Skip to main content
Issues Affecting the RakyatParliament

Soalan Parlimen Sesi Jun 2008

By 2 June, 2008February 18th, 2020No Comments

Di bawah adalah soalan-soalan Parlimen saya untuk sesi Parlimen yang akan datang.

1. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan:
a) Berapa jumlah pelarian yang telah mendapat pengiktirafan dari UNHCR yang masih ditahan di dalam kem-kem tahanan dan berapakah jumlah biaya setiap orang?
b) Apakah alasan kerajaan untuk tidak mengiktiraf pelarian-pelarian yang memegang dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh UNHCR bagi mengurangkan kos pembiayaan di kem tahanan?

2. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan:

a) mengapa begitu ketara perbezaan antara deraf Pelan Tempatan yang baru dikeluarkan dengan PSKL 2020 dari segi pengzonan densiti, penukaran zon kawasan lapang hijau dan jenis kegunaan tanah.
b) apakah kriteria-kriteria dan garis panduan yang digunakan oleh DBKL dalam membuat deraf pelan tersebut?

3. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan:
a) apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisyen?
b) Apakah kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah menghadapi masalah penggunaan tenaga pada masa hadapan?
4. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta Menteri Kewangan menjelaskan:

a) Apakah industri-industri yang dikenakan ‘windfall tax’ sehingga Disember 2007?
b) Tidakkah kerajaan berhasrat mengembangkan cukai tersebut ke industri-industri lain yang mendapat durian runtuh akibat kenaikan harga minyak sedunia?

5. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa set unit gerabak berangkai elektrik ” Electric Multiple Unit’ yang beroperasi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Adakah jumlah ini memenuhi keperluan jadual perjalanan keretapi penumpang sekarang?

6. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta Menteri Pengangkutan memberikan nama syarikat yang diberi kontrak secara runding terus untuk membaikpulih 50 set Electric Multiple Units (EMUs) kepunyaan KTM. Jelaskan mengapa tugas membaikpulih 15 daripada set 50 EMU di bawah kontrak 3 tahun masih tidak siap dan berapakah kos yang dibayar setakat ini.

7. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menjelaskan mengapa Kerajaan berasa tidak perlunya mengadakan pilihanraya Tempatan memandangkan keberkesanannya dalam menjadikan PBT lebih efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat dan pembayar cukai sudah terbukti di serata dunia.

8. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan, memandangkan Kuala Lumpur menghadapi masalah banjir, kesesakan dan pencemaran yang parah, jelaskan bagaimana Kuala Lumpur dikehendaki menampung 600,000 lebih penduduk seperti yang diharapkan oleh Pelan Deraf Kuala Lumpur sementara infrastruktur yang sedia ada belum lagi memenuhi keperluan penduduk semasa.

9. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan: bilakah projek hospital kanak-kanak Persatuan Perubatan Universiti Malaya yang telah diluluskan pada tahun 2000 akan siap?

10. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan apakah tindakan Kementerian Kesihatan terhadap isu kebersihan makanan di sekolah-sekolah dan kem-kem khidmat negara yang telah menyebabkan keracunan makanan. Mengapakah tidak terdapat sebuah badan persekutuan yang dikhaskan untuk mengawasi standard pemakanan di setiap premis di negara kita seperti Food Standards Agency di UK dan Food and Drug Administration di Amerika Syarikat.

Pertanyaan Jawab Bertulis

11. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan daripada peruntukan 2008, nyatakan dengan terperinci bagaimana peruntukan bajet untuk setiap jenis bantuan yang dijalankan KPWKM. Senaraikan setiap Perbadanan/Pertubuhan yang menerima agihan, jumlah orang yang menerima bantuan untuk setiap jenis bantuan dan jumlah yang diterima.

12. .Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah:-

a)anggota polis yang ditugaskan di Lembah Pantai dan jumlah ditugaskan dengan mencegah & menyelesaikan jenayah;
b)kekerapan rondaan yang dibuat di Lembah Pantai mengikut kawasan;
c) kes-kes jenayahyang dilaporkan di Lembah Pantai bagi 5 tahun yang lepas dan jumlah yang diselesaikan

13. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ]minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan:-

a) Siapakah pakar perunding yang terlibat dengan Pelan Deraf KL;
b) Jumlah yang telah dibayar kepada mereka (jelaskan perbelanjaan dengan terperinci);
c) Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk Pelan Deraf KL. Jelaskan dengan terperinci setiap perbelanjaan.

14. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN nyatakan dengan terperinci bagaimana peruntukan bajet DBKL bagi tujuan pengurusan telah dibelanjakan pada tahun 2006 and 2007. Senaraikan setiap perbelanjaan yang dibuat dengan spesifik; jenis perbelanjaan, sebab and pihak / syarikat yang telah menerima bayaran tersebut.

15. Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk projek-projek mencegah jenayah di Lembah Pantai pada 5 tahun yang lepas.