Skip to main content
Jawapan Parlimen

11 Mac 2014: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENGANGKUTAN]

By 12 March, 2014February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 11 MAC 2014 (Selasa)
SOALAN : No. 47

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) Bilakah sijil kelulusan KLIA2 akan diberikan oleh Jabatan Bomba, Indah Water Consortium dan Majlis Perbandaran Sepang.

(b) Bilakah ahli-ahli Parlimen akan diberikan kebenaran untuk melawat tapak projek KLIA2 seperti dipinta.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 27 Februari 2014 telah mengesahkan bahawa bangunan terminal KLIA2 ini selamat untuk digunakan. Syarikat Indah Water Konsortium (WK) akan mengeluarkan surat perakuan selepas pembaikan sistem pembentungan siap dilakukan pada bulan April 2014. Manakala Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan lawatan pemeriksaan pada 26 Februari 2014 dan dijangka mengeluarkan surat perakuan dalam tempoh tersebut.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian telah mengaturkan satu lawatan ke projek KLIA2 untuk ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) pada 13 Mac 2014.