Skip to main content
AntarabangsaCrime

The Malaysian Authorities Must Be Seen To Act Against Globalised Corruption – Nurul Izzah Anwar

By 3 March, 2016February 5th, 2021No Comments

THE MALAYSIAN AUTHORITIES MUST BE SEEN TO ACT AGAINST GLOBALISED CORRUPTION TO REGAIN ITS CREDIBILITY AND STANDING IN THE EYES OF MALAYSIANS AND THE REST OF THE WORLD

If there ever is a need to be reminded that Malaysia is facing tough times ahead, look no further than the shocking news that Petronas is restructuring its workforce and laying off 1,000 employees within the next 6 months.

Hit by recent crude oil price slump, Petronas is cutting their 2016 dividend contribution to RM16 billion compared to RM26 billion in 2015. Even so, Petronas has had to commit to cutting RM50 billion in capex and opex over the next 4 years. Malaysia’s over reliance on petroleum based revenue is most worrying and presently beginning to show consequences.

The threat of crippling financial distress for Malaysia amidst the current global economic climate and crude oil glut is very real. Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz’s had gone on record to say that domestic scandals are affecting Malaysia’s economy. And that Malaysia’s economic recovery will hinge on a speedy resolution of the 1MDB fiasco and questions over the RM2.6 billion donation made to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s private bank accounts.

This financial risk facing Malaysia was the subject in conversations I had with UK Minister of State at the Foreign and Commonwealth Office, Hugo Swire and Speaker of the House of Commons, John Bercow along with UK MPs Fiona Bruce, Jeremy Lefroy, John Glen, and Khalid Mahmood.

They were equally concerned with the imprisonment of former Opposition Leader Anwar Ibrahim, who has spent in total period of 10 years behind bars; and the long list of at least 20 members of parliament from Malaysia who are subject to harassment under Malaysian law – all thanks to their vocal stance against corruption in Malaysia.

In particular, my meeting with Prince Zeid Ra’ad Zeid Al-Hussein, the United Nations High Commissioner for Human Rights, merits a special mention as it showcases the United Nations’ ongoing concern on the current state of human rights in Malaysia, including the position taken by the UN Working Group on Arbitrary Detention regarding Anwar Ibrahim’s immediate release. I had first met the then High Commissioner of UNHCR Mary Robinson in the year 1999. It is sad to note the continuing crisis plaguing Malaysia since then and now.

The crisis facing Malaysia, symbolised through wanton neglect in addressing the allegations which is the subject of concern across continents will further embolden white collar criminals to run rampant across the globe.

Some claim that the allegations and investigations are merely an elaborate scheme to topple Najib’s ruling coalition. Minister and Deputy Prime Minister Zahid Hamidi insists that the continuous discoveries published by internationally respected news media like the Wall Street Journal (WSJ) and the New York Post on the corruption and blatant fraud embroiling Najib and his personal bank accounts are simply products of a hidden agenda – hinting on further action against the WSJ by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

Well now it can no longer be regarded as a media sensationalism. The Swiss authorities have now weighed in on the 1MDB investigations. Direct sources from Geneva have verified the Swiss Attorney General’s probe into “Suspicious money transfers linked to 1MDB going through Swiss financial institutions.” Requests for cooperation from Malaysian authorities on this matter has yet to unearth any results.

The scale of this corruption scandal is alarming. The Wall Street Journal’s (WSJ) most recent revelation states that deposits into Najib’s personal account totaled more than USD1 billion. With ongoing investigations in the US, Switzerland, Singapore, Hong Kong and Abu Dhabi, this is now a global scandal. Malaysia can no longer regard the 1 MDB scandal as a domestic affair and adopt a closed door policy in conducting investigations.

It is pitiful that Malaysian Attorney General is making his best attempts at closing down investigations against Prime Minister Najib in relation to Najib receiving donations to his private bank acocunt allegedly linked to 1MDB funds. Too many questions remain unanswered and too many people involved across the globe. And there’s simply too much at risk for the Malaysian economy and her people.

This is not a case of airing our dirty laundry to the international audience. The allegations against 1MDB is tantamount to globalized corruption. There is no way Malaysian authorities can continue to delude ourselves that the 1MDB financial scandal – which reeks from its own collected debt amounting to $11 billion – is over and done with. It is high time Malaysia does its part to expose the intricate corrupt linkage across borders and regain our standing and credibility in the eyes of Malaysians and the rest of the world.

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT & ELECTION DIRECTOR, PEOPLE’S JUSTICE PARTY (KEADILAN)
_______________________________________

KERAJAAN  MALAYSIA HARUS BERTINDAK MENOLAK ISU RASUAH YANG MENGHAKIS KREDIBILITI MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Malaysia sedang menghadapi waktu yang sukar akibat keadaan ekonomi semasa, lihat sahaja keputusan mengejutkan dari Petronas yang terpaksa mengadakan penstrukturan semula dan memberhentikan 1,000 pekerja dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

Berikutan penurunan harga minyak mentah, Petronas mengambil langkah potongan dividen untuk tahun 2016 sebanyak RM16 Billion berbanding RM26 Billion pada tahun 2015. Tambahan,yang lebih membimbangkan adalah PETRONAS akan melaksanakan satu lagi pusingan kajian semula bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasinya (OPEX) dengan menyasarkan untuk mengurangkan hingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.

Kebarangkalian Malaysia akan berhadapan  ancaman krisis ekonomi adalah sesuatu yang nyata berikutan keadaan ekonomi global semasa serta harga minyak mentah. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga turut menyatakan isu-isu skandal dalam negara memberi impak kepada ekonomi negara. Tambah beliau, ekonomi Malaysia akan pulih jika kemelut 1MDB dan persoalan yang berbangkit tentang RM2.6Billion derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dapat dijawab dengan segera.

Risiko kewangan yang dihadapi Malaysia ini merupakan antara topik yang dibincang kan dalam siri lawatan kerja bersama Hugo Swire, Menteri Foreign Commonwealth Office , United Kingdom, Speaker House of Commons UK John Bercow, serta Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom iaitu Fiona Bruce, Jeremy Lefroy, John Glen dan Khalid Mahmood yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pemimpin-pemimpin ini turut menyuarakan kebimbangan kepada penahanan bekas ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telahpun dipenjarakan hampir 10 tahun oleh kerajaan Malaysia. Hal ini lebih membimbangkan apabila terdapat senarai 20 orang ahli parlimen Malaysia yang telah menjadi mangsa kepada salah guna kuasa undang-undang lapuk kerajaan Malaysia. Semua ini hanya kerana mereka lantang bersuara membongkar isu rasuah di Malaysia.

Dalam sesi pertemuan bersama Prince Zeid Ra’ad Zeid Al Hussein, Pengerusi badan PBB, beliau memaklumkan bahawa PBB akan terus mengeluarkan kenyataan berkenaan isu-isu hak asasi di Malaysia serta mengambil tindakan lanjut berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Haram, PBB yang mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan serta merta. Pada tahun 1999 saya telah buat pertama kali nya berjumpa dengan Mary Robinson yang ketika itu menjawat Pengerusi UNHCR. Alangkah sedia nya apabila tahun silih berganti namun isu yang dihadapi di Malaysia tetap sama.

Krisis yang dihadapi Malaysia merupakan simbol bahawa dengan pengabaian berterusan tentang jenayah merentasi sempadan ini hanya akan membuka ruang kepada jenayah kolar putih di peringkat antarabangsa.

Adapun sesetengah pihak mendakwa dakwaan – dakwaan serta siasatan yang dijalankan adalah semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan pemerintahan Najib Razak. Menteri – menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan pendedahan berterusan daripada portal antarabangsa seperti Wall Street Journal  (WSJ) dan New York Post berkenaan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan akaun peribadi mempunyai agenda tersembunyi. Bahkan, pihak SKMM  akan mengambil tindakan lanjut terhadap pihak WSJ.

Hakikatnya, kini isunya bukan sekadar menjadi sensasi dari pihak media. Pihak Pendakwaraya Switzerland juga sedang menjalankan siasatan berkenaan isu 1MDB. Pejabat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata ia telah secara rasmi meminta Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara. Tambahan pula, sumber dari Geneva mengesahkan pihak Pendakwa Swiss menekankan tentang jumlah wang yang membabitkan pengawai awam dikaitkan dengan 1MDB melalui akaun bank Switzerland. Permohonan untuk menjalankan siasatan masih belum menerima kata putus dari pihak Peguam Negara Malaysia.

Skala isu skandal rasuah ini sudahpun di tahap yang membimbangkan. Akhbar Wall Street Journal ( WSJ ) baru-baru ini menyatakan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi  Datuk Seri Najib Razak keseluruhannya mencecah lebih daripada 1 billion US Dolar. Siasatan berterusan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi membuktikan ini adalah skandal di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sewajarnya tidak hanya melihat skandal 1MDB ini sebagai hanya isu dalaman dan berterusan mengamalkan dasar tertutup dalam menjalankan siasatan.

Tindakan yang lebih menyedihkan apabila Peguam Negara telah menutup siasatan yang dijalankan terhadap Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak serta menyimpulkan Najib tidak terlibat dalam isu derma ke dalam akaun peribadi. Sehubungan itu, ini menimbulkan  kebimbangan Apatah lagi setelah WSJ mendedahkan derma yang boleh dikaitkan dengan dana 1MDB.

Terlalu banyak persoalan yang timbul tanpa jawapan tuntas dan terlalu ramai yang terlibat merentasi sempadan antarabangsa. Bahkan, terlalu banyak risiko yang terpaksa ditanggung oleh ekonomi Malaysia dan rakyat terbanyak.

Isu yang terkait ini bukanlah hanya tentang membuka pekung di dada negara sendiri kepada mata dunia. Apa yang dibangkitkan adalah dakwaan berkaitan 1MDB adalah sama seperti rasuah merentasi sempadan negara. Mana mungkin kerajaan Malaysia berterusan mengaburi dan menipu rakyat berkenaan skandal kewangan 1MDB. Tambahan dengan jumlah hutang terkumpul yang mencecah 11 Billion adalah sesuatu yang perlu diselesaikan. Justeru, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kaitan rasuah merentasi sempadan dan berusaha memulihkan imej dan kredibiliti negara di mata dunia.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN