable Energy. 

 Selepas Menteri menjawap, saya memberitahu Dewan Rakyat mengenai laporan UNDP yang mengatakan bahawa emisi karbon di Malaysia telah bertambah sebanyak 221% sejak 1990. Ini adalah peningkatan yang terlalu tinggi Malaysia merupakan pengeluar greenhouse gases ke-26 tertinggi di dunia.

Saya bertanya semula kepada Menteri, setelah 6 tahun meratifikasikan Protokol Kyoto pada 2002, apakah boleh dikatakan yang Malaysia telah mengambil langkah yang bermakna untuk menghadapi masalah penukaran Iklim.  

Malaysia sudahpun merasai kesan-kesan penukaran iklim. Saya sendiri boleh merasa suhu di Kuala Lumpur semakin meningkat. Malaysia pula dilanda banjir-banjir yang terlalu besar setiap tahun. Ini semua adalah kesan penukaran iklim.