Skip to main content
Issues Affecting the Rakyat

Selamatkan Malaysia: Reformasi Struktur Wajib dilaksana bagi Menyelamatkan Malaysia daripada Gengaman Perdana Menteri ala Maharaja

By 27 February, 2016February 5th, 2021No Comments

KEADILAN menggesa agar semakan akta dan pindaan kepada beberapa akta  yang berkuasa membenarkan Perdana Menteri  melantik panel penilaian sebagai unit timbang tara dalam suruhanjaya bebas dapat dilaksanakan.

Antara objektif PPO adalah Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri.[1] Dalam keterbatasan bidang tugas, Panel ini telah tampil dengan kenyataan “Panel Penilaian Operasi telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada SPRM untuk meneruskan siasatan.” [2]

Isu yang berlaku dalam dua hari terkebelakang ini jelas membuktikan perlu wujud satu usaha yang berterusan dalam memastikan siasatan yang dijalankan oleh penguatkuasa mendapat akses penuh kepada pengumpulan bukti dan keterangan saksi sepenuhnya.

Bahkan pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo terpaksa tampil untuk menerangkan isu salah sebuah kenyataan akhbar yang menyatakan kesimpulan bahawa penyiasat SPRM telah mengumpul bukti yang cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap Perdana Menteri, Panel hanya menasihatkan SPRM untuk melengkapkan siasatan.[3]

Sehubungan kertas pendakwaan yang dibangkitkan sehingga TMI disekat membangkitkan seribu satu persoalan. Mengapakah penafian secara lisan atau bertulis tidak memadai? Mengapa perlu editor TMI dipaksa ke balai untuk memberi keterangan?[4] Apakah wujud kemungkinan bukti-bukti yang diperolehi akan dirampas oleh pihak polis?

Kebebasan rakyat untuk memiliki akses maklumat dan data perlu bermula dengan kebebasan media untuk melaporkan. Tindakan SKMM yang menyekat akses untuk orang awam menerima penjelasan disekat membuktikan unsur campur tangan yang jelik dan tindakan yang menghina Artikel 10, perlembagaan Malaysia secara tidak langsung. [5]

Gesaan untuk semakan akta bagi memperkasa SPRM ini bukan hanya disuarakan oleh pihak pembangkang. Tetapi juga oleh  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Terdapat tiga cadangan utama dalam penambahbaikan struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah :

1) Satu Suruhanjaya DiRaja segera ditubuhkan yang mendapat mandat luas sepenuhnya serta ahli-ahlinya terdiri dari tokoh-tokoh berintegriti.

2) Seksyen 23 dan Seksyen 26 manakala satu seksyen ditambah bagi memperkemaskan Akta SPRM 2009 sedia ada[6]

3) Kerajaan juga disyorkan untuk meminda peruntukan dalam Seksyen 36 Akta SPRM bagi membolehkan SPRM jika mempunyai maklumat boleh terus menyiasat pemilikan harta seseorang dengan hanya notis pengisytiharan kepada yang disyaki terlibat dengan perlakuan rasuah.

Yang lebih memeritkan apabila di dalam undang-undang sedia ada, SPRM tidak mempunyai kuasa untuk terus meminta seseorang yang disyaki membuat pengisytiharan tanpa terlebih dahulu menjalankan siasatan ke atas kesalahan rasuah terhadap seseorang terbabit. (Bayangkan dalam kes ini ialah Perdana Menteri, yang berkuasa melantik ahli Panel Penilaian Operasi,PPO).

Krisis yang semakin meruncing dan memanjang bukan sahaja memberi kesan kepada isu rasuah perdana malah pengakuan Perdana Menteri secara terbuka menerima wang dari pimpinana negara asing untuk tujuan pilihan raya umum lepas lebih merbahaya kerana ia memberi implikasi sistem demokrasi dipengaruh negara asing serta demokrasi telah dijual.

Dengan suasana kredibiliti serta legitimasi kerajaan sekarang boleh dipersoalkan. Oleh demikian, penubuhan Suruhanjaya DiRaja yang mesti melakukan siasatan terperinci secara terbuka dan telus melalui sesi terbuka kepada rakyat dan media mesti disegerakan.

Ini juga  memberi peluang kepada Perdana Menteri membersihkan bukan sahaja nama beliau tetapi memulihkan lagi kredibiliti negara di mata dunia.

Krisis yang semakin meruncing dan memanjang bukan sahaja memberi kesan kepada isu rasuah perdana malah pengakuan Perdana Menteri secara terbuka menerima wang dari pimpinan negara asing untuk tujuan pilihan raya umum lepas lebih merbahaya kerana ia memberi implikasi sistem demokrasi dipengaruh negara asing serta demokrasi yang boleh dijual beli.

Justeru, saya menggesa agar kerajaan mengambil serius gesaan dan desakan yang dilakukan bagi memastikan proses siasatan dan operasi dilaksanakan sebaik mungkin. Ini adalah peluang terbaik Perdana Menteri dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Dalam siri lawatan kerja di United Kingdom dan Geneva ini, pemimpin antarabangsa juga menyuarakan kebimbangan terhadap penglibatan Perdana Menteri dengan skandal 1MDB dan penahanan Mantan Ketua Pembangkang Malaysia. Bahkan dari Kumpulan Hak Asasi Manusia juga tampil dengan kenyataan-kenyataan media bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tahanan politik dan harus dibebaskan serta merta.

Persoalan utama yang wujud daripada krisis ini adalah mengapa negara masih membenarkan ruang untuk Perdana Menteri menjadi pseudo diktator dan berupaya untuk mempengerusikan panel penilaian operasi, lalu dimanakah ruang timbang taranya?

Saya mohon agar negara tampil dengan solusi jangka masa panjang dalam membanteras gejala rasuah yang berleluasa dan menjadi duri dalam daging pembangunan negara. Daripada meneruskan usaha melenyapkan persoalan dakwaan rasuah seperti disuarakan TMI, sebaiknya rakyat bersatu mendesak agar reformasi struktur direalisasikan.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN

[1] http://www.sprm.gov.my/index.php/mekanisme-check-balance/panel-pernilaian-operasi

[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-terus-siasat-src-international-dan-dana-rm2-6-bilion-95982

[3] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/panel-penilaian-operasi-sprm-nafi-laporan-malaysian-insider-96156

[4] http://www.themalaysianoutsider.com/malaysia/article/report-lodged-against-communications-minister-over-tmi-ban

[5] http://www.themalaysianoutsider.com/malaysia/article/mcmc-has-no-business-blocking-tmi-says-lawyer

[6] http://utusan.com.my/rencana/semak-akta-bagi-memperkasakan-sprm-1.98270