Skip to main content

The people of Malaysia will be made to pay for 1MDB’s mismanagement  — be it a genuine mistake, or an intentional deception on 1MDB’s part as Abu Dhabi sovereign-wealth fund International Petroleum Investment Co. files an arbitration claim against 1Malaysia Development Bhd (1MDB) for US$6.5 billion.[1]

In 2012, IPIC had guaranteed US$3.5 billion worth of 1MDB bonds and now alleges that 1MDB has yet to make any payments for the guarantee or the interests owned.[2]

1MDB has claimed that they were defrauded, and in fact asserted “[confidence towards] its legal position in relation to the $3.5 billion cash deposits paid to Aabar BVI.”[3]

However, both IPIC and its subsidiary unit Aabar Investments PJS have claimed non-affiliation to the similarly-named Aabar BVI, the company that 1MDB made payments to.[4]

Following the release of the Public Accounts’ Committee (PAC) report, the Board of Directors of 1MDB tendered their resignation. All with the exception of Arul Kanda Kandasamy who remains as President and Executive Director for the time being, the resignations of the remaining five of the Directors – Lodin Wok Kamaruddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Ismee Ismail, Ong Gim Huat, Ashvin J. Valiram – have been confirmed and accepted.[5]

It is noteworthy that our Ministry of Finance is the 100 percent shareholder of 1MDB.[6] And thus, in other words, the financial risks are still borne by the sole and ultimate shareholder, the MOF, and by extension — the people of Malaysia. A court case as such does not just risk a temporary outflow of money, but causes Malaysia to be mired in deleterious long term prospects as well.

In the words of an Oxford Economics report, “Higher public debt and the prospect of fiscal slippage could be just the catalyst for one or more credit agencies to respond by downgrading Malaysia’s credit rating.”[7] This puts Malaysia at risk of high-cost borrowing as poorly-rated borrowers are typically expected to foot higher interest fees.

Secondly, this in turn may lead to an outflow in foreign direct investment (FDI) from Malaysia. In a report released last month, the credit rating agency Moody’s stated that amongst all ASEAN countries, the “current account deterioration, capital flow volatility is most apparent in Malaysia.”[8]

The Barisan Nasional candidate for Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi shamelessly paraded Arul Kanda, President and Executive Director of 1MDB in Sungai Besar yesterday, as an apologist, in defending the debt-laden, scandal-ridden 1MDB.

Unfortunately, Arul has failed to address the latest arbitration suit brought by IPIC and yet to respond to our challenge to answer the queries of the public.

1MDB is morphing into a serious contingent liability for the government. Just last year, the size of Malaysia’s contingent liability was 15.4 percent of our national GDP, an increase from the previous rate of 12.8 percent in 2011.[9]

Having already lost US$3.5 billion (RM14 billion) to a now-defunct Aabar BVI, the Malaysian government is now poised to fork out even more money for arbitration — in addition to an extra $6.5 billion (RM26 billion) in claims to IPIC if 1MDB fails the arbitration challenge.

Not forgetting 1MDB’s pre-existing debt at RM42 billion, these additional costs will now sum up to a grand total of a stunning RM82 billion at least.[10] Who will bear the brunt of the cost but the rakyat themselves – especially when 1MDB is mired in debt, no less?

Will the government stand up by answering the latest episode brought by IPIC as well as other ongoing international investigations? The people of Sungai Besar, as well as Kuala Kangsar deserve clear and unambiguous answers.

NURUL IZZAH ANWAR

MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI

VICE PRESIDENT & CO-ELECTION DIRECTOR, KEADILAN

________________

[1]http://www.wsj.com/articles/abu-dhabi-fund-to-pursue-1mdb-claims-in-london-arbitration-court-1465897779

[2]http://www.thenational.ae/business/economy/20160614/abu-dhabis-ipic-seeks-65-billion-from-1mdb-malaysia-in-arbitration-bid

[3]http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-04-13/malaysia-s-1mdb-fund-says-it-may-be-victim-of-3-5-billion-fraud

[4] https://www.malaysiakini.com/news/337408

[5] https://www.malaysiakini.com/news/340240

[6] https://www.malaysiakini.com/news/340240

[7]http://asia.nikkei.com/Markets/Capital-Markets/1MDB-debt-could-trigger-Malaysia-credit-downgrade-analysts

[8]http://asia.nikkei.com/Markets/Capital-Markets/1MDB-debt-could-trigger-Malaysia-credit-downgrade-analysts

[9]http://www.nst.com.my/news/2016/04/141878/1mdb-payment-default-increases-contingent-liabilities-credit-negative-rating

[10]https://www.malaysiakini.com/news/326786

—————————————————————————————————

RAKYAT, MENERUSI PEMILIKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE ATAS 1MDB, BAKAL MENANGGUNG BEBAN HUTANG SERTA SAMAN KE ATAS 1MDB – NURUL IZZAH ANWAR

Rakyat Malaysia bakal dibebankan menerusi perletakan jawatan Badan Pengarah 1MDB, yang memindahkan hutang, risiko dan kemungkinan salah laku urus tadbir 1MDB ke atas Kementerian Kewangan.

Kita masih tidak tahu samada kesilapan yang didakwa merupakan sesuatu kesilapan ataupun penipuan yang disengajakan oleh syarikat 1MDB apabila Pusat Pengurusan Dana Antarabangsa Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC) memfailkan satu tuntutan arbitrasi kepada Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa di London, ke atas Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk sejumlah US6.5 billion Dolar. [1]

Pada tahun 2012, badan antarabangsa IPIC telah memberikan jaminan sebanyak US 3.5 billion dolar terhadap saham bon 1MDB dan kini mereka mendakwa bahawa 1MDB masih belum melunaskan apa-apa bayaran terhadap cagaran yang dilakukan apatah lagi bayaran faedah-faedah milikan syarikat tersebut. [2]

Syarikat 1MDB mendakwa bahawa mereka telah dikhianati, dan menegaskan bahawa sebenarnya “wujud keyakinan nyata” kedudukan undang-undang berkaitan terhadap US 3.5 billion tunai yang dibayar kepada Aabar BVI”. [3]

Namun, kedua-dua syarikat iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar)  menyatakan tidak dimaklumkan mengenai tentang asal usul Syarikat Aabar BVI – syarikat yang punyai nama hampir sama dengan syarikat yang menerima bayaran 1MDB. [4]

Susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), ahli-ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB telah menghantar surat perletakan jawatan. Kesemuanya kecuali Arul Kanda Kandasamy yang sehingga kini kekal sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif, manakala perletakan jawatan lima ahli lembaga pengarah – Lodin Wok Kamaruddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi,Ismee Ismail, Ong Gim Huat, Ashvin J. Valiram- telah pun disahkan dan diterima.[5]

Perlu diingatkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia adalah pemegang saham 1MDB sebanyak 100 peratus.[6] Bahkan, dengan kata lain, risiko kewangan adalah ditanggung oleh milikan saham tunggal utama yang mana tak lain tak bukan akhirnya akan menjerumuskan rakyat Malaysia secara tidak langsung. Kes perundangan yang sedemikian bukan hanya memberi kesan sementara terhadap aliran wang, namun menyebabkan Malaysia terperangkap dengan beban hutang sedia ada beserta hutang luar jangka untuk berdekad tahun mendatang.

Merujuk Laporan Ekonomi Oxford, “Peningkatan hutang awam dan prospek fiskal yang merosot boleh menjadi pemangkin kepada satu atau lebih agensi-agensi kredit untuk memberi penurunan taraf kredit Malaysia”. [7]

Situasi ini bakal menyebabkan Malaysia terhimpit dengan risiko peningkatan kos pinjaman apabila penurunan kadar pinjaman kebiasaannya dijangka akan dikenakan bayaran faedah yang lebih tinggi.

Tambahan pula, situasi ini akan menyebabkan aliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) daripada Malaysia.

Laporan bulan lepas menunjukkan, kadar kredit negara seperti yang dipetik oleh agensi antarabangsa akreditasi Moody mengatakan daripada keseluruhan rantau ASEAN, “akaun yang mengalami penurunan nilai,  susut naik aliran modal yang paling ketara adalah Malaysia.” [8]

Sudah pasti keadaan ekonomi negara yang semakin merosot ini akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat juga.

Setelah setahun pelaksanaan GST, kerajaan dilihat berada di tampuk selesa apabila hari demi hari kegagalan urus tadbir mereka terpaksa ditampung oleh poket rakyat. Besar kemungkinan, rakyat jualah yang akan menampal kerugian yang disebabkan oleh syarikat 1MDB ini jika permohonan saman IPIC diluluskan.

Calon Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi tanpa rasa segan mengiringi Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif syarikat 1MDB di Sungai Besar minggu ini. Beliau dilihat mempertahankan mereka yang mengheret rakyat dengan bebanan skandal 1MDB.

Sayang seribu kali sayang, Arul masih gagal mengenengahkan tentang isu terkini tuntutan saman yang dikemukakan oleh IPIC sekaligus tidak berupaya memberi maklum balas kepada cabaran kami untuk mengadakan soal jawab secara terbuka terhadap persoalan-persoalan 1MDB.

Syarikat 1MDB yang terumbang ambing akan menjadi hutang luar jangka yang serius kepada kerajaan. Tahun lalu sahaja, Malaysia terpaksa menanggung beban hutang luar jangka sebanyak 15.4 peratus daripada KDNK, dan ini meningkat daripada kadar tahun sebelumnya iaitu 12.8 peratus pada tahun 2011. [9]

Sudahlah terpaksa menanggung kerugian US 3.5 Billion Dollar (RM14 billion) yang kini beralih kepada Aabar BVi, kerajaan Malaysia kini bersedia untuk membelanjakan lebih banyak wang untuk membela syarikat 1MDB daripada disaman. Tambahan pula dengan lebihan $6.5 billion (RM26 billion) sebagai tuntutan terhadap IPIC jika syarikat 1MDB gagal dalam kes tersebut.

Kemelut sedia ada belum mengambil kira hutang sedia ada syarikat 1MDB iaitu sebanyak RM42 billion. Kesemua kos tambahan ini sekarang jika dijumlahkan akan mencecah hampir RM82 billion. [10] Siapa lagi yang akan terpaksa menanggung beban kos hutang ini melainkan rakyat jugalah menerusi kadar peratusan cukai yang bakal meningkat. Formula apa lagi boleg disimpulkan apabila syarikat 1MDB terperangkap dalam hutang yang hanya kian bertambah.

Persoalannya, adakah kerajaan akan ikhlas menjawab kemelut terkini yang dibawa menerusi arbitrasi IPIC sekaligus memberi maklum balas berkenaan siasatan yang sedang berlangsung?

Tidak ada kesimpulan lain buat rakyat di Sungai Besar selain menolak calon Barisan Nasional yang mempertahan dan membela bebanan bertindan untuk rakyat demi 1MDB.

NURUL IZZAH ANWAR

AHLI PARLIMEN KEADILAN

NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA KEADILAN